Disini bermula

Saya merupakan seorang guru. Usia blog sudahpun mencapai usia hampir setahun. Pada awalnya kewujudan hanyalah ingin berkongsi kenangan manis melalui gambar-gambar diperolehi bersama murid-murid dan rakan-rakan sekerja. Kini saya mengorak selangkah lagi dengan menampilkan wajah blog yang baru dan isi-isi yang lebih padat dan kemas.

Blog banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita. Selain berkongsi tips, maklumat dan rahsia saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran membina blog . Akhir kata sudilah kiranya anda menjadi peminat blog saya. Sebarang sumbangan artikel, cadangan,komen dan kritikan membina amat-amatlah dialukan ke alamat emel saya di anakbanjar79@gmail.com

Cari Blog Ini

Ahad, 3 Januari 2010

kita boleh...percaya kehebatan diri sendiri

Aset paling berharga bagi kebanyakan orang adalah juga aset yang
paling kurang dihargai. Aset itu, bila ditangani dengan semestinya,
akan mampu memberikan hasil secara dramatik. Aset yang tidak dapat
dikenakan harga setinggi apapun. Itulah otak manusia, fikiran dan
proses berfikir.

Otak merupakan kawasan penyimpanan yang kapasitinya luarbiasa, menjadi
pentinglah untuk berhati-hati di dalam mengisinya. Sebahagian orang
mempunyai otak yang penuh dengan pemikiran dan pengalaman negatif.
Mereka akan secara terus-menerus "menanamkan input" € ¦à saya tidak
mampu - dengan setompok alasan mengapa mereka tidak mampu. Sehingga
ketika dihadapkan pada sebuah kesempatan atau cabaran baru, otak
mereka, ketika ditanya, mengirimkan jawapan : Tidak, kamu tidak mampu,
atau tanggapan lain seperti itu.

Lima langkah yang diperlukan untuk membangun kepercayaan diri dan yang
pada gilirannya membangun rasa percaya diri bagi motivasi diri dari
dalam.

1. Hindari Mencari-Cari Alasan

Begitu ramai orang mengurungkan niat mereka dengan mengajukan alasan yang
tidak masuk akal dan samasekali salah. Seperti :
- Saya tidak boleh
- Saya tidak mampu sebab...
- Pendidikan saya belum memadai
- Saya sudah terlalu tua
- Saya masih terlalu muda, dll

Siapapun dapat mencari alasan bagi hampir segalanya, maka dalam
membangun kepercayaan diri, jangan sekali-kali membuat alasan. Perkara
ini mungkin sangat menyenangkan dan mententeramkan hati, tetapi
alasan-alasan hanya akan menghambat seseoarang dari pencapaian
sasaran. Ingatlah bahawa otak anda adalah kawasan penyimpanan -- apa
yang anda masukkan pada gilirannya akan keluar lagi, jadi gantilah
penyisipan hal-hal negatif dengan hal-hal positif.

2. Gunakan Daya Imaginasi
Otak dengan kapasitinya yang tidak terbatas dapat membantu anda dengan
tanpa batasan mencapai cita-cita hidup jika anda memberinya
kesempatan. Biarkan dia menggambarkan diri anda sebagai peribadi yang
anda inginkan. Dengan jelas menggambarkan apapun wujud yang anda
inginkan. Semakin anda memikirkan itu semua semakin besar kepastian
akan suatu hasil yang positif. Jika anda terus menerus membiarkan
fikiran anda dipenuhi dengan bermacam-macam pemikiran mengenai
penyakit dan kesihatan yang buruk, anda hampir pasti akan mengalami
penyakit yang anda pikirkan. JIka anda terus menerus memikirkan hasil
negatif tentang pergaulan atau karier bisnis, pemikiran itu pada
gilirannya akan mengakar dalam diri anda.

Maka dalam proses membangun kepercayaan diri dengan menggunakan proses
kesan daya imajinasi otak, pentinglah untuk menjadi yakin bahawa apa
yang sedang anda fikirkan dan lihat dengan jelas adalah perkara yang
positif. Perkara yang positif itu harus memungkinkan kesan positif
pada diri anda dan peningkatannya, serta pemikiran positif itu harus
mengarah ke sasaran anda, cita-cita dan kebahagiaan dalam hidup.

3. Jangan Takut Gagal
Kegagalan telah mengahalangi begitu ramai orang sehingga mereka mundur
sebelum mencuba, berbuat atau meraih keberhasilan sebab mereka tidak
mampu menerima terminologi dimana ada kemungkinan untuk gagal.
Sebahagian orang benar-benar tidak pernah mencuba sesuatupun sebab
rasa takut gagal ini telah menguasai otak mereka selama
bertahun-tahun. Setiap hari mereka memikirkan kegagalan ini sehingga
mereka tidak pernah sungguh-sungguh melakukan sesuatu dan pada
akhirnya mereka tidak percaya diri dan penuh keraguan.

4. Penampilan Membentuk Kepercayaan Diri
Penampilan luar memang bukan segalanya. Kadang-kadang perlu untuk
membelanjakan wang demi penampilan luar yang menarik, kerana dengan
penampilan luar yang menarik memberi kesempatan yang ada dalam diri
anda untuk merasa baik. Tetapi haruslah tetap bersikap realistik.
Sebahagian orang bersikap berlebihan dalam penampilan mereka dan pada
akhirnya semua itu hanya demi kepuasan ego mereka.

5. Susunlah Catitan Mengenai Sukses Yang Diperoleh
Setiap orang pernah mencapai kejayaan dalam hidupnya. Cara
mengumpulkan catitan kejayaan masa lalu sangat sederhana. Fikirkan
balik kejayaan anda yang paling awal yang mungkin terjadi pada masa
sekolah ketika memenangi lumba lari sambil meletakkan "Bean Bag" atas
kepala atau berlari dengan memakai guni "Sack Race". Mungkin juga
berawal dari ucapan tahniah ketika memenangi pertandingan lukisan. Ini
dapat dilakukan secara lisan pada suatu audio kaset atau buku catitan.
Anda boleh melihat kembali catitan dan memperbaharui aset paling
berharga anda dengan kenangan akan kejayaan tersebut.

Motivasi hanya dapat mengabadikan diri berdasarkan harapan. Untuk
memotivasi diri, seseorang harus memiliki harapan tentang sebuah masa
depan. Oleh kerana itu dalam memotivasi diri seseorang
bertanggungjawab untuk menciptakan sendiri harapannya.

Hidup yang tidak memiliki tujuan
jauh lebih menakutkan daripada
hidup yang tidak mencapai tujuan.

sumber: forum halaqah

0 ulasan:

Catat Ulasan

KATA-KATA KERAMAT

KELEBIHAN NABI KERANA MUKJIZAT
KELEBIHAN MANUSIA KERANA MUAFAKAT

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA BERUNTUNG

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
KERJA MENGIKUT ADAT
SENANG DI DUNIA SENANG DI AKHIRAT
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilaksanakan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat -Joseph Conrad-
Related Posts with Thumbnails