Disini bermula

Saya merupakan seorang guru. Usia blog sudahpun mencapai usia hampir setahun. Pada awalnya kewujudan hanyalah ingin berkongsi kenangan manis melalui gambar-gambar diperolehi bersama murid-murid dan rakan-rakan sekerja. Kini saya mengorak selangkah lagi dengan menampilkan wajah blog yang baru dan isi-isi yang lebih padat dan kemas.

Blog banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita. Selain berkongsi tips, maklumat dan rahsia saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran membina blog . Akhir kata sudilah kiranya anda menjadi peminat blog saya. Sebarang sumbangan artikel, cadangan,komen dan kritikan membina amat-amatlah dialukan ke alamat emel saya di anakbanjar79@gmail.com

Cari Blog Ini

Sabtu, 29 Mei 2010

Biarlah Kehadiran Anda Dirasai (Petikan Akhbar Utusan)

Biarlah Kehadiran Anda Dirasai (Petikan Akhbar Utusan)

Khamis, 13 Mei 2010 13:46

HARI guru pada tahun ini disambut dalam suasana yang cukup berhemah. Sambutan besar-besaran di peringkat sekolah mungkin tidak perlu - tetapi ia tetap perlu diadakan juga. Masih ada murid yang mahu meraikan dan menghargai jasa anda. Sekurang-kurangnya anda perlu membuat sesuatu supaya kewujudan dan kerja anda dirasai.

Al-Mukadimah, banyak cabaran yang menanti guru bagi yang mengikuti perkembangan pendidikan semasa. Harapan yang diletakkan di bahu guru bukan sahaja daripada kelompok pelanggan iaitu ibu bapa, tetapi juga pembuat dasar, iaitu kerajaan.

Bagi yang telah memenuhi tuntutan Bai'ah, anda bolehlah tersenyum pada Hari Guru ini.

Maka, pada Hari Guru tahun ini, apa sahaja pengumuman - sama ada ia tokok tambah kepada gaji atau imbuhan lain - maka ia perlu disusuli dengan rasa insaf bahawa tanggungjawab mendatang bukan kepalang beratnya. Guru di bandar, pedalaman, di kampung atau di sektor-sektor khas lain perlulah dapat merasai bahawa Hari Guru 2010 ialah titik tolak kepada perubahan yang bakal mereka galas.

Perlu juga dibangkitkan di sini, kepada lebih 100 guru pedalaman yang telah diberi tunjuk sebab kerana ponteng dan pelbagai masalah lain, anda fikirlah sendiri. Jawablah surat tersebut kalau masih berstamina menjadi guru.

Yang mereka perlu sedar juga ialah tindak tanduk dan output kerja mereka kini diperhatikan secara kuantitatif dan kualitatif. Hal ini senang sahaja dilaksanakan kerana di bawah Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) pendidikan yang menjadi dasar Program Transformasi Kerajaan (GTP), maka KPI keberhasilan dan KPI tindakan akan menjadi petunjuk kepada pencapaian kuantitatif dan kualitatif masing-masing.

Rakyatlah yang memerhatikan KPI kita kelak. Sedarlah wahai guru, bahawa ibu bapa pada hari ini sudah pintar dan malah ada yang cukup arif tentang makna dan rubrik penilaian KPI. Mungkin selepas ini laporan kertas kerja berkajang-kajang kepada ketua jabatan terhadap apa yang kita buat tidak penting lagi, tetapi produk yang akan menentukan cara dan hala tuju kita.

Jadi, berhenti daripada terus cuba bermain dengan sentimen simpati terhadap diri sendiri, sebaliknya bekerja keraslah di bawah bidang tugasan di mana kita diletakkan. Kalau kita benar-benar mengakui apa yang kita lakukan demi the national duty, maka nawaitu kita selepas ini akan dipamerkan melalui keputusan atau output kerja masing-masing.

