Disini bermula

Saya merupakan seorang guru. Usia blog sudahpun mencapai usia hampir setahun. Pada awalnya kewujudan hanyalah ingin berkongsi kenangan manis melalui gambar-gambar diperolehi bersama murid-murid dan rakan-rakan sekerja. Kini saya mengorak selangkah lagi dengan menampilkan wajah blog yang baru dan isi-isi yang lebih padat dan kemas.

Blog banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita. Selain berkongsi tips, maklumat dan rahsia saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran membina blog . Akhir kata sudilah kiranya anda menjadi peminat blog saya. Sebarang sumbangan artikel, cadangan,komen dan kritikan membina amat-amatlah dialukan ke alamat emel saya di anakbanjar79@gmail.com

Cari Blog Ini

Khamis, 22 April 2010

Belajar jadi DJ kenduri kahwin

gambar hiasan.

Pada hujung minggu lepas saya berkesempatan menghadiri kenduri kahwin sepupu saya di Tg, Karang, Selangor. Kendurinya dijalankan penuh meriah.

Bukan niat saya utuk menceritakan secara panjang lebar mengenai kenduri tersebut tetapi apa yang ingin dikongsi di sini ialah banyak peluang pekerjaan yang masih banyak belum diceburi oleh orang kita(melayu) dalam bidang berkaitan majlis kenduri-kendara.

Di antaranya ialah perkhidmatan menyewakan kipas angin berair dan kanopi kenduri-kendara serta majlis keramaian. Di kenduri kahwin itu tuan rumah telah menyewa kipas angin tersebut dengan sewa sebanyak RM50 sebatang kipas sehari bersesuaian dengan keadaan cuaca sekarang yang memerlukan sesuatu peralatan untuk menyejukkan suasana dan keadaan.


Saya juga sempat bertanya kos pembinaan kipas angin berair itu dan harganya ialah sekitar RM2000 sebatang setelah diberikan sedikit modifikasi. Agak mahal tetapi berbaloi.

Keduanya ialah kerjaya sebagai DJ. DJ pada saya memerlukan bakat. Sekiranya tiada bakat, ia perlu dicungkil dan diasah. DJ mampu menceriakan suasana kenduri dan para hadirin yang menghadiri majlis tersebut. DJ juga ibarat selebriti no. 2 di majlis tersebut selepas pasangan pengantin.

Kebanyakan DJ akan sentiasa mengemaskini status waktu terkini dan diberitahu kepada orang ramai..Banyak perkataan OK disebut seperti "OK..selamat pagi dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua. Saya DJ Amin Entertainment akan menjadi DJ anda sepanjang hari ini. Diharap anda akan terhibur dengan putaran lagu yang saya akan mainkan."

"Ucapan jutaan terima kasih pada tuan rumah En. Ali bin Abu dan isteri Pn. Fatimah bte Abu Bakar kerana menjemput kami memeriahkan lagi majlis persandingan dan perkahwinan kenduri anak lelakinya iaitu Encik Asrul bin Ali bersama pasangannya Puan Asmah bt Yaakub."

Di atas merupakan contoh2 kata2 pembuka dari DJ... Selain itu DJ juga akan bsering bertanya khabar semua orang disekelilingnya, seperti kata-kata tuan2, puan2, abg2, kakak2, adik2, makcik2, pakcik2 dan paling diraikan pengantin...

DJ perlu peka dengan keadaan sekeliling, berita2 dan isu terkini, aturcara majlis yang sedang berlangsung di kenduri atau majlis, mempunyai unsur usik mengusik, lawak jenaka dan sebagainya mampu membuatkan pendengar di majlis itu terhibur. DJ bukanlah seorang yang syok sendiri atau hanya berada dalam dunianya sendiri sahaja. DJ perlu bersama pendengar di majlis tersebut. DJ mampu berceloteh tanpa henti dan bercerita tapi yang penting tidak membosankan dan berulang-ulang. DJ perlu tahu menyesuaikan diri dengan majlis. Mengenali nama pengunjung dan menebutnya merupakan sesuatu yang jarang dilakukan. Melakukannya sekali sekala merupakan sesuatu kelebihan ia mampu mengusik dan menghiburkan jiwa gerangan yang diusik dan diceritakan.

Lagu yang dimainkan juga mestilah lagu yang santai,popular, hits terkini dan sentiasa bermain di radio dan sesekali memainkan lagu-lagu yang irama lama sebagai menghargai pendengar usia veteran dan menghiburkan pelbagai peringkat. DJ perlu juga melayan permintaan rakan-rakan atau tetamu yang ingin berkaraoke..Tetapi karoake sahaja berterusan adalah sesuatu yang membosankan.

Sekiranya ada lagu2 yang yang mempunyai unsur jenaka amat bertepatan untuk dimainkan seperti lagu Ali Mamak, Senario dan sebagainya. Sekiranya majlis perkahwinan lagu perkahwinan yang hits dan sentiasa segar perlu dimainkan berulang kembali.

Untuk menjadi DJ yang baik perlu mempunyai daya pemerhatian yang baik..Pelajari dan tiru gaya DJ yang kita minati tidak salah. Kemudiannya kita hadir dengan gaya persembahan kita sendiri. Sebaiknya kita mempunyai pembantu semasa mengendalikan konti kita sendiri agar tugas kita lebih mudah dan lancar.

Akhir kata, DJ majlis kenduri kendara atau jamuan makan adalah kerjaya yang seronok untuk di ceburi dan mempelajari serta menghayati kerjaya tersebut amat bermakna bagi sesiapa yang betul-betul berminat dan ikhlas dalam menghiburkan orang ramai.

p/s: Nama diatas hanya rekaan sahaja. Tiada bersangkut paut dengan yang hidup atau yang mati.


0 ulasan:

Catat Ulasan

KATA-KATA KERAMAT

KELEBIHAN NABI KERANA MUKJIZAT
KELEBIHAN MANUSIA KERANA MUAFAKAT

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA BERUNTUNG

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
KERJA MENGIKUT ADAT
SENANG DI DUNIA SENANG DI AKHIRAT
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilaksanakan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat -Joseph Conrad-
Related Posts with Thumbnails