Disini bermula

Saya merupakan seorang guru. Usia blog sudahpun mencapai usia hampir setahun. Pada awalnya kewujudan hanyalah ingin berkongsi kenangan manis melalui gambar-gambar diperolehi bersama murid-murid dan rakan-rakan sekerja. Kini saya mengorak selangkah lagi dengan menampilkan wajah blog yang baru dan isi-isi yang lebih padat dan kemas.

Blog banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita. Selain berkongsi tips, maklumat dan rahsia saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran membina blog . Akhir kata sudilah kiranya anda menjadi peminat blog saya. Sebarang sumbangan artikel, cadangan,komen dan kritikan membina amat-amatlah dialukan ke alamat emel saya di anakbanjar79@gmail.com

Cari Blog Ini

Sabtu, 20 Mac 2010

"Icebreaker" lucu

Soalan-soalan icebreaker yang mudah adalah satu permulaan yang baik semasa anda melibatkan diri dalam sesebuah kumpulan dan mula mengenali antara satu sama lain. Kita mungkin tercari-cari kaedah-kaedah perkenalan permulaan yang bersesuaian dan soalan-soalan icebreaker yang lain daripada kebiasaanya untuk sesi perkenalan dengan tujuan 'memanaskan suasana' seperti mencetuskan soalan-soalan yang kelakar dan menghiburkan.

Soalan-soalan dalam icebreaker bertujuan mengurangkan tekanan dan rasa gementar dikalangan ahli kumpulan. Tujuan utamanya adalah untuk menggalakkan aktiviti berfikir dan menyumbangkan idea dalam berkumpulan. Seorang ketua akan dilantik dan sesi perbincangan. Perbincangan dimulakan dengan setiap ahli kumpulan diminta tampil kehadapan dengan menyumbangkan idea dan buah pemikiran tentang sesuatu tajuk aktiviti dan perbincangan. Jika permulaan perbincangan dilakukan dalam keadaan santai dan menghiburkan serta kelakar ia secara tidak langsung membantu peserta kumpulan merasa selesa dan mudah untuk menyampaikan isi dan buah fikiran masing-masing.

Beberapa contoh soalan yang tidak formal dan menghiburkan untuk diperbincangkan dalam LDK.
• Jika kamu seekor haiwan, binatang apakah pilihan kamu dan nyatakan kenapa?
• Jika anda diberi peluang memegang watak kartun, watak kartun manakah anda pilih dan nyatakan kenapa?
• Apakah hidangan yang paling pelik pernah anda makan?
• Apakah perkara yang paling memalukan pernah anda lakukan semasa kecil?
• Apakah yang anda lakukan untuk menghilangkan rasa bosan?
• Anda diberitahu oleh rakan anda, anda menyerupai wajah seseorang? apakah reaksi anda dan bayangkan sambutan orang ramai sekiranya anda mempunyai wajah menyerupai selebriti yang mereka minati.
• Minta setiap seorang dalam ahli kumpulan untuk menceritakan cerita yang melucukan. Ceritanya mungkin serius tetapi impaknya melucukan.
• Minta setiap ahli kumpulan mempamerkan wajah yang kelakar dan minta mereka mengajar ahli kumpulan yang lain untuk melakukannya. Usaha ini diambil sebagai sebuah proses pembelajaran menghasilkan aktiviti yang melucukan dan menghiburkan.
• Minta setiap ahli kumpulan mengucapkan perkatakaan “hello” ataupun sebagainya dalam cara yang berbeza dan melucukan.
• Minta setiap ahli kumpulan untuk menceritakan sesuatu yang membuatkan dirinya berbeza daripada rakan yang lain.

Icebreaker yang melucukan.
Edarkan setiap ahli kumpulan dengan lima keping kertas.Minta setiap ahli kumpulan menceritakan sesuatu cerita yang melucukan yang pernah didengari atau terjadi dalam hidupnya dan minta mereka keluarkan sekeping kertas. Kemudian minta ahli kumpulan yang seterusnya pula menceritakan cerita lucu mereka dan minta mereka mengeluarkan kertas yang kedua. Proses ini berterusan sehinggalah tiada lagi kertas edaran yang tinggal. Rasionalnya aktiviti ini ialah setiap orang dapat berkongsi cerita melucukan dan menjadikan suasana perbincangan sesuatu yang menghiburkan dan mengembirakan.

“Kenyit mata pada penjenayah” adalah satu lagi aktiviti melