Disini bermula

Saya merupakan seorang guru. Usia blog sudahpun mencapai usia hampir setahun. Pada awalnya kewujudan hanyalah ingin berkongsi kenangan manis melalui gambar-gambar diperolehi bersama murid-murid dan rakan-rakan sekerja. Kini saya mengorak selangkah lagi dengan menampilkan wajah blog yang baru dan isi-isi yang lebih padat dan kemas.

Blog banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita. Selain berkongsi tips, maklumat dan rahsia saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran membina blog . Akhir kata sudilah kiranya anda menjadi peminat blog saya. Sebarang sumbangan artikel, cadangan,komen dan kritikan membina amat-amatlah dialukan ke alamat emel saya di anakbanjar79@gmail.com

Cari Blog Ini

Ahad, 26 Februari 2012

Rancangan Tahunan Panitia Landskap dan Nurseri tahun 2012

Sekiranya pada tahun-tahun sebelum ini terdapat kelompok pelajar-pelajar elit sekolah untuk PMR dan SPM, panitia landskap dan nurseri telah memilih 3 orang pelajar tingkatan 5 batttuta sebagai pelajar elitnya yang diharapkan mampu mencapai target A dalam Landskap dan Nurseri SPM nanti. Pelajar tersebut adalah:
  1. Hanif bin Tumin
  2. Mohamad Zaidi bin Mansor
  3. Mohamad Azam bin Abdullah.
Pelajar-pelajar ini akan dilantik sebagai mentor pada rakan-rakan mereka agar tiada pelajar yang ketinggalan dan semua pelajar dapat menguasai isi pelajaran dengan baik dan menjawab soalan dalam peperiksaan.

Pelbagai program telah dirancang dan dengan izin-Nya diharap semua program panitia yang dirancang akan berjalan dengan lancar.

Transformasi 2012

Sudah agak terlalu lama tidak mengemaskini blog ini. Masa berlalu begitu pantas. Tahun 2012 dengan semangat baru dan motivasi baru ingin membuat transformasi pada diri ini agar lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

2012 tingkatan 4 Ibnu battuta landskap dan nurseri menerima kemasukan seramai 25 orang pelajar. Kini tinggal 22 orang sahaja. 3 orang lagi telah berpindah ke sekolah lain kerana ingin mencari cabaran baru ataupun atas sebab-sebab lain yang tidak diketahui. Cikgu mengucapakan selamat berjaya kepada semuanya terutamanya Mohamad Zazme, dan Rajaydran.Walaupun tempoh perkenalan kita sangat singkat. segala bantuan dan kerjasama yang diberikan selama ini sangat dihargai.

Tahun 2012 sekolah agak sedikit sibuk dengan pelbagai aktiviti. Tiap-tiap petang sekolah dipenuhi dengan ramai pelajar yang menghadiri latihan kawad kaki, latihan sukan dan permainan termasuk aktiviti 1 murid 1 sukan. Rata-rata pelajar sekolah banyak menghabiskan masa di sekolah sehingga pukul 7 malam. Pengorbanan dan kesungguhan kamu semua amat cikgu kagumi. Tidak lupa pada semua rakan guru yang bertungkus lumus membantu aktiviti murid agar tercapai objektifnya.

Rabu, 4 Mei 2011

Aktiviti berkebun sayur.KHB (Sains Pertanian)



Imej sekitar pertandingan lintas hormat.








Tahniah pasukan kawad lintas hormat SMKPT (F) yang mewakili Kadet Pertahanan Awam kerana berjaya mendapat johan di Majlis Penutup Kejohanan Balapan dan Olahraga MSSNS di SSNS Za'ba Kuala Pilah.

Introducing some of our new juniors.









Bergaya dengan t.shirt rasmi kelas landskap yang baru sahaja siap. Tahniah kepada murid-murid yang berjaya mengikut kata cikgu. Sukar sebenarnya untuk mendapatkan kata sepakat dan meminta semua pelajar membeli t.shirt. Kepada yang masih berhutang jangan lupa bayar yea?

Isnin, 21 Jun 2010

Tips berguna dalam hidup kita

Masalah semut
-Letakkan kulit timun berhampiran atau lubang semut.

memutihkan pakaian putih
-rendam pakaian putih dalam air panas dan hirisan lemon selama 10 minit.

untuk mendapatkan jus lemon yang maksimum.
-rendam buah lemon dalam air panas selama satu jam, kemudian baru perah.

sambungan...

KATA-KATA KERAMAT

KELEBIHAN NABI KERANA MUKJIZAT
KELEBIHAN MANUSIA KERANA MUAFAKAT

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA BERUNTUNG

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
KERJA MENGIKUT ADAT
SENANG DI DUNIA SENANG DI AKHIRAT
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilaksanakan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat -Joseph Conrad-
Related Posts with Thumbnails