Disini bermula

Saya merupakan seorang guru. Usia blog sudahpun mencapai usia hampir setahun. Pada awalnya kewujudan hanyalah ingin berkongsi kenangan manis melalui gambar-gambar diperolehi bersama murid-murid dan rakan-rakan sekerja. Kini saya mengorak selangkah lagi dengan menampilkan wajah blog yang baru dan isi-isi yang lebih padat dan kemas.

Blog banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita. Selain berkongsi tips, maklumat dan rahsia saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran membina blog . Akhir kata sudilah kiranya anda menjadi peminat blog saya. Sebarang sumbangan artikel, cadangan,komen dan kritikan membina amat-amatlah dialukan ke alamat emel saya di anakbanjar79@gmail.com

Cari Blog Ini

Sabtu, 9 Januari 2010

Kita Guru Yang Ikhlas

Kita GURU yang Ikhlas

-Didik anak orang(murid) macam kita mahu orang lain(guru lain) didik anak kita

-Didik murid kita sampai tahap layak dibuat menantu.

Nur Guru yang Ikhlas

-Ilmunya seperti mutiara turun dari gunung.

-Perkataannya sedikit tapi berkesan di hati.

-Perbuatannya dicontohi murid.

-Senyumannya penawar pada murid.

-Kemarahannya/tegurannya tanda kasih sayang.

-Suruhan dan arahannya satu hadiah/penghargaan.

-Pemberiannya sebagai satu tuah tanda besar yang diidami.

-Saranannya satu keputusan terbaik.

-Ibadahnya menyentuh hati kerana kyusuk dan dan takut kepada Allah.

-Semangat dan dorongannya jadi ikutan terbaik.

-Pengajarannya diikuti dan dan diminati.

-Kasih sayangnya terasa keberkatannya.

-Dia dihormati bukan ditakuti.

-Dia tempat rujukan, tempat mengadu dan sumber menyelesaikan masalah dan bukan punca masalah.

-Dia mengangap murid sebagai sahabat dan bukan semata-mata murid.

-Seluruh tugas dan tanggungjawab diterima sebagai amanah bukan beban.

-Murid melihat akan insaf dan teringatkan Allah S.W.T

-Dunia yang dimililiki bukan untuk dia seorang.

-Kehadirannya disenangi dan dan suasana menjadi tenang.

-Kehilangannya ditangisi dan satu kekosongan serta dirindui.

-Kehidupannya diberkati Allah s.w.t di dunia dan akhirat.

Insya-Allah

0 ulasan:

Catat Ulasan

KATA-KATA KERAMAT

KELEBIHAN NABI KERANA MUKJIZAT
KELEBIHAN MANUSIA KERANA MUAFAKAT

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA BERUNTUNG

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
KERJA MENGIKUT ADAT
SENANG DI DUNIA SENANG DI AKHIRAT
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilaksanakan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat -Joseph Conrad-
Related Posts with Thumbnails