Disini bermula

Saya merupakan seorang guru. Usia blog sudahpun mencapai usia hampir setahun. Pada awalnya kewujudan hanyalah ingin berkongsi kenangan manis melalui gambar-gambar diperolehi bersama murid-murid dan rakan-rakan sekerja. Kini saya mengorak selangkah lagi dengan menampilkan wajah blog yang baru dan isi-isi yang lebih padat dan kemas.

Blog banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita. Selain berkongsi tips, maklumat dan rahsia saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran membina blog . Akhir kata sudilah kiranya anda menjadi peminat blog saya. Sebarang sumbangan artikel, cadangan,komen dan kritikan membina amat-amatlah dialukan ke alamat emel saya di anakbanjar79@gmail.com

Cari Blog Ini

Ahad, 17 Januari 2010

Program sekolah bulan januari.

Bulan januari ini sekolah agak sibuk dalam pengurusan kelas, kelab, persatuan,badan beruniform dan terdekat kejohanan merentas desa ayng akan berlangsung pada hujung bulan ini..

Alhamdulilah penyertaan pelajar amat menggalakkan.Kehadiran memuaskan..Pelajar-pelajar bersemangat berlatih dan bersaing bersama rakan-rakan lain...Walaupun tahun ini sekolah berada dalam satu sesi berbanding dua sesi pada tahun lepas semangat pelajar masih sama begitu juga guru.

Ramalan rumah sukan mana bakal menjadi juara pada tahun ini masih dalam teka-teki. Adakah masih kekal di tangan rumah persona atau hijau ataupun mungkin rumah cikgu sendiri iaitu satria ataupun kuning...hahaha...Insya-Allah...trek laluan merentas desa juga telah berubah kerana trek laluan pada tahun lepas melalui kebun getah tidak dapat digunakan lagi kerana kebanyakan kebun getah tersebut telah ditebang pokoknya dan laluannya amat berbahaya disebabkan kenderaan lori besar keluar dan masuk kebun.

Akhir kata selamat berjaya pada semua ahli rumah sukan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung nanti. Jangan lupa beli baju rumah sukan yang dijual dikoperasi sekolah dengan "design" baru lebih cantik dan menarik. Selamat berjaya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

KATA-KATA KERAMAT

KELEBIHAN NABI KERANA MUKJIZAT
KELEBIHAN MANUSIA KERANA MUAFAKAT

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA BERUNTUNG

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
KERJA MENGIKUT ADAT
SENANG DI DUNIA SENANG DI AKHIRAT
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilaksanakan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat -Joseph Conrad-
Related Posts with Thumbnails