Kita bukanlah hebat sangat sehingga boleh diletakkan sebagai yang terbaik di dunia. Malah di peringkat Asia pun bukan. Indeks pencapaian pendidikan kita secara umumnya pun makin merosot (lihat laporan TIMMS dua tiga tahun kebelakangan ini) berbanding negara kecil Singapura dan Hong Kong. Nampaknya, semakin banyak dasar baru yang diperkenalkan, kesannya ialah antagonis. Apa sudah berlaku dan di mana ketirisan berlaku? Tepuk dada, tanyalah selera.

Dunia mungkin telah berubah, dan kita juga sebenarnya mesti berubah.

Pelbagai mekanisme dan enjin diperkenalkan dalam sistem kita. Kita ialah pengamal carrot and stick yang handal. Terlalu banyak carrot menyebabkan kita karat.

Pelbagai usaha dilakukan. Paling terbaru, Kementerian Pelajaran Malaysia mahu membantu sekolah dengan memperkenalkan apa yang disifatkan sebagai Program Peningkatan Prestasi Sekolah (PPPS). Program ini begitu cantik tetapi sejauh mana ia akan tercapai terletak di tangan guru. Satu hal lagi ialah sejauh mana guru mahu membuka pintu dan pemikirannya terhadap perubahan yang hendak dibawa oleh PPPS.

Sekolah akan menerima lagi pelbagai bentuk sokongan dan bantuan di bawah PPPS. Program berbentuk bottom-up ini akan berfokus terus ke sekolah, dengan menolak terus konsep one size fits all.

Begitu juga terdapat cadangan supaya guru diberikan sijil profesional. Lesen ini perlu diperbaharui melalui pemantauan dan program tertentu yang mereka perlu ikuti dari semasa ke semasa.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 usaha besar-besaran akan dilakukan untuk mensiswazahkan hampir 100,000 guru yang masih belum memegang ijazah. Jumlah itu besar berbanding jumlah guru pada hari ini yang berjumlah 4000,000 orang.

Bagi pihak Utusan Malaysia, kami mengucapkan selamat Hari Guru 2010, semoga kita semua berada dalam sihat sejahtera dan mendapat keberkatan Allah dalam setiap tindak tanduk kita. Sebagai penganjur bersama festival Hari Guru, Utusan Malaysia menjemput semua guru dari seluruh negara ke Festival Hari Guru di East Coast Mall Kuantan bermula 13 hingga 16 Mei. Banyak ilmu menanti anda.

Kira raikan Hari Guru 2010.

sumber

KATA MUTIARA PENYEJUK JIWA

Kata Mutiara 1
Hiasilah tidur u dg tetesan air wudhu,slimuti diri dg kalimat syahadat,
lelapkan mata dg alunan dzikrullah, awali tidur dg sepotong doa..
moga mimpi indah :)

Kata Mutiara 2
pada saat kamu dilahirkan, kamu menangis dan dunia tertawa. Isilah hidupmu dengan kebenaran, shngga pada saat kamu mati,kamu tertawa dan dunia mnangis

Kata Mutiara 3
Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam di dalamnya. Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, niscaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

Kata Mutiara 4
Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.

Kata Mutiara 5
Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.

Kata Mutiara 6
Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.

Kata Mutiara 7
Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

Kata Mutiara 8
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi.

Kata Mutiara 9
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

Kata Mutiara 10
Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.



Kata Mutiara 11
Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya


Kata Mutiara 12
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

Kata mutiara 13
Gunakan waktu sedetik untuk beribu kemanfaatan.

kata mutiara 14
selagi masih hidup ukirlah sesuatu yang berharga buat mu.

kata mutiara 15
hiasi lah bibirmu dengan lipstik kejujuran dan dandanilah wajahmu dengan keanggunan dari kesabaran.

kata mutiara 16
jalani apanyang terbaik untuk dirimu sendiri sebab yang akan datang semua itu ada di tangan mu sendiri.

kata mutiara 17
fastabiqul khoirot, selagi nyawa masih melekat pada dirimu torehkan pena manismu dengan sejuta asa dan juang, dan sejarah akan mencatatnya.

kata mutioara 18
bila mimpi indah tidak bisa menjadi kenyataan bukan berarti harapan tak dapat di raih. cobaan akan terus berganti dan kebahagiaan tak pernah abadi, hanya dengan kesabaran dan do'a, ketabahan, kebahagiaan akan selalu menghampiri.

baca lagi...

