Disini bermula

Saya merupakan seorang guru. Usia blog sudahpun mencapai usia hampir setahun. Pada awalnya kewujudan hanyalah ingin berkongsi kenangan manis melalui gambar-gambar diperolehi bersama murid-murid dan rakan-rakan sekerja. Kini saya mengorak selangkah lagi dengan menampilkan wajah blog yang baru dan isi-isi yang lebih padat dan kemas.

Blog banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita. Selain berkongsi tips, maklumat dan rahsia saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran membina blog . Akhir kata sudilah kiranya anda menjadi peminat blog saya. Sebarang sumbangan artikel, cadangan,komen dan kritikan membina amat-amatlah dialukan ke alamat emel saya di anakbanjar79@gmail.com

Cari Blog Ini

Isnin, 15 Februari 2010

Buang bayi apa penyelesaiannya?

Kita digemparkan dengan kes pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi.Bayi yang di buang ke dalam sungai, dibuang ke dalam tong sampah, ditanam,dimakan anjing atau gagak,ditinggalkan dimuka pintu surau atau masjid dan sebagainya.

Ada cadangan daripada pihak tertentu supaya menubuhkan pusat perlindungan agar ibu-ibu yang mengandung anak luar nikah ini terbela dan bayi yang dikandungkan selamat keadaannya. Saya berpandangan sebaliknya dan bersetuju dengan pandangan ustaz Daud Che Ngah yang penubuhan pusat perlindungan tidak sesuai dijalankan kerana ia akan lebh menggalakkan kelahiran bayi luar nikah ini.

Menubuhkan pusat perlindungan pada waktu ini bagi saya sudah agak terlewat. Langkah pencegahan sepatutnya telah dilakukan sejak 20 tahun dahulu lagi. Langkah pencegahan seperti pendidikan dan penekanan agama bukan sahaja diberi dan diajar di sekolah tetapi segala punca-punca yang boleh membawa kepada zina itu sendiri harus dibendung dan dihalang juga. Seperti yang kita sedia maklum mengenali punca masalah berlakunya zina ini dan mencari cara mengatasi punca-punca ini perkara pertama perlu dilakukan.

Paling mudah langkah awal yang perlu dilakukan ialah mengembleng tenaga mengukuhkan institusi kekeluargaan dan masyarakat, menguatkuasakan kawalan yang sangat ketat bagi penjualan arak dan minuman keras, kawalan operasi pusat hiburan kelab malam, pusat karaoke, mengenakan hukuman ke atas perogol ataupun pencabul kehormatan kepada hukuman paling berat, dan sekatan ke atas kemudahan mendapatkan video klip lucah dan menggairahkan. Selain itu, sekatan dan potongan adegan ke atas tayangan drama dan filem yang menggairahkan juga tidak dilupakan.

Semua orang perlu diberi peringatan dan merupakan tanggungjawab sosial kerajaan untuk sentiasa mengingatkan remaja-remaja sekarang melalui media massa dan iklan seperti prihatinnya kerajaan bila berlakunya pandemik H1N1.

Fenomena ini berlaku di mana-mana samaada di utara,selatan, timur ataupun barat. Kerosakan akhlak berpunca daripada keinginan dan naluri remaja yang ingin dicintai dan mencintai tetapi atas dorongan nafsu bermula dari perkenalan di internet, perjumpaan kali pertama, kedua dan seterusnya. Selepas itu mula berpegangan tangan, istilah ringan-ringan dahulu, seterusnya ajakan ke bilik hotel ataupun bilik di rumah sendiri membawa kepada perzinaan berkali-kali dan mengandung anak tanpa dirancang.

Pembuangan bayi juga adalah 'wabak besar' harus ditangani dengan meluas. Langkah menggembeleng tenaga bersama antara NGO dan badan berwajib bagi menggerakkan gerakan besar-besaran beserta pelan strategik dan taktikalnya agar masalah ini sekiranya tidak dapat diatasi tetapi dapat dikurangkan.

Usaha menanganinya perlu bersungguh-sungguh. Remaja perlu didekatkan dengan ajaran agama Islam dan diberi ingatan sentisa. Masjid pula salah sebuah tempat yang perlu sentiasa diimarahkan oleh remaja. Remaja perlu sentiasa diingatkan agar mendekatkan diri dengan tuhan dan takut dengan azab api neraka.

Aktviti sukan dan riadah perlu sentiasa dijadikan teras hiburan remaja. Pengasingan lelaki dan perempuan di tempat sesak dan awam perlu dilakukan. Selain itu, pertunjukkan konsert berteraskan Islam dan tidak melalaikan sahaja dibenarkan. Pemakaian perempuan yang menjolok mata perlu dilarang. Pematuran pemakaian yang bersopan dan menutup aurat wajib dikuatkuasakan dengan berkesan. Sekiranya kita tak dapat menghalang sekurang-kurangnya kita dapat membendung 'wabak pembuangan bayi' ini terus berleluasa.

Pendidikan seks juga sangat penting tetapi pendidikan seks sahaja tidak mencukupi sekiranya tiada kesedaran agama dalam diri remaja. Penekanan haruslah juga melibatkan ibu bapa dan golongan dewasa. ibu bapa, golongan dewasa,veteran, profesional dan bukan profesional, NGO ataupun GO yang perlu menjadi role model yang baik kepada remaja sekarang. Tidak guna sekiranya kita meminta remaja berkelakuan baik dan menghina remaja sekarang membuang bayi sekirannya kita sendiri sebagai orang dewasa mengadakan aktiviti yang menggalakkan kepada aktiviti perzinaan dan maksiat. Kita juga yang menjadi hero dalam melakukan maksiat.

Rumusannya, di dunia akhir zaman ini baliklah kita semua kepada ajaran Islam semoga diri kita, keluarga, saudara mara,jiran tetangga dan masyarakat sekeliling terselamat daripada bala di dunia mahupun seksaan api neraka.

0 ulasan:

Catat Ulasan

KATA-KATA KERAMAT

KELEBIHAN NABI KERANA MUKJIZAT
KELEBIHAN MANUSIA KERANA MUAFAKAT

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA BERUNTUNG

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
KERJA MENGIKUT ADAT
SENANG DI DUNIA SENANG DI AKHIRAT
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilaksanakan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat -Joseph Conrad-
Related Posts with Thumbnails