Disini bermula

Saya merupakan seorang guru. Usia blog sudahpun mencapai usia hampir setahun. Pada awalnya kewujudan hanyalah ingin berkongsi kenangan manis melalui gambar-gambar diperolehi bersama murid-murid dan rakan-rakan sekerja. Kini saya mengorak selangkah lagi dengan menampilkan wajah blog yang baru dan isi-isi yang lebih padat dan kemas.

Blog banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita. Selain berkongsi tips, maklumat dan rahsia saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran membina blog . Akhir kata sudilah kiranya anda menjadi peminat blog saya. Sebarang sumbangan artikel, cadangan,komen dan kritikan membina amat-amatlah dialukan ke alamat emel saya di anakbanjar79@gmail.com

Cari Blog Ini

Sabtu, 30 Januari 2010

Catatan perjalanan ke bumi Sabah.



Percutian ke negeri di bawah bayu selama 4 hari 3 malam memberi pelbagai pengalaman menarik dan mengasyikkan. Sabah yang terkenal dengan Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara membawa saya untuk menghampirinya seterusnya melihat dengan lebih dekat lagi kecantikan dan keindahan ciptaan Tuhan yang Maha Agung.

Selain itu Sabah juga terkenal dengan jualan Mutiara serta pulau-pulaunya yang sangat cantik. Berada hampir dengan alam semulajadi mendekatkan kita dengan pencipta-Nya. Semua keindahan alam yang seketika dan hanya keindahan syurga kekal selamanya.

Tujuan utama bercuti adalah untuk merehatkan minda dan mencari ketenang. Selain itu, dapat menimba pengalaman serta keseronokan yang tidak mungkin diperolehi dan berpeluang dinikmati oleh semua orang.

Kesyukuran dipanjat kepada Ilahi atas segala nikmat yang diperolehi. Antara tempat menarik dilawati ialah bersiar-siar dan membeli-belah di Kota Kinabalu, bertandang ke Poring, Kinabalu Park, dan Pasar Kinabu.

Pengalaman berada di Kota Kinabalu cukup berbeza daripada kehidupan di Semenanjung. Antara yang menarik ialah dari segi tutur kata dialek tempatannya, makanan, budaya pasar malam yang meriah, perbezaan waktu dari Semenanjung selama sejam, angin dari pantai yang bertiup kencang pada waktu petang dan bandar raya yang besar di sepanjang persisiran pantai, Di Kota Kinabalu kesesekannya tidak seperti Kuala Lumpur.

Simpang di pinggiran kota pasti ada kelihatan pusingan bulatan atau "roundabout". Makanan di sini agak mahal. Mungkin kerana kami ni pelancong dari semenanjung ataupun makanannya sedia ada mahal berbanding semenanjung. Di KK ini sukar sekali untuk mencari tempat makanan yang betul2 selesa dan sedap. Pengalaman makan malam di Restoran Sempelang amat mendukacitakan. Harga diletak sesuka hati dan tanpa pengawalan. Kami memesan sotong goreng tepung sepinggan dengan harga RM 18, air milo ais RM2.50 secawan, nasi kosong 1.50,...Mahal dan harganya tidak berpatutan jika dibandingkan dengan tempat kondisi makananya.

Pengalaman bercuti memang menyeronokkan dan kadang kala sesuatu yang tidak disangka berlaku dan ianya tidak dapat dielakkan atas kuasa Tuhan. Sehebat mana manusia membuat perancangan tetapi Allah pasti ada perancangan yang terbaik untuk kita.

0 ulasan:

Catat Ulasan

KATA-KATA KERAMAT

KELEBIHAN NABI KERANA MUKJIZAT
KELEBIHAN MANUSIA KERANA MUAFAKAT

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA BERUNTUNG

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
KERJA MENGIKUT ADAT
SENANG DI DUNIA SENANG DI AKHIRAT
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilaksanakan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat -Joseph Conrad-
Related Posts with Thumbnails