Disini bermula

Saya merupakan seorang guru. Usia blog sudahpun mencapai usia hampir setahun. Pada awalnya kewujudan hanyalah ingin berkongsi kenangan manis melalui gambar-gambar diperolehi bersama murid-murid dan rakan-rakan sekerja. Kini saya mengorak selangkah lagi dengan menampilkan wajah blog yang baru dan isi-isi yang lebih padat dan kemas.

Blog banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita. Selain berkongsi tips, maklumat dan rahsia saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran membina blog . Akhir kata sudilah kiranya anda menjadi peminat blog saya. Sebarang sumbangan artikel, cadangan,komen dan kritikan membina amat-amatlah dialukan ke alamat emel saya di anakbanjar79@gmail.com

Cari Blog Ini

Sabtu, 2 Januari 2010

Rumusan mesyuarat pembukaan sekolah tahun 2010.

gambar hiasan..hiasan dan susunan bunga di dinding bangunan.

Mesyuarat hari ini merupakan mesyuarat guru pertama bagi tahun 2010. Pembentangan taklimat dan ucapan daripada tuan pengetua berkisar tentang isu-isu terkini baik sekolah mahupun negara. Selain itu juga tuan pengetua menyampaikan hasrat beliau, amanat daripada KPM,JPN,PPD dan seterusnya negara.

Sesuatu yang menarik mengenai pengetua saya adalah mendalam ilmunya tentang negara dan persekitarannya. Selain itu taklimatnya lebih berkisar pada motivasi kepada guru untuk terus berkhidmat cemerlang demi diri sendiri,anak bangsa, masyarakat dan negaranya amnya. Nilai prestasi guru haruslah di tahap tertinggi dan mencapai standard guru Malaysia. Kemahiran mengajar semakin baik dan ilmunya semakin bertambah. Besar harapan ibu bapa dan masyarakat agar anak mereka berjaya apabila sampai ke sekolah. BAgi mencapai hasrat tersebut setiap orang perlu memainkan tanggungjawab masing-masing. Baik guru,ibubapa,masyarakat dan seterusnya pelajar itu sendiri.

0 ulasan:

Catat Ulasan

KATA-KATA KERAMAT

KELEBIHAN NABI KERANA MUKJIZAT
KELEBIHAN MANUSIA KERANA MUAFAKAT

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA BERUNTUNG

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
KERJA MENGIKUT ADAT
SENANG DI DUNIA SENANG DI AKHIRAT
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilaksanakan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat -Joseph Conrad-
Related Posts with Thumbnails