Disini bermula

Saya merupakan seorang guru. Usia blog sudahpun mencapai usia hampir setahun. Pada awalnya kewujudan hanyalah ingin berkongsi kenangan manis melalui gambar-gambar diperolehi bersama murid-murid dan rakan-rakan sekerja. Kini saya mengorak selangkah lagi dengan menampilkan wajah blog yang baru dan isi-isi yang lebih padat dan kemas.

Blog banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita. Selain berkongsi tips, maklumat dan rahsia saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran membina blog . Akhir kata sudilah kiranya anda menjadi peminat blog saya. Sebarang sumbangan artikel, cadangan,komen dan kritikan membina amat-amatlah dialukan ke alamat emel saya di anakbanjar79@gmail.com

Cari Blog Ini

Selasa, 6 April 2010

Keberkatan rezeki....

"Kalau tanah lapang ni bersih orang akan sayang untuk mengotorkannya..
Kalau tanah lapang ini kotor orang tidak sayang untuk mengotorkannya..."

Kata-kata di atas menceritakan tentang bidalan ibarat orang yang mempunyai hati yang kotor akan terikut dan tidak takut melakukan perangai yang kotor...tetapi jika hatinya bersih dan tidak diselaputi benda-benda haram maka ia tidak akan masuk benda yang haram dan turut berat dan takut untuk melakukan maksiat atau dosa. Sebaliknya org yang selalu melakukan benda yang haram dia tidak akan takut melakukan benda yang haram malah lebih teruknya berbangga dengan benda haram yang dilakukannya.

Tajuk harini menceritakan orang yang ditimpa 36 jenis penyakit akibat daripada makan daripada benda haram, tidak mempunyai keberkatan dalam rezeki diperolehi dan banyak melakukan dosa. Antara penyakitnya rezeki tak berkat ialah membawa kepada penyakit lemah jiwanya(takut, lemah semangat), mudah berputus asa, angkuh/sombong/cakap besar, gembira tak terbatas, bermegah-megah, curang(rasuah, ingkar kepada kebenaran),tidak pandai mengucapkan terima kasih dan rasa bersyukur dan sebagainya.

Orang yang rezeki tak berkat ni nak sedekah payah, belanja orang pun payah... Orang yang mempunyai rezeki yang sedikit boleh dikongsi rezekinya bersama keluarganya, ibunya, saudara maranya dan yang lain. Orang rezeki yang tidak berkat sentiasa rasa sempit duitnya dan hidupnya serta tidak pernah rasa mencukupi.

Sekiranya mendapat rezeki yang lebih atau mencukupi langkah terbaik ialah sujud syukur bukannya menyambutnya secara berlebihan tanpa batasan. Rezeki yang sedikit biarlah berkat bukannya banyak tetapi tidak berkat dan mencukupi. Wallahualam...

Sumber:Sinopsis kuliah agama Ustaz Ismail Kamus

3 ulasan:

  1. setuju. selalu terjadi kite rasa mcm kite ada bagi duit sikit kat mak ayah, kadang2 dulukan aje tapi lepas tu nak mintak balik tak sampai hati sedangkan kite dah bajet cantik2 untuk belanja bulanan, bil, minyak, joli segala. tapi tup2 ade je rezeki dari saluran lain yang tuhan bagi. pelajarannya, tak rugi berbaik dgn man ayah/bersedekah sikit. tak luak mana pun.

    BalasPadam
  2. bagusla fidde..memang mcm tu..ada ayat mengatakan jika kita sanggup korbankan apa yg kita syg,x kisahla wang ke,tenaga ke,atau harta benda tuhan akan tambah lagi keberkatan dan kecukupan dalam rezeki kita...orang yang banyak duit tak semestinya kaya sebab selalu x cukup duit tetapi orang yang sederhana pendapatannya tetapi pendapatannya sentiasa mencukupi dialah yang kaya..malahan mempunyai lebihan wang untuk bersedekah dan beramal atau naik haji.

    BalasPadam
  3. bagusla fidde..memang mcm tu..ada ayat mengatakan jika kita sanggup korbankan apa yg kita syg,x kisahla wang ke,tenaga ke,atau harta benda tuhan akan tambah lagi keberkatan dan kecukupan dalam rezeki kita...orang yang banyak duit tak semestinya kaya sebab selalu x cukup duit tetapi orang yang sederhana pendapatannya tetapi pendapatannya sentiasa mencukupi dialah yang kaya..malahan mempunyai lebihan wang untuk bersedekah dan beramal atau naik haji.

    BalasPadam

KATA-KATA KERAMAT

KELEBIHAN NABI KERANA MUKJIZAT
KELEBIHAN MANUSIA KERANA MUAFAKAT

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA BERUNTUNG

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
KERJA MENGIKUT ADAT
SENANG DI DUNIA SENANG DI AKHIRAT
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilaksanakan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat -Joseph Conrad-
Related Posts with Thumbnails