Sumber: http://fery1199.blogspot.com
via
http://www.cikgusyahril.net/

Selasa, 25 Mei 2010

Akronim english sentence

Click the pic for a bigger and more clear view. These acronim is a symbol or abbreviation for certain meaning of a sentence.

Emotikon (emotion icon) for message/sms/writing/typing.

These icons used to be put in chatting through sms, IRC, or IM. Lets learn these icons and may all of us not to be misunderstood again by our friends means.Click the picture to have a bigger view.

Khamis, 20 Mei 2010

Persembahan nyanyian daripada guru.

Persembahan dikir barat gabungan cikgu lelaki dan perempuan. Cukup mengasyikkan.
Duet 2H- Cikgu Hapian dan Sir Huang
Cikgu Roslan
Cikgu Md Zin
Cikgu Shamsul Amir
Cikgu Azman.

Persembahan nyanyian daripada beberapa orang guru lelaki sempena sambutan hari guru peringkat sekolah. Nyanyian anda semua cukup menghiburkan.

Tahniah dan syabas di atas kejayaan anda semua...





Ketua pelatun terbaik lelaki dan perempuan pertandingan kawad kaki daerah Jempol.

Kawad kaki sekolah sebanyak 6 buah pasukan telah berjaya membolot dan memenangi semua kategori pertandingan kawad kaki kategori putera dan puteri GO,NGO, KRS putera dan puteri. Pasukan kawad kaki sekolah juga telah berjaya memenagi ketua platun terbaik semua kategori lelaki dan perempuan daerah Jempol.Tahniah diucapkan. Moga kejayaan yang lebih besar dan manis akan dikecapi di pertandingan peringkat negeri sehingga ke peringkat kebangsaan. Tahniah diucapkan.

Rabu, 19 Mei 2010

Minggu peperiksaan...

Peperiksaan pertengahan tahun telahpun bermula pada hari ini bagi menengah atas dan . Peperiksaan pertengahan tahun bagi menengah rendah pula akan bermula 27hb Mei ni.

Cabaran adalah bagi murid-murid mempersiapkan diri dengan persiapan yang rapi bagi mencapai keputusan yang cemerlang dan terbilang. Persiapan sepatutnya telahpun dilakukan sejak awal tahun lagi. Selalulah berdamping dengan guru untuk mengcungkil seberapa banyak ilmu yang ada dan dalam masa yang sama sentiasa menajamkan kemahiran sedia ada.

Ada bidalan mengatakan "Orang-orang yang berjaya lebih banyak kali gagal daripada mereka yang tidak berjaya." Usaha yang gigih dan berterusan tanpa putus asa merupakan satu titik tolak kejayaan seseorang dalam sesuatu bidang.

Akhir kata kecemerlangan yang sentiasa anda perolehi di dalam k0-kurikulum haruslah dibawa bersama kejayaan akademik anda sekali . Ini sangat penting kerana ilmu yang ditimba amat berguna untuk digunakan setiap hari. Tanpa ilmu ibarat dunia ini gelap tanpa cahaya.

Selasa, 18 Mei 2010

SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2010










Hari guru pada tahun ini dengan tema Guru Pembina Negara Bangsa disambut dengan cukup meriah walaupun serba sederhana. Hari guru disambut pada Hari Isnin 17 Mei 2010 bertempat di tapak perhimpunan SMKPT (F). Acara sambutan dimulakan dengan perhimpunan dan taklimat pagi oleh guru dan urusetia program sambutan.

Selepas sahaja taklimat, program diteruskan dengan aktiviti sukaneka antara guru anjuran badan pengawas. Acara tahun ini berbeza dengan tahun lepas di mana sambutan hari guru pada tahun lepas disambut secara ringkas dengan bacaan ikrar dan utusan pengarah pendidikan dan Menteri Pelajaran di dalam perhimpunan rasmi.

