Disini bermula

Saya merupakan seorang guru. Usia blog sudahpun mencapai usia hampir setahun. Pada awalnya kewujudan hanyalah ingin berkongsi kenangan manis melalui gambar-gambar diperolehi bersama murid-murid dan rakan-rakan sekerja. Kini saya mengorak selangkah lagi dengan menampilkan wajah blog yang baru dan isi-isi yang lebih padat dan kemas.

Blog banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita. Selain berkongsi tips, maklumat dan rahsia saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran membina blog . Akhir kata sudilah kiranya anda menjadi peminat blog saya. Sebarang sumbangan artikel, cadangan,komen dan kritikan membina amat-amatlah dialukan ke alamat emel saya di anakbanjar79@gmail.com

Cari Blog Ini

Sabtu, 20 Februari 2010

Persediaan menulis puisi

Persediaan menulis puisi

Puisi merujuk kepada susunan / aturan ayat yang menyampaikan maksud dalam bentuk yang indah. Puisi adalah satu cabang kesenian manusia. Puisi boleh berdiri secara sendiri, dan boleh juga disulam dalam seni lain seperti drama, atau lirik lagu.( http://ms.wikipedia.org/wiki/Puisi).

Antara persediaan yang harus dilakukan sebelum menulis puisi ialah belajar melalui membaca contoh –contoh karya puisi lain yang baik ataupun mengkaji puisi sasterawan terkenal. Penulis yang baru menceburi bidang puisi juga harus belajar memperluaskan kosa kata,mencari idea, dan mencuba menulis puisi-puisi baru yang mampu diketengahkan ke akhbar atau majalah perdana.

Puisi boleh berkisar tentang kehidupan seharian, keagamaan, isu negara, politik, ekonomi,sosial dan macam-macam lagi. Puisi boleh berfungsi sebagai medan membina semangat kecintaan, kasih sayang, peperangan, pergaduhan, patriotik,nasionalisme, pengorbanan dan kesetiaan.

Tulisan puisi selalunya merujuk pada sesuatu subjek. Puisi mungkin berkisar tentang diri penulis dan penyair. Puisi juga boleh menceritakan bagi pihak ketiga ataupun penceritaan yang secara umum tanpa dituju kepada sesiapa secara khusus.

Terdapat beberapa panduan menulis puisi. Antaranya ialah;

Penulis mesti mempunyai keseimbangan tulisan puisi bentuk dalaman dan luaran.Keseimbangan ini memberi kesan terhadap keindahan bahasa dan makna sesebuah puisi.Bentuk luaran ialah ciri-ciri yang membina sesebuah puisi tersebut. Ciri-ciri ini dapat dilihat. Baris, bunyi, pemilihan kata, bahasa figuratif, kata konkrit, kata abstrak, penyimpangan bahasa, dan tipografi merupakan bentuk luaran puisi.

Struktur dalaman puisi terdiri daripada tema, perasaan, nada atau sikap dan mesej. Tema ialah idea utama yang hendak disampaikan oleh seseorang penyair dalam sesebuah puisi. Antara tema dalam puisi termasuklah keagamaan, kemanusiaan, dan nasionalisme, ekonomi, dan politik.

Perasaan ialah suasana perasaan penyair yang diikut sertakan dalam puisi dan dapat dihayati oleh pembaca. Perasaan tersebut mungkin simpati, sedih, benci, marah, kasihan, pasrah, dan sebagainya. Nada ialah sikap penyair penyair terhadap pembaca. Sikap penyair mungkin menggurui, mengejek, menasihati, dan menceritakan sesuatu kepada pembaca. Mesej ialah perkara yang mendorong seseorang penyair itu menulis puisi. Mesej tersirat di sebalik tema yang diungkapkan.


0 ulasan:

Catat Ulasan

KATA-KATA KERAMAT

KELEBIHAN NABI KERANA MUKJIZAT
KELEBIHAN MANUSIA KERANA MUAFAKAT

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA BERUNTUNG

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
KERJA MENGIKUT ADAT
SENANG DI DUNIA SENANG DI AKHIRAT
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilaksanakan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat -Joseph Conrad-
Related Posts with Thumbnails