Disini bermula

Saya merupakan seorang guru. Usia blog sudahpun mencapai usia hampir setahun. Pada awalnya kewujudan hanyalah ingin berkongsi kenangan manis melalui gambar-gambar diperolehi bersama murid-murid dan rakan-rakan sekerja. Kini saya mengorak selangkah lagi dengan menampilkan wajah blog yang baru dan isi-isi yang lebih padat dan kemas.

Blog banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita. Selain berkongsi tips, maklumat dan rahsia saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran membina blog . Akhir kata sudilah kiranya anda menjadi peminat blog saya. Sebarang sumbangan artikel, cadangan,komen dan kritikan membina amat-amatlah dialukan ke alamat emel saya di anakbanjar79@gmail.com

Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label sajak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sajak. Papar semua catatan

Selasa, 11 Mei 2010

Sayang Ibuku...

Ibu...
Kau hamparkan tikar kasih sayang.
Kau gengam erat obor kesabaran.
Kau bisikan kalimah zikir pada Tuhan.
Kau titiskan peluh pengorbanan
Semuanya kau lakukan demi anakmu yg kecil..

Ibu...
Senyummu sentiasa mekar
Walaupun onak duri kau lalui
Bernaung di bawah panas mentari
Namun degupan jantungmu tidak pernah berhenti
Dari menghidupkan nafas-nafas kegembiraan anakmu...

Ibu...
Redupmu sinarmu merenung
Berat langkah kakimu mendukung
Ringan tanganmu penuh haruman
Tulang empat keratmu tetap berjalan
Sehingga anakmu boleh berdiri segak dan tampan.

Ibu...
Besar jasamu mendidik anakmu ini
Kasihmu kutagih hingga kini
Belaian dan dakapmu masih kucari
Doamu ku pinta berulang kali
Restumu biarla berterusan tanpa henti.

Ibu...
Bila aku sakit aku cari ibu
Bila nak kahwin aku cari ibu
Bila gembira ibu orang pertama ku beritahu
Bila sedih aku ingin berlindung di dalam pelukan ibu.

Ibu...
Nasihatmu aku terima dahulu
Katamu azimat pendinding kalbu
Nyanyianmu aku ulang selalu...

Terima kasih ibu..
Ampunkan dosaku
Restuilah perjalanan anakmu
Sesunguhnya syurga sentiasa di bawah telapak kakimu
Dunia dan akhirat kau ibuku...

Jumaat, 11 Disember 2009

tiang percaya!

kaukah itu,
bila berdiri, rapuh tiangnya..
sokonglah daku kau seru.
wahai tanah bumi setia
kukuhlah cengkaman paku2 mu.
bersinarlah terus cantik rupamu.

kaukah itu,
bila ribut goyang paksimu.
masih berpaut pada bumi setia.
masih berpayungkah dari kemarau
sebaik fajar terbit esok hari...

kaukah itu,
meloncat kegirangan kehadiran hujan
meredupkan bahang disekeliling alam
kicauan burung membawa kilauan
kilauan cahaya kegembiraan.

kaukah itu
masih berdiri di sana
ombak ganas terus menghentam tubuhmu
akan tapi bumi setia
terus berkata kutetap bersama..

Nukilan dan cetusan hati; author

KATA-KATA KERAMAT

KELEBIHAN NABI KERANA MUKJIZAT
KELEBIHAN MANUSIA KERANA MUAFAKAT

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA BERUNTUNG

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
KERJA MENGIKUT ADAT
SENANG DI DUNIA SENANG DI AKHIRAT
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilaksanakan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat -Joseph Conrad-
Related Posts with Thumbnails