Disini bermula

Saya merupakan seorang guru. Usia blog sudahpun mencapai usia hampir setahun. Pada awalnya kewujudan hanyalah ingin berkongsi kenangan manis melalui gambar-gambar diperolehi bersama murid-murid dan rakan-rakan sekerja. Kini saya mengorak selangkah lagi dengan menampilkan wajah blog yang baru dan isi-isi yang lebih padat dan kemas.

Blog banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita. Selain berkongsi tips, maklumat dan rahsia saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran membina blog . Akhir kata sudilah kiranya anda menjadi peminat blog saya. Sebarang sumbangan artikel, cadangan,komen dan kritikan membina amat-amatlah dialukan ke alamat emel saya di anakbanjar79@gmail.com

Cari Blog Ini

Selasa, 11 Mei 2010

Bulan Mei

Bulan Mei begitu istimewa kerana banyak hari istimewa pada bulan ini. Dimulakan dengan Hari Buruh, Hari Ibu, dan Hari Guru...

Sekejap masa pantas berlalu..Sudah hampir 5 tahun aku berada di sekolah bergelar seorang cikgu..Pelbagai pengalaman kukutip satu persatu dan begitu berharga rasanya pengalaman berkhidmat di Palong Tujuh ini.

Mungkin sudah tiba masanya untuk aku beralih arah...Mencari angin baru dan cabaran baru. Tidak mampu aku teruskan tugasku dengan sempurna tanpa orang tersayang dekat disisi selalu.

Fikiranku jadi runsing. Keluargaku terabai hanya kerana perkhidmatan ku masih diperlukan di sini. Permohonan pindahku masih tertangguh sehingga kini. Harapan tinggal harapan..doa terus dipanjatkan tanpa jemu...rayuan terus dilakukan dengan harapan dan izin tuhan ada belas kasihan daripada pihak atasan pada insan yang kerdil ini.

Mungkin ada yang lebih menderita daripada diriku ini..Mungkin ada yang lebih terseksa..tapi semua ini bukan pilihanku untuk jadi begini. Tuntutan hidup kini memerlukan suami isteri bekerja menampung kehidupan seharian.

Peluang berada berhampiran bersama keluarga dan isteri sentiasa dicari. Moga tiada lagi jiwa yang terseksa, tiada hati yang merana, kebahagiaan keluarga terpelihara agar tiada lagi perpecahan yang jauh sekali untuk kita pinta.

0 ulasan:

Catat Ulasan

KATA-KATA KERAMAT

KELEBIHAN NABI KERANA MUKJIZAT
KELEBIHAN MANUSIA KERANA MUAFAKAT

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA BERUNTUNG

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
KERJA MENGIKUT ADAT
SENANG DI DUNIA SENANG DI AKHIRAT
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilaksanakan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat -Joseph Conrad-
Related Posts with Thumbnails