Disini bermula

Saya merupakan seorang guru. Usia blog sudahpun mencapai usia hampir setahun. Pada awalnya kewujudan hanyalah ingin berkongsi kenangan manis melalui gambar-gambar diperolehi bersama murid-murid dan rakan-rakan sekerja. Kini saya mengorak selangkah lagi dengan menampilkan wajah blog yang baru dan isi-isi yang lebih padat dan kemas.

Blog banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita. Selain berkongsi tips, maklumat dan rahsia saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran membina blog . Akhir kata sudilah kiranya anda menjadi peminat blog saya. Sebarang sumbangan artikel, cadangan,komen dan kritikan membina amat-amatlah dialukan ke alamat emel saya di anakbanjar79@gmail.com

Cari Blog Ini

Sabtu, 30 Januari 2010

Catatan perjalanan ke bumi Sabah.



Percutian ke negeri di bawah bayu selama 4 hari 3 malam memberi pelbagai pengalaman menarik dan mengasyikkan. Sabah yang terkenal dengan Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara membawa saya untuk menghampirinya seterusnya melihat dengan lebih dekat lagi kecantikan dan keindahan ciptaan Tuhan yang Maha Agung.

Selain itu Sabah juga terkenal dengan jualan Mutiara serta pulau-pulaunya yang sangat cantik. Berada hampir dengan alam semulajadi mendekatkan kita dengan pencipta-Nya. Semua keindahan alam yang seketika dan hanya keindahan syurga kekal selamanya.

Tujuan utama bercuti adalah untuk merehatkan minda dan mencari ketenang. Selain itu, dapat menimba pengalaman serta keseronokan yang tidak mungkin diperolehi dan berpeluang dinikmati oleh semua orang.

Kesyukuran dipanjat kepada Ilahi atas segala nikmat yang diperolehi. Antara tempat menarik dilawati ialah bersiar-siar dan membeli-belah di Kota Kinabalu, bertandang ke Poring, Kinabalu Park, dan Pasar Kinabu.

Pengalaman berada di Kota Kinabalu cukup berbeza daripada kehidupan di Semenanjung. Antara yang menarik ialah dari segi tutur kata dialek tempatannya, makanan, budaya pasar malam yang meriah, perbezaan waktu dari Semenanjung selama sejam, angin dari pantai yang bertiup kencang pada waktu petang dan bandar raya yang besar di sepanjang persisiran pantai, Di Kota Kinabalu kesesekannya tidak seperti Kuala Lumpur.

Simpang di pinggiran kota pasti ada kelihatan pusingan bulatan atau "roundabout". Makanan di sini agak mahal. Mungkin kerana kami ni pelancong dari semenanjung ataupun makanannya sedia ada mahal berbanding semenanjung. Di KK ini sukar sekali untuk mencari tempat makanan yang betul2 selesa dan sedap. Pengalaman makan malam di Restoran Sempelang amat mendukacitakan. Harga diletak sesuka hati dan tanpa pengawalan. Kami memesan sotong goreng tepung sepinggan dengan harga RM 18, air milo ais RM2.50 secawan, nasi kosong 1.50,...Mahal dan harganya tidak berpatutan jika dibandingkan dengan tempat kondisi makananya.

Pengalaman bercuti memang menyeronokkan dan kadang kala sesuatu yang tidak disangka berlaku dan ianya tidak dapat dielakkan atas kuasa Tuhan. Sehebat mana manusia membuat perancangan tetapi Allah pasti ada perancangan yang terbaik untuk kita.

Khamis, 28 Januari 2010

Pengurusan Kendiri Guru dan Pelajar.

Bila sebut pasal pengurusan terlalu banyak aspek yang perlu dihuraikan. Antaranya ialah pengurusan masa dan pengurusan diri. Sekiranya berkeluarga, melibatkan diri dalam pengurusan berkeluarga dan sekiranya di sekolah terlibat dengan pengurusan sekolah,pentadbiran, dan murid.

Guru bertanggungjawab memastikan kelas dalam keadaan kondusif sebelum belajar. Kelas yang kondusif mampu menjadikan proses penyampaian ilmu itu lebih mudah dan lancar. Kita perlu bersyukur kerana di Malaysia ini dikurniakan kemakmuran, keamanan dan kemewahan yang membolehkan guru mengajar dengan selesa dan murid tenang ketika menerima sesuatu ilmu. Sebelum kelas bermula guru perlu memastikan kelas dalam keadaan bersih, selamat dan selesa. Ttindakan ini sangat penting kerana ia mencerminkan kesediaan guru untuk mengajar dan kesediaan murid untuk menerima ilmu.

