Disini bermula

Saya merupakan seorang guru. Usia blog sudahpun mencapai usia hampir setahun. Pada awalnya kewujudan hanyalah ingin berkongsi kenangan manis melalui gambar-gambar diperolehi bersama murid-murid dan rakan-rakan sekerja. Kini saya mengorak selangkah lagi dengan menampilkan wajah blog yang baru dan isi-isi yang lebih padat dan kemas.

Blog banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita. Selain berkongsi tips, maklumat dan rahsia saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran membina blog . Akhir kata sudilah kiranya anda menjadi peminat blog saya. Sebarang sumbangan artikel, cadangan,komen dan kritikan membina amat-amatlah dialukan ke alamat emel saya di anakbanjar79@gmail.com

Cari Blog Ini

Rabu, 19 Mei 2010

Minggu peperiksaan...

Peperiksaan pertengahan tahun telahpun bermula pada hari ini bagi menengah atas dan . Peperiksaan pertengahan tahun bagi menengah rendah pula akan bermula 27hb Mei ni.

Cabaran adalah bagi murid-murid mempersiapkan diri dengan persiapan yang rapi bagi mencapai keputusan yang cemerlang dan terbilang. Persiapan sepatutnya telahpun dilakukan sejak awal tahun lagi. Selalulah berdamping dengan guru untuk mengcungkil seberapa banyak ilmu yang ada dan dalam masa yang sama sentiasa menajamkan kemahiran sedia ada.

Ada bidalan mengatakan "Orang-orang yang berjaya lebih banyak kali gagal daripada mereka yang tidak berjaya." Usaha yang gigih dan berterusan tanpa putus asa merupakan satu titik tolak kejayaan seseorang dalam sesuatu bidang.

Akhir kata kecemerlangan yang sentiasa anda perolehi di dalam k0-kurikulum haruslah dibawa bersama kejayaan akademik anda sekali . Ini sangat penting kerana ilmu yang ditimba amat berguna untuk digunakan setiap hari. Tanpa ilmu ibarat dunia ini gelap tanpa cahaya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

KATA-KATA KERAMAT

KELEBIHAN NABI KERANA MUKJIZAT
KELEBIHAN MANUSIA KERANA MUAFAKAT

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA BERUNTUNG

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
KERJA MENGIKUT ADAT
SENANG DI DUNIA SENANG DI AKHIRAT
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilaksanakan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat -Joseph Conrad-
Related Posts with Thumbnails