Disini bermula

Saya merupakan seorang guru. Usia blog sudahpun mencapai usia hampir setahun. Pada awalnya kewujudan hanyalah ingin berkongsi kenangan manis melalui gambar-gambar diperolehi bersama murid-murid dan rakan-rakan sekerja. Kini saya mengorak selangkah lagi dengan menampilkan wajah blog yang baru dan isi-isi yang lebih padat dan kemas.

Blog banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita. Selain berkongsi tips, maklumat dan rahsia saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran membina blog . Akhir kata sudilah kiranya anda menjadi peminat blog saya. Sebarang sumbangan artikel, cadangan,komen dan kritikan membina amat-amatlah dialukan ke alamat emel saya di anakbanjar79@gmail.com

Cari Blog Ini

Ahad, 16 Mei 2010

Perkhemahan perdana kadet polis,BOMBA,KAPA,BSMM SMKPT (F)

Persiapan tempat dan taklimat perkhemahan kepada peserta.
Kemahiran pertolongan cemas diajar kepada peserta perkhemahan.
Kemahiran ikatan tali temali dilatih dan dibawa khas dari unit JPAM gemas.
Taklimat kepada peserta oleh kem komandan dan timb kem komandan.
Urusetia membuat persediaan memasak makan malam dan membasuh bahan mentah
Sesi pendaftaran peserta dan urusetia
Persediaan memasang khemah. Kemahiran memasang khemah diuji.
Perkhemahan perdana gabungan Kadet polis, Bomba, KAPA, dan BSMM SMKPT (F). Terima kasih pada semua peserta, urusetia, guru-guru, barisan pentadbir, PIBG, ibu bapa dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sehingga program ini berjaya dilaksanakan dengan jaya walaupun dihimpit oleh masalah kewangan dan masa.

0 ulasan:

Catat Ulasan

KATA-KATA KERAMAT

KELEBIHAN NABI KERANA MUKJIZAT
KELEBIHAN MANUSIA KERANA MUAFAKAT

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA BERUNTUNG

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
KERJA MENGIKUT ADAT
SENANG DI DUNIA SENANG DI AKHIRAT
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilaksanakan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat -Joseph Conrad-
Related Posts with Thumbnails