Disini bermula

Saya merupakan seorang guru. Usia blog sudahpun mencapai usia hampir setahun. Pada awalnya kewujudan hanyalah ingin berkongsi kenangan manis melalui gambar-gambar diperolehi bersama murid-murid dan rakan-rakan sekerja. Kini saya mengorak selangkah lagi dengan menampilkan wajah blog yang baru dan isi-isi yang lebih padat dan kemas.

Blog banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita. Selain berkongsi tips, maklumat dan rahsia saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran membina blog . Akhir kata sudilah kiranya anda menjadi peminat blog saya. Sebarang sumbangan artikel, cadangan,komen dan kritikan membina amat-amatlah dialukan ke alamat emel saya di anakbanjar79@gmail.com

Cari Blog Ini

Khamis, 14 Januari 2010

tips beli rumah lelong.

1) Buat kajian tentang status hartanah yang ingin dimiliki melalui majlis perbandaran atau daerah seperti status tanah sama ada ada caveat atau tidak.
2) Buat lawatan tapak ke rumah yang dihajati. Periksa keadaan rumah dari luaran dan minta kebenaran untuk masuk ke dalam rumah sekiranya ada penghuni di dalamnya. Buat anggaran kos pembaikan rumah rumah sekiranya perlu. bawa kontraktor sekiranya perlu untuk mentaksir kos pembaikan rumah tersebut.
3) Dapatkan pelan lantai rumah dan cari juru nilai hartanah profesional untuk menganggarkan nilai kos hartanah tersebut. Melalui kos hartanah tersebut kita boleh mengangarkan harga terbaik atau limit akan kita tentukan untuk membida rumah tersebut sekiranya ada saingan.
4) Sentiasa beli rumah di bawah harga pasaran kerana kemudiannya kita akan campur kos penyelenggaraan, bayaran deposit 5% atau 10% . Kos margin keuntungan ingin diperolehi dan utiliti yang lain dirasakan perlu dibayar.
5) Cari lokasi panas sebaiknya seperti damansara, bangsar, USJ dan sebagainya.
6) Elakkan membida rumah yang penghuninya enggan keluar.
7) Sediakan bank draf yang diminta dan ditetapkan dan sediakan wang tunai mencukupi sekiranya berjaya membida melebihi harga reserve price.
8) Bawa ic semasa membida.
9) Sebaiknya bida satu hartanah sahaja pada permulaan menceburi bidang hartanah ni.
10) Akhir sekali buat persediaan secukupnya sebelum menceburi bidang hartanah seperti pembelajaran,buat kajian dan belajar daripada senior yang sudah mahir dalam dunia hartanah. Moga dapat membantu minat menceburi bidang dunia hartanah.

2 ulasan:

  1. saya rasa macam no 5 ialah no 1 sebenarnya..

    itu cuma pendapat saya sahaja..

    Tuanbri - Perunding Hartanah Lelong

    BalasPadam
  2. terima kasih di atas komen tersebut...harap maaf lama x respon...tips di atas berdasarkan buku yg saya baca dan pengalaman memiliki rumah lelong yg saya lalui...tiada salahnya pendapat tuan tersebut...sekadar berkongsi pandangan.

    BalasPadam

KATA-KATA KERAMAT

KELEBIHAN NABI KERANA MUKJIZAT
KELEBIHAN MANUSIA KERANA MUAFAKAT

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA BERUNTUNG

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
KERJA MENGIKUT ADAT
SENANG DI DUNIA SENANG DI AKHIRAT
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilaksanakan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat -Joseph Conrad-
Related Posts with Thumbnails