Disini bermula

Saya merupakan seorang guru. Usia blog sudahpun mencapai usia hampir setahun. Pada awalnya kewujudan hanyalah ingin berkongsi kenangan manis melalui gambar-gambar diperolehi bersama murid-murid dan rakan-rakan sekerja. Kini saya mengorak selangkah lagi dengan menampilkan wajah blog yang baru dan isi-isi yang lebih padat dan kemas.

Blog banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita. Selain berkongsi tips, maklumat dan rahsia saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran membina blog . Akhir kata sudilah kiranya anda menjadi peminat blog saya. Sebarang sumbangan artikel, cadangan,komen dan kritikan membina amat-amatlah dialukan ke alamat emel saya di anakbanjar79@gmail.com

Cari Blog Ini

Khamis, 28 Januari 2010

Pengurusan Kendiri Guru dan Pelajar.

Bila sebut pasal pengurusan terlalu banyak aspek yang perlu dihuraikan. Antaranya ialah pengurusan masa dan pengurusan diri. Sekiranya berkeluarga, melibatkan diri dalam pengurusan berkeluarga dan sekiranya di sekolah terlibat dengan pengurusan sekolah,pentadbiran, dan murid.

Guru bertanggungjawab memastikan kelas dalam keadaan kondusif sebelum belajar. Kelas yang kondusif mampu menjadikan proses penyampaian ilmu itu lebih mudah dan lancar. Kita perlu bersyukur kerana di Malaysia ini dikurniakan kemakmuran, keamanan dan kemewahan yang membolehkan guru mengajar dengan selesa dan murid tenang ketika menerima sesuatu ilmu. Sebelum kelas bermula guru perlu memastikan kelas dalam keadaan bersih, selamat dan selesa. Ttindakan ini sangat penting kerana ia mencerminkan kesediaan guru untuk mengajar dan kesediaan murid untuk menerima ilmu.

Keberkatan sangat penting bagi murid dalam proses menuntut ilmu. Patuh pada arahan guru, hormat,sayang dan rajin bertanya soalan yang tidak dipahami mampu menjadikan sesuatu pelajaran itu lebih berkesan dan diberkati oleh Allah SWT. Tertarik dengan kenyataan pengetua sebuah sekolah rendah di Johor yang dinobatkan antara sekolah berprestasi tinggi iaitu antara kejayaan muridnya ialah membaca yasin setiap pagi dan mencium tangan guru sebelum atau selepas proses P&P. Amalan ini boleh diamalkan oleh setiap murid dan patut diamalkan walaupun telah dewasa. Keberkatan bukan sahaja pada ilmu itu sendiri tetapi juga keredhaan guru serta doa yang disertakan oleh guru.

Akhir kata di dalam catatan yang ringkas ini jadikanlah masa yang sedikit sebagai sesuatu yang harus direbut dan dikejar. Setiap saat diperuntukkan sebaiknya dan dinilai pada malam harinya samaada digunakan pada jalan yang benar atau sebaliknya. Belajarlah dari kesilapan dan dari orang terdahulu. Tidak salah untuk belajar dan memperbaiki kesilapan yang lalu. Berubah untuk lebih baik sangat dituntut oleh Islam dan sebaik-baik pengurusan masa diperuntukkan sebaiknya untuk diri,keluarga, masyarakat dan negara. Bahagikan beban kerja pada sekeliling kita agar kerja-kerja berat menjadi ringan dan bebanan kerja yang banyak dilakukan tidak dibazirkan masanya begitu sahaja. Sekian

0 ulasan:

Catat Ulasan

KATA-KATA KERAMAT

KELEBIHAN NABI KERANA MUKJIZAT
KELEBIHAN MANUSIA KERANA MUAFAKAT

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA BERUNTUNG

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
KERJA MENGIKUT ADAT
SENANG DI DUNIA SENANG DI AKHIRAT
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilaksanakan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat -Joseph Conrad-
Related Posts with Thumbnails