Keberkatan sangat penting bagi murid dalam proses menuntut ilmu. Patuh pada arahan guru, hormat,sayang dan rajin bertanya soalan yang tidak dipahami mampu menjadikan sesuatu pelajaran itu lebih berkesan dan diberkati oleh Allah SWT. Tertarik dengan kenyataan pengetua sebuah sekolah rendah di Johor yang dinobatkan antara sekolah berprestasi tinggi iaitu antara kejayaan muridnya ialah membaca yasin setiap pagi dan mencium tangan guru sebelum atau selepas proses P&P. Amalan ini boleh diamalkan oleh setiap murid dan patut diamalkan walaupun telah dewasa. Keberkatan bukan sahaja pada ilmu itu sendiri tetapi juga keredhaan guru serta doa yang disertakan oleh guru.

Akhir kata di dalam catatan yang ringkas ini jadikanlah masa yang sedikit sebagai sesuatu yang harus direbut dan dikejar. Setiap saat diperuntukkan sebaiknya dan dinilai pada malam harinya samaada digunakan pada jalan yang benar atau sebaliknya. Belajarlah dari kesilapan dan dari orang terdahulu. Tidak salah untuk belajar dan memperbaiki kesilapan yang lalu. Berubah untuk lebih baik sangat dituntut oleh Islam dan sebaik-baik pengurusan masa diperuntukkan sebaiknya untuk diri,keluarga, masyarakat dan negara. Bahagikan beban kerja pada sekeliling kita agar kerja-kerja berat menjadi ringan dan bebanan kerja yang banyak dilakukan tidak dibazirkan masanya begitu sahaja. Sekian

Isnin, 25 Januari 2010

LATIHAN RUMAH KUNING


Kehadiran pelajar ke latihan rumah kuning adalah menggalakkan walaupun tidak penuh. Gambar di atas ialah proses taklimat guru dan mengambil kehadiran murid sebelum latihan merentas desa di lakukan. Wish all the best for the next battle!

MOTIVATE YOURSELVES

Just wanna quote word by Alex who is a contestant of Raja Lawak....Student is the one who loves to go to school. If you don't wanna go to school you could be called stupid...So,if don't wanna be called stupid go to school and learn to be a good student and a good kid.

LEARN TO LISTEN. OPPORTUNITY COULD BE KNOCKING AT YOUR DOOR VERY SOFTLY.


Sabtu, 23 Januari 2010

PETUA IMAM SHAFIE

Empat perkara menguatkan badan:

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan:

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata:

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih


Empat perkara merosakan mata:

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran:

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

EMPAT CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup / tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


Kalau rajin.... Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal.

Untuk kaum lelaki bernama SUAMI & rujukan untuk kaum ISTERI - Dr. Fadhilah Kamsah

Untuk kaum lelaki bernama SUAMI & rujukan untuk kaum ISTERI - Dr. Fadhilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax s eda ngkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga s eda ngkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan b eda l semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak s eda ngkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman

“Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Jumaat, 22 Januari 2010

Catatan minggu ke 3 persekolahan.

Masa berlalu begitu pantas...kini telah masuk minggu ke-3 persekolahan. Guru-guru baru sahaja selesai berberapa mesyuarat panitia. Minggu depan akan bersambung lagi dengan mesyuarat beberapa panitia yang lain pula.

Mesyuarat panitia membincangkan perancangan tahunan, post mortem keputusan pencapaian PMR tahun2009 dan hal-hal berbangkit yang lain.

Minggu depan akan berlangsung kejohanan merentas desa peringkat sekolah. Perjalanan aktiviti KOKO pada tahun ini agak perlahan berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun ini aktiviti luaran pelajar juga terpaksa diterhadkan berbanding tahun lepas.

10% sasaran JPNS pelajar mendapat "straight" mungkin agak sukar dicapai oleh sekolah tetapi dengan berkat kesungguhan guru dan iltizam murid misi ini tidak mustahil untuk dicapai. Sasaran peribadi saya sendiri untuk pelajar-pelajar SPM MPV Landskap tahun ini ialah sekurang-kurangnya 3 orang memperolehi A1. Guru sedia membantu selebihnya terpulang pada murid itu sendiri untuk melipatgandakan usaha untuk berjaya.

Akhir kata "SMK Palong 7!Namamu Cemerlang Dipersada Negara.

Khamis, 21 Januari 2010

Aku ingin berjaya dan aku boleh berjaya


Pelajar-pelajar tingkatan 5 MPV landskap sedang berusaha melaksanakan modul lukisan pelan.

