









Selepas sahaja taklimat, program diteruskan dengan aktiviti sukaneka antara guru anjuran badan pengawas. Acara tahun ini berbeza dengan tahun lepas di mana sambutan hari guru pada tahun lepas disambut secara ringkas dengan bacaan ikrar dan utusan pengarah pendidikan dan Menteri Pelajaran di dalam perhimpunan rasmi.
Sukaneka kali ini juga ringkas tetapi cukup meriah. Guru-guru terhibur dengan aktiviti yang dianjurkan dan penglibatan barisan pentadbir dan pengetua memeriahkan lagi suasana. Acaranya seperti meniup belon, meniup dan mencari gula-gula dalam tepung, mnyampaikan cerita, isi air dalam botol dan perang bom belon air. Gelagat guru-guru dalam permainan sukaneka amat menghiburkan. Ada yang bersungguh-sungguh tak kurang juga yang memprovokasi pihak lawan. Keputusannya sukaneka dijuarai oleh kumpulan 1 diketuai oleh Puan Pengetua. Sukaneka tamat kira-kira pukul 9.00 pagi.
Pada pukul 10.00 pagi diteruskan dengan aktiviti sambutan hari guru di dewan. Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi PIBG, ucapan GPK 1 En. Roslan mewakili Pengarah Pelajaran,KPM. Seterusnya ucapan Menteri Pelajaran Malaysia diwakili oleh Puan Pengetua.
Majlis diteruskan dengan persembahan daripada pelajar diselang selikan dengan penyampaian anugerah-anugerah buat guru berdasarkan kategori yang dipertandingkan dan penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan acara yang dipertandingkan sebelum dan semasa sambutan hari guru.
Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan khas daripada guru-guru laki dan perempuan melalui lontaran vokal yang hebat dan persembahan yang mengasyikkan. Di akhir majlis guru-guru menyanyikan lagu Guru Malaysia dan selepas itu murid-murid dibenarkan bersurai.
Di akhir majlis sambutan hari guru, guru diraikan dalam majlis jamuan di kantin sekolah dengan hidangan yang cukup enak dan diakhiri dengan penyampaian pertukaran hadiah dan cenderahati daripada kelab staff.
Ternyata sambutan kali ini cukup bermakna buat-buat guru-guru sebagai salah satu cara meraikan penat lelah dan pengorbanan guru. Moga semua guru di SMKPT (F) terus bersemangat dalam mendidik anak bangsa sehingga akhir hayat. Jasamu dikenang sehingga akhir hayat. Sekali jadi cikgu selamanya kita menjadi cikgu. TERIMA KASIH CIKGU!
0 ulasan:
Catat Ulasan