- Sebelum menanam rumput,kenal pasti rumput yang sesuai ditanam.
- Pangkas rumput hingga ke pangkal untuk memudahkan pertumbuhan rumput baru dan ia lebih hijau.
- Pastikan rumput dicakar dan tanahnya digembur untuk membolehkan sistem pengudaraan berjalan dengan baik.
- Ketika memangkas pokok dalam cuaca panas, jangan pangkas terlalu dalam sehingga ke akar kerana ia menyebabkan pokok kering.
- Jangan siram pokok selepas hujan kerana tanah tepu dan rumput akan mati.
- Sebaik-baiknya siram rumput pada waktu pagi atau di waktu senja kerana pada waktu ini proses pemeluwapan kurang berlaku dan air meresap jauh ke dalam tanah.
- Tanah yang tidak meresap air bermakna tanah itu mempunyai karbon dioksida yang tinggi dan ia tidak baik untuk penanaman pokok.
Sumber: Majalah Keluarga Harmoni (UTUSAN KARYA BERHAD)- 15 Januari2010