Disini bermula

Saya merupakan seorang guru. Usia blog sudahpun mencapai usia hampir setahun. Pada awalnya kewujudan hanyalah ingin berkongsi kenangan manis melalui gambar-gambar diperolehi bersama murid-murid dan rakan-rakan sekerja. Kini saya mengorak selangkah lagi dengan menampilkan wajah blog yang baru dan isi-isi yang lebih padat dan kemas.

Blog banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita. Selain berkongsi tips, maklumat dan rahsia saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran membina blog . Akhir kata sudilah kiranya anda menjadi peminat blog saya. Sebarang sumbangan artikel, cadangan,komen dan kritikan membina amat-amatlah dialukan ke alamat emel saya di anakbanjar79@gmail.com

Cari Blog Ini

Sabtu, 3 April 2010

Din beramboi pergi x kembali...


DariNya kita datang dan kepadaNya juga kita kembali. Baru-baru ini dunia seni dan lawak tanah air kehilangan seorang insan seni, pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi aka Mior Ahmad Fuad Mior Badri, pada usia 44 tahun. Allahyarham disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 malam, pagi jumaat bersamaan 2 april 2010 di Hospital Selayang.

Seorang insan yang kuminati kerana bakatnya dalam menghiburkan pendengar setiap pagi di radio Era. Minat ini mula timbul apabila diriku sentiasa menunggu celoteh dan lawak spontan darinya yang kedengaran di radio Era setiap pagi Isnin hingga Jumaat.

Pemergiannya adalah secara tiba-tiba dan tidak diduga. Pemergiaannya juga mengingatkan kita yang masih hidup agar sentiasa ‘mempersiapkan diri” yang kita juga akan menyusul mengikutinya kemudian hari kembali pada yang Esa.

Allahyarham dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) pada petang Isnin lalu kerana disyaki terkena virus kencing tikus ( Leptospirosis) kemudiannya disahkan mengidap Dengue Shock Syndrome ( Denggi Berdarah ). Penyakit denggi berdarah ini juga pernah meragut sahabat karibku sekitar tahun 2004.

Sakitnya bermula dengan demam berpanjangan, bintik-bintik merah di badan, sakit-sakit badan dan anggota seterusnya hilang daya tahan badan. Iktibar dari pengajaran cerita ini ialah mendapatkan rawatan di hospital berdekatan dengan segera kerana sekiranya lambat mendapatkan rawatan sudah terlambat untuk kita mengubatinya. Sungguhpun begitu, semua itu ketentuan qada’ dan qadar adalah ketentuan dari Ilahi. Kita sebagai hambaNya harus menerima dengan tabah dan rela hati.

Selain berlawak dan mengacara radio, arwah juga berbakat dalam nyanyian dan berlakon. Pernah suatu ketika dahulu aku menemui arwah di pasar seni Kuala Lumpur sekitar tahun 1998-2000 ketika beliau tengah mempromosikan albumnya. Mungkin kerana kurang minat pada nyanyian aku kurang mengindahkan promosi albumnya.

Lakonannya pernah kutonton tetapi kurang kuamati..Memang sungguh bagai dikata bakat yang kita miliki harus dihargai dan kita maksimukan kelebihan kita ada pada jalan kebaikan yang akan memberi kelebihan dan keuntungan pada kehidupan seharian.

Akhir kata, al-fatihah dariku dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang -orang yang beriman… Takziah untuk keluarga Allahyarham.

Kredit pada: Mstaronline, Bernama,Kujie

0 ulasan:

Catat Ulasan

KATA-KATA KERAMAT

KELEBIHAN NABI KERANA MUKJIZAT
KELEBIHAN MANUSIA KERANA MUAFAKAT

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA BERUNTUNG

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
KERJA MENGIKUT ADAT
SENANG DI DUNIA SENANG DI AKHIRAT
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilaksanakan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat -Joseph Conrad-
Related Posts with Thumbnails