Sukaneka kali ini juga ringkas tetapi cukup meriah. Guru-guru terhibur dengan aktiviti yang dianjurkan dan penglibatan barisan pentadbir dan pengetua memeriahkan lagi suasana. Acaranya seperti meniup belon, meniup dan mencari gula-gula dalam tepung, mnyampaikan cerita, isi air dalam botol dan perang bom belon air. Gelagat guru-guru dalam permainan sukaneka amat menghiburkan. Ada yang bersungguh-sungguh tak kurang juga yang memprovokasi pihak lawan. Keputusannya sukaneka dijuarai oleh kumpulan 1 diketuai oleh Puan Pengetua. Sukaneka tamat kira-kira pukul 9.00 pagi.

Pada pukul 10.00 pagi diteruskan dengan aktiviti sambutan hari guru di dewan. Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi PIBG, ucapan GPK 1 En. Roslan mewakili Pengarah Pelajaran,KPM. Seterusnya ucapan Menteri Pelajaran Malaysia diwakili oleh Puan Pengetua.

Majlis diteruskan dengan persembahan daripada pelajar diselang selikan dengan penyampaian anugerah-anugerah buat guru berdasarkan kategori yang dipertandingkan dan penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan acara yang dipertandingkan sebelum dan semasa sambutan hari guru.

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan khas daripada guru-guru laki dan perempuan melalui lontaran vokal yang hebat dan persembahan yang mengasyikkan. Di akhir majlis guru-guru menyanyikan lagu Guru Malaysia dan selepas itu murid-murid dibenarkan bersurai.

Di akhir majlis sambutan hari guru, guru diraikan dalam majlis jamuan di kantin sekolah dengan hidangan yang cukup enak dan diakhiri dengan penyampaian pertukaran hadiah dan cenderahati daripada kelab staff.

Ternyata sambutan kali ini cukup bermakna buat-buat guru-guru sebagai salah satu cara meraikan penat lelah dan pengorbanan guru. Moga semua guru di SMKPT (F) terus bersemangat dalam mendidik anak bangsa sehingga akhir hayat. Jasamu dikenang sehingga akhir hayat. Sekali jadi cikgu selamanya kita menjadi cikgu. TERIMA KASIH CIKGU!


Ahad, 16 Mei 2010

Perkhemahan perdana kadet polis,BOMBA,KAPA,BSMM SMKPT (F)

Persiapan tempat dan taklimat perkhemahan kepada peserta.
Kemahiran pertolongan cemas diajar kepada peserta perkhemahan.
Kemahiran ikatan tali temali dilatih dan dibawa khas dari unit JPAM gemas.
Taklimat kepada peserta oleh kem komandan dan timb kem komandan.
Urusetia membuat persediaan memasak makan malam dan membasuh bahan mentah
Sesi pendaftaran peserta dan urusetia
Persediaan memasang khemah. Kemahiran memasang khemah diuji.
Perkhemahan perdana gabungan Kadet polis, Bomba, KAPA, dan BSMM SMKPT (F). Terima kasih pada semua peserta, urusetia, guru-guru, barisan pentadbir, PIBG, ibu bapa dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sehingga program ini berjaya dilaksanakan dengan jaya walaupun dihimpit oleh masalah kewangan dan masa.

SELAMAT HARI GURU!




Rabu, 12 Mei 2010

Wajah-wajah ceria rakan seperjuanganku.

My colleagues



kegembiraan dan kegirangan di wajah cikgu dan pelajar.
cikgu-cikgu perempuan

My boss very supportive and sporting
Pertandingan bola tampar dan bola jaring antara guru bersama murid sempena Hari Guru.

Selasa, 11 Mei 2010

Dalam kenangan 2008


cakap siang pandang-pandang..cakap malam dengar-dengar


Bulan Mei

Bulan Mei begitu istimewa kerana banyak hari istimewa pada bulan ini. Dimulakan dengan Hari Buruh, Hari Ibu, dan Hari Guru...

