Disini bermula

Saya merupakan seorang guru. Usia blog sudahpun mencapai usia hampir setahun. Pada awalnya kewujudan hanyalah ingin berkongsi kenangan manis melalui gambar-gambar diperolehi bersama murid-murid dan rakan-rakan sekerja. Kini saya mengorak selangkah lagi dengan menampilkan wajah blog yang baru dan isi-isi yang lebih padat dan kemas.

Blog banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita. Selain berkongsi tips, maklumat dan rahsia saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran membina blog . Akhir kata sudilah kiranya anda menjadi peminat blog saya. Sebarang sumbangan artikel, cadangan,komen dan kritikan membina amat-amatlah dialukan ke alamat emel saya di anakbanjar79@gmail.com

Cari Blog Ini

Selasa, 5 Januari 2010

10 kesilapan sering dilakukan oleh calon temuduga

10 kesilapan yang sering dilakukan oleh calon-calon temuduga dan antara sebab kenapa temuduga yang dihadiri gagal.

1) Tidak melakukan kajian latar belakang mengenai syarikat yang ingin dipohon.Kajian boleh meliputi struktur organisasi, visi dan misi syarikat, pencapaian syarikat dan lain-lain yang berkaitan. Kajian boleh dilakukan dengan melayari internet ataupun mendapatan sumber daripada pihak ketiga yang boleh dipercayai.
2) Tidak memahami skop tugas yang ingin dipohon.

3) Penampilan diri yang tidak kemas ataupun pakaian yang dipakai tidak bersesuaian seperti menjolok mata ataupun warna pakaiannya yang tidak bersesuaian.

4) Hadir lewat ke pusat temuduga. Akibatnya calon tidak cukup bersedia untuk berada dalam keadaan tenang dan berkeyakinan seterusnya berada dalam keadaan kebimbangan, tercungap-cungap, termengah-mengah, cemas dan gugup.

5) Tidak melakukan persediaan yang mencukupi. Antaranya tidak mengkaji kemungkinan soalan penemuduga, tidak belajar cara menjawab soalan dengan betul dan tidak menggunakan suara yang jelas, tidak duduk dengan kemas, dan tidak menjawab soalan dengan penuh kenyakinan.

6) Tidak mengenali kekuatan diri dengan baik.

7) Terlalu yakin. “Be confident but not over confident.” Bila terlalu yakin kita selalu terlepas pandang sesuatu benda yang kadang-kadang sangat penting dan bermakna dalam temuduga. Contohnya sijil yang tidak cukup, borang yang salah isi dan lain-lain lagi.

8) Tidak peka dengan isu semasa dan sukar menjawab soalan penemuduga.

9) Calon juga tidak mempunyai visi dan misi dalam kerjaya yang ingin dipohon.

10)Memohon kerja yang tidak bersesuaian dengan kelayakan dan pengalaman yang dimiliki.


Tips di atas adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan pengalaman dan pengamatan sekeliling. Hanya sekadar berkongsi cerita untuk dijadikan panduan. Banyak lagi panduan lain boleh didapati melalui bacaan buku, bertanya pendapat orang lain ataupun daripada sumber internet.


0 ulasan:

Catat Ulasan

KATA-KATA KERAMAT

KELEBIHAN NABI KERANA MUKJIZAT
KELEBIHAN MANUSIA KERANA MUAFAKAT

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA BERUNTUNG

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
KERJA MENGIKUT ADAT
SENANG DI DUNIA SENANG DI AKHIRAT
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilaksanakan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat -Joseph Conrad-
Related Posts with Thumbnails