Disini bermula

Saya merupakan seorang guru. Usia blog sudahpun mencapai usia hampir setahun. Pada awalnya kewujudan hanyalah ingin berkongsi kenangan manis melalui gambar-gambar diperolehi bersama murid-murid dan rakan-rakan sekerja. Kini saya mengorak selangkah lagi dengan menampilkan wajah blog yang baru dan isi-isi yang lebih padat dan kemas.

Blog banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita. Selain berkongsi tips, maklumat dan rahsia saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran membina blog . Akhir kata sudilah kiranya anda menjadi peminat blog saya. Sebarang sumbangan artikel, cadangan,komen dan kritikan membina amat-amatlah dialukan ke alamat emel saya di anakbanjar79@gmail.com

Cari Blog Ini

Selasa, 2 Februari 2010

Pelan taktikal dan pelan operasi?

Pengalaman menyediakan pelan operasi dan taktikal merupakan satu rutin harus dilakukan sekali setiap tahun. Apakah tujuan utama menulisnya? Adakah kewujudannya sekadar helaian kertas bertulis, dibukukan dan disimpan di dalam difail. Dibuka hanya apabila diperlukan dan hadirnya pemantauan dari atasan ataupun disebaliknya segala yang dirancang tidak mampu di capai objektif seperti diharapkan.

Sudah berjayakah sistem pendidikan di Malaysia?Penekanan terhadap jasmani, rohani, emosi dan intelektual yang seimbang seakan dipinggirkan apabila keputusan pelajar memperolehi semua A menjadi keutamaan dan kebanggaan bagi setiap sekolah dan jabatan pelajaran.

Bagaimana dengan akhlak remaja sekarang ini yang situasinya semakin membimbangkan. Fenomena seperti minum arak, seks bebas, hidu gam, melawan guru, bertumbuk dan sebagainya sudah jadi satu kebiasaan dan apabila berlaku semua ini semua kesalahan bebanan di atas kepala dan bahu guru dan paling menyedihkan paling ramai yang terlibat adalah daripada remaja-remaja melayu dan islam sendiri. Paling menyedihkan ada diantaranya tidak tahu mengucap dan sembahyang juga tidak pernah dilaksanakan di rumah.

Kini berapa ramai remaja perempuan melayu yang menjadi mangsa atau sengaja menjemput bala apabila berlambak kelahiran bayi luar nikah boleh dijumpai. Sekiranya mengandung pun ditutup dengan perkahwinan seakan meredhakan kelahiran anak tanpa sah taraf ini.

Penekanan terhadap agama semakin kurang diberi perhatian, sekiranya ada pun didikan di sekolah pasti akan gagal jika tidak diikuti dengan amalan berterusan di rumah beserta pemantauan dari ibu bapa.

Godaan dan pengaruh di sekeliling banyak menjerumus remaja ini terhadap dunia kejahilan. Penguatkuasaan agama agak longgar dan penekanan agama di dunia luar persekolahan semakin berkurangan. Mahukah kita amaran dari Esa menjemput tiba apabila dosa beleluasa dan amal makruf tidak dilaksana. Ketika itu semuanya sudah terlambat. Semuanya menjadi sia-sia apabila ketika muda tidak dingat tua, ketika sihat tidak dingat sakitnya.

Tidak mustahil jika pihak yang berkuasa tidak melaksanakan apa-apa yang sepatutnya maka negara kita akan binasa dengan generasi akan datang yang sangat rendah moral dan akhlaknya serta rendah produktiviti serta keupayaannya.

Sekolah Berprestasi Tinggi menjadi isu utama. Kejayaan straight A menjadi keutamaan dan kebanyakan sekolah yang terpilih berada di bandar dan dari golongan berada. Wajarkah dengan pengadilan apabila luar bandar agak ketinggalan. Bagaimana dengan nasib murid-murid di luar bandar yang serba kekurangan dari segi kemudahan memperolehi tuisyen dan memiliki buku rujukan.

Guru-guru yang berkhidmat di luar bandar semakin tertekan apabila jarak yang jauh memisahkannya daripada keluarga tersayang sama ada suami, isteri, anak ataupun ibu bapa yang tua perlukan sokongan dan perhatian. Permohonan berpindah semakin sukar diperolehi dari tahun ke tahun atas-atas sebab keperluan perkhidmatan masih diperlukan di negeri asal dan tiada kekosongan di negeri dipohon. Wajarkah nasib murid dikorbankan sekiranya khidmat guru tidak diberi sepenuhnya sekiranya keperluaan asas kekeluargaannya tidak dipenuhi oleh jabatan atasnya.

Sekiranya guru menyediakan pelan operasi dan taktikal, wajarkah kerani juga diminta menyediakan pelan taktikal operasinya juga, tukang kebun, murid-murid dan ibu bapa tidak ketinggalan menyediakan pelan taktikal dan operasinya juga. Kejayaan sekolah melibatkan semua pihak tetapi apabila murid gagal guru yang sering dipersalahkan.

Akhir kata, perancangan manusia pasti ada ada tetapi perancangan dari Allah SWT pasti tertulis dahulunya dan yang terbaik sudah tentu perancangan dari-Nya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

KATA-KATA KERAMAT

KELEBIHAN NABI KERANA MUKJIZAT
KELEBIHAN MANUSIA KERANA MUAFAKAT

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA BERUNTUNG

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
KERJA MENGIKUT ADAT
SENANG DI DUNIA SENANG DI AKHIRAT
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilaksanakan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat -Joseph Conrad-
Related Posts with Thumbnails