Sekejap masa pantas berlalu..Sudah hampir 5 tahun aku berada di sekolah bergelar seorang cikgu..Pelbagai pengalaman kukutip satu persatu dan begitu berharga rasanya pengalaman berkhidmat di Palong Tujuh ini.

Mungkin sudah tiba masanya untuk aku beralih arah...Mencari angin baru dan cabaran baru. Tidak mampu aku teruskan tugasku dengan sempurna tanpa orang tersayang dekat disisi selalu.

Fikiranku jadi runsing. Keluargaku terabai hanya kerana perkhidmatan ku masih diperlukan di sini. Permohonan pindahku masih tertangguh sehingga kini. Harapan tinggal harapan..doa terus dipanjatkan tanpa jemu...rayuan terus dilakukan dengan harapan dan izin tuhan ada belas kasihan daripada pihak atasan pada insan yang kerdil ini.

Mungkin ada yang lebih menderita daripada diriku ini..Mungkin ada yang lebih terseksa..tapi semua ini bukan pilihanku untuk jadi begini. Tuntutan hidup kini memerlukan suami isteri bekerja menampung kehidupan seharian.

Peluang berada berhampiran bersama keluarga dan isteri sentiasa dicari. Moga tiada lagi jiwa yang terseksa, tiada hati yang merana, kebahagiaan keluarga terpelihara agar tiada lagi perpecahan yang jauh sekali untuk kita pinta.

Sayang Ibuku...

Ibu...
Kau hamparkan tikar kasih sayang.
Kau gengam erat obor kesabaran.
Kau bisikan kalimah zikir pada Tuhan.
Kau titiskan peluh pengorbanan
Semuanya kau lakukan demi anakmu yg kecil..

Ibu...
Senyummu sentiasa mekar
Walaupun onak duri kau lalui
Bernaung di bawah panas mentari
Namun degupan jantungmu tidak pernah berhenti
Dari menghidupkan nafas-nafas kegembiraan anakmu...

Ibu...
Redupmu sinarmu merenung
Berat langkah kakimu mendukung
Ringan tanganmu penuh haruman
Tulang empat keratmu tetap berjalan
Sehingga anakmu boleh berdiri segak dan tampan.

Ibu...
Besar jasamu mendidik anakmu ini
Kasihmu kutagih hingga kini
Belaian dan dakapmu masih kucari
Doamu ku pinta berulang kali
Restumu biarla berterusan tanpa henti.

Ibu...
Bila aku sakit aku cari ibu
Bila nak kahwin aku cari ibu
Bila gembira ibu orang pertama ku beritahu
Bila sedih aku ingin berlindung di dalam pelukan ibu.

Ibu...
Nasihatmu aku terima dahulu
Katamu azimat pendinding kalbu
Nyanyianmu aku ulang selalu...

Terima kasih ibu..
Ampunkan dosaku
Restuilah perjalanan anakmu
Sesunguhnya syurga sentiasa di bawah telapak kakimu
Dunia dan akhirat kau ibuku...

Rabu, 5 Mei 2010

Ingatan Tuhan yang buatkan kita terus berjaga-jaga dan siapkan dengan amalan.

Di antara tanda-tanda besar datangnya hari kiamat ialah terbitnya matahari dari barat. Sejauh mana kebenaran kajian ini hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Moga dapat dijadikan iktibar moga kita tidak leka dan sentiasa siapkan diri dengan amalan secukupnya.

Aku syukur di atas segala nikmat yang telah Kau beri Ya Allah.





KATA-KATA KERAMAT

KELEBIHAN NABI KERANA MUKJIZAT
KELEBIHAN MANUSIA KERANA MUAFAKAT

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA BERUNTUNG

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
KERJA MENGIKUT ADAT
SENANG DI DUNIA SENANG DI AKHIRAT
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilaksanakan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat -Joseph Conrad-
Related Posts with Thumbnails