Pesan cikgu ialah "Paksa diri bukan manjakan diri untuk berjaya"..."Saya percaya kamu boleh berjaya jika kamu ingin berjaya...teruskan usaha"

Rabu, 20 Januari 2010

My students and me

Smiling always will make you more younger than your present age.
Helping one another is a good practice should be followed by all students. I should give a credit to this couple guys named Azman and Raimy for the harworking attitude they have shown to school.
My students form 1 before step in into PJK class. First day 97% of them wear full sport attire. congratulations to all of you. Keep the good work and attitude. I am so proud of you today.
Just steps into new environment. Secondary school is expecting a lot of difference from the olds school.
These are some of my students that are very hardworking. I feel little bit relieved as having students like you yet i am still far away from my wife. In other words still don't have the chance to be transfered to school nearby to my wife.

"Indoor garden" bengkel MPV


Meletakkan pokok hijau dan bersesuaian di dalam bangunan kini sudah menjadi satu tren dalam menceriakan suasana sekeliling disamping dapat 'melembutkan' suasana 'keras' di dalam bangunan. Pokok-pokok hijau ini memainkan peranan penting dalam mendamaikan suasana di dalam bangunan dan dapat membawa suasana alam semulajadi ke dalam bangunan.

Manusia mungkin tidak punyai masa yang banyak beriadah dan berada di luar, tetapi dengan membawa landskap luaran ke dalam kawasan bangunan atau rumah mampu meredakan ketegangan yang dialami penghuni bangunan serta mendamaikan hati pemiliknya.

Selasa, 19 Januari 2010

Gajed dihasilkan oleh pelajar sendiri

Gajed meja makan dan tempat simpan alatan serta pinggan mangkuk.
Gajed pintu gerbang dihasilkan daripada kayu, rotan dan pelepah kelapa.

Gajed di atas dihasilkan oleh pelajar-[elajar pengakap SMK Palong Tujuh (F) sendiri. Murid telah membuktikan bahawa mereka bukan sahaja hebat dalam kawad kaki tetapi juga berbakat dalam menghasilkan gajet perkhemahan.

Bahan bantu mengajar sekarang bukan sahaja boleh dilakukan melalui gambar atau rajah sahaja tapi juga boleh diadakan dalam bentuk bahan sedia ada. Hasil pelajar perlu ditampilkan dalam landskap sekolah. Selain sebagai sebuah tarikan tetapi juga boleh dijadikan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran.

Isnin, 18 Januari 2010

Payung lain dari lain...






"UNKNOWN" FACTS

"UNKNOWN" FACTS

#A rat can last longer without water than a camel.
#Your stomach has to produce a new layer of mucus every two weeks or it will digest itself.
#The dot over the letter "i" is called a tittle.
#A raisin dropped in a glass of fresh champagne will bounce up and down continuously from the bottom of the glass to the top.
#A female ferret will die if it goes into heat and cannot find a mate. I know some people like that!
#A duck's quack doesn't echo. No one knows why.
#A 2 X 4 is really 1-1/2 by 3-1/2.
#During the chariot scene in "Ben Hur," a small red car can be seen in the distance.
#On average, 12 newborns will be given to the wrong parents daily! That explains it!
#Donald Duck comics were banned from Finland because he doesn't wear pants.
#Because metal was scarce, the Oscars given out during World War II were made of wood.
#The number of possible ways of playing the first four moves per side in a game of chess is 318,979,564,000.
#There are no words in the dictionary that rhyme with orange, purple and silver.
#The name Wendy was made up for the book "Peter Pan." There was never a recorded Wendy before.
#The very first bomb dropped by the Allies on Berlin in World War II killed the only elephant in the Berlin Zoo.
#If one places a tiny amount of liquor on a scorpion, it will instantly go mad and sting itself to death.
#Bruce Lee was so fast that they actually had to s-l-o-w film down so you could see his moves.
#The first CD pressed in the US was Bruce Springsteen's "Born in the USA."
#The original name for butterfly was flutterby.
#The phrase "rule of thumb" is derived from an old English law which stated that you couldn't beat your wife with anything wider than your thumb.
#The first product Motorola started to develop was a record player for automobiles. At that time, the most known player on the market was the Victrola, so they called themselves Motorola.
#Roses may be red, but violets are indeed violet.
#By raising your legs slowly and laying on your back, you cannot sink into quicksand.
#Celery has negative calories. It takes more calories to eat a piece of celery than the celery has in it to begin with.
#Charlie Chaplin once won third prize in a Charlie Chaplin look-alike contest.
#Chewing gum while peeling onions will keep you from crying.
#Sherlock Holmes NEVER said "Elementary, my dear Watson."
#An old law in Bellingham, Washington, made it illegal for a woman to take more than 3 steps backwards while dancing.
#The glue on Israeli postage is certified kosher.
#The Guinness Book of Records holds the record for being the book most often stolen from Public Libraries.
#Astronauts are not allowed to eat beans before they go into space because passing wind in a spacesuit damages them. Not to mention the other drawback.
#Bats always turn left when exiting a cave.

