Disini bermula

Saya merupakan seorang guru. Usia blog sudahpun mencapai usia hampir setahun. Pada awalnya kewujudan hanyalah ingin berkongsi kenangan manis melalui gambar-gambar diperolehi bersama murid-murid dan rakan-rakan sekerja. Kini saya mengorak selangkah lagi dengan menampilkan wajah blog yang baru dan isi-isi yang lebih padat dan kemas.

Blog banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita. Selain berkongsi tips, maklumat dan rahsia saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran membina blog . Akhir kata sudilah kiranya anda menjadi peminat blog saya. Sebarang sumbangan artikel, cadangan,komen dan kritikan membina amat-amatlah dialukan ke alamat emel saya di anakbanjar79@gmail.com

Cari Blog Ini

Khamis, 14 Januari 2010

Laman web sosial mendatangkan keburukan atau kebaikan?

Terdapat pelbagai laman web sosial masa kini yang menjadi kegilaan dan ketagihan para remaja dan juga dewasa. Ada yang menyertai laman web sosial ini dengan tujuan membina rangkaian, mengemaskini aktiviti terkini, dan sebagai salah satu strategi pemasaran perniagaan masing-masing. Tak kurang juga yang ingin mencari jodoh, mencari hiburan, bertukar maklumat ataupun mencari maklumat terkini dan lama.

Laman web sosial yang popular masa kini seperti mana kita ketahui ialah myspace, facebook, friendster dan twitter.

Friendster laman web pertama berjaya menarik perhatian pengunjung internet. Mempunyai seramai 155 juta pengunjung dan dijadikan tapak berkongsi minat,hobi, mesej, foto dan video. Friendster beribu pejabat di Sydney, Australia.

Kedua ialah Myspace laman web paling popular sebelum facebook. Pengguna di benarkan menghias laman myspace mereka mengikut cita rasa masing-masing. Di myspace kita boleh mencari rakan yang berkongsi minat yang sama bersama pengunjung yang lain. Myspace beribu pejabat di beverly Hill, Amerika Syarikat.

Facebook yang mulai bertapak pada tahun 2004 dan semakin digilai bukan sahaja oleh remaja dan dewasa tetapi jugak kanak-kanak sekolah. Kita boleh berkongsi gambar dan video bersama rakan serta pelbagai applikasi lain yang mesra pengguna. Dibangunkan oleh bekas seorang pelajar bernama Mark Zuckerberg.

Akhir sekali, twitter yang amat popular di kalangan celebriti dan ahli perniagaan. Pengunaannya begitu meluas di negara barat tetapi masih kurang di Malaysia. Mula diperkenalkan pada tahun 2006 dan semakin mendapat sambutan dikalangan ahli warganegara Malaysia.

Laman web sosial juga kini boleh didapati bukan sahaja melalui internet tetapi juga melalui modile phone. Semua laman web sosial di atas banyak mendatangkan faedah kepada kita sekiranya kita sentiasa berhati-hati dengan segala jenis peniupan. Kejadiaan seperti gangguan seksual, perkenalan dengan lelaki berhidung belang dan segala jenis peniupan harus di awasi. Jadikan kita sebagai seorang yang matang dan bijak berfikir. Jauhi kemaksiatan dan dan banyak menyebarkan dakwah yang baik melalui facebook ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

KATA-KATA KERAMAT

KELEBIHAN NABI KERANA MUKJIZAT
KELEBIHAN MANUSIA KERANA MUAFAKAT

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA BERUNTUNG

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
KERJA MENGIKUT ADAT
SENANG DI DUNIA SENANG DI AKHIRAT
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilaksanakan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat -Joseph Conrad-
Related Posts with Thumbnails