Disini bermula

Saya merupakan seorang guru. Usia blog sudahpun mencapai usia hampir setahun. Pada awalnya kewujudan hanyalah ingin berkongsi kenangan manis melalui gambar-gambar diperolehi bersama murid-murid dan rakan-rakan sekerja. Kini saya mengorak selangkah lagi dengan menampilkan wajah blog yang baru dan isi-isi yang lebih padat dan kemas.

Blog banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita. Selain berkongsi tips, maklumat dan rahsia saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran membina blog . Akhir kata sudilah kiranya anda menjadi peminat blog saya. Sebarang sumbangan artikel, cadangan,komen dan kritikan membina amat-amatlah dialukan ke alamat emel saya di anakbanjar79@gmail.com

Cari Blog Ini

Jumaat, 1 Januari 2010

masjid wilayah yang mewah di malaysia

Masjid ni cukup besar. Aku tak pasti berapa kos keseluruhan membinanya. Berjuta jugak la. tercapai juga keinginan hendak melihat sendiri pergi selepas mendengar ceramah seorang ustaz yang pernah sempat bersembahyang di masjid ni. menurut ceritanya lampu tengah masjid dia sahaja mencecah 4 juta kalau x silap.tapi malang lampu ni dah rosak. dengar cerita import dari luar negeri. berapa la jumlah bil elektrik dia pulak ye.

carpet dia kalau pijak macam tenggelam kaki ni rasanya. bertingkat-tingkat jugakla masjidnya.ada pejabat, perpustakaan, dewan solat khas untuk wanita, bilik pengurusan jenazah dan macam-macam lagilah. bagi siapa yang x larat naik tangga boleh naik escalator. wa, masjid pun ada escalator tu. jangan risau masjid ni ada aircond bagi siapa tak tahan cuaca panas.

masa gambar ni diambil menurut pengawal keselamatan masjid ni, lampu ni dikatakan dah rosak. x tahula sekarang.teringin pergi malam.mungkin kalau hidup boleh tengok keindahannya.
gambar keseluruhan masjid.


0 ulasan:

Catat Ulasan

KATA-KATA KERAMAT

KELEBIHAN NABI KERANA MUKJIZAT
KELEBIHAN MANUSIA KERANA MUAFAKAT

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA BERUNTUNG

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
KERJA MENGIKUT ADAT
SENANG DI DUNIA SENANG DI AKHIRAT
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilaksanakan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat -Joseph Conrad-
Related Posts with Thumbnails