source: http://ashira279.blogspot.com/

A VISUAL ART IN URBAN PARK




Sculpture could be a moving or static object. Since people are aware of their existence and need of their presence artist come with different concept of visual art. All of the above pictures are some examples from the internet that can be found in the West Countries.

Each art work have their own message and interpretation. Art is very complex for those who don't have basic in art. We perceive art as a beauty and appreciate their existence not only for the purpose of beauty but also their function.

Ahad, 17 Januari 2010

Program sekolah bulan januari.

Bulan januari ini sekolah agak sibuk dalam pengurusan kelas, kelab, persatuan,badan beruniform dan terdekat kejohanan merentas desa ayng akan berlangsung pada hujung bulan ini..

Alhamdulilah penyertaan pelajar amat menggalakkan.Kehadiran memuaskan..Pelajar-pelajar bersemangat berlatih dan bersaing bersama rakan-rakan lain...Walaupun tahun ini sekolah berada dalam satu sesi berbanding dua sesi pada tahun lepas semangat pelajar masih sama begitu juga guru.

Ramalan rumah sukan mana bakal menjadi juara pada tahun ini masih dalam teka-teki. Adakah masih kekal di tangan rumah persona atau hijau ataupun mungkin rumah cikgu sendiri iaitu satria ataupun kuning...hahaha...Insya-Allah...trek laluan merentas desa juga telah berubah kerana trek laluan pada tahun lepas melalui kebun getah tidak dapat digunakan lagi kerana kebanyakan kebun getah tersebut telah ditebang pokoknya dan laluannya amat berbahaya disebabkan kenderaan lori besar keluar dan masuk kebun.

Akhir kata selamat berjaya pada semua ahli rumah sukan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung nanti. Jangan lupa beli baju rumah sukan yang dijual dikoperasi sekolah dengan "design" baru lebih cantik dan menarik. Selamat berjaya.

Manusia mudah lupa dan sentiasa lupa

Hakikat yang pasti ada tapi sukar untuk diterima....

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Selain itu,

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Wallahualam..

Jumaat, 15 Januari 2010

Sesuatu yang menarik saya jumpa di internet untuk di kongsi bersama.

Gerakkan tetikus anda dalam dan luar gambar berikut.

klik

Jenis –jenis rumput

Jenis –jenis rumput.
  • Rumput bermuda (Zoysia Matrella).
  • Rumput mutiara (Pearl grass).
  • Cow grass(Axonopus compressus).
  • Rumput seranggoan.

TIP PENJAGAAN RUMPUT

TIP PENJAGAAN RUMPUT
  • Sebelum menanam rumput,kenal pasti rumput yang sesuai ditanam.
  • Pangkas rumput hingga ke pangkal untuk memudahkan pertumbuhan rumput baru dan ia lebih hijau.
  • Pastikan rumput dicakar dan tanahnya digembur untuk membolehkan sistem pengudaraan berjalan dengan baik.
  • Ketika memangkas pokok dalam cuaca panas, jangan pangkas terlalu dalam sehingga ke akar kerana ia menyebabkan pokok kering.
  • Jangan siram pokok selepas hujan kerana tanah tepu dan rumput akan mati.
  • Sebaik-baiknya siram rumput pada waktu pagi atau di waktu senja kerana pada waktu ini proses pemeluwapan kurang berlaku dan air meresap jauh ke dalam tanah.
  • Tanah yang tidak meresap air bermakna tanah itu mempunyai karbon dioksida yang tinggi dan ia tidak baik untuk penanaman pokok.

Sumber: Majalah Keluarga Harmoni (UTUSAN KARYA BERHAD)- 15 Januari2010

KATA-KATA KERAMAT

KELEBIHAN NABI KERANA MUKJIZAT
KELEBIHAN MANUSIA KERANA MUAFAKAT

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA BERUNTUNG

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
KERJA MENGIKUT ADAT
SENANG DI DUNIA SENANG DI AKHIRAT
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilaksanakan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat -Joseph Conrad-
Related Posts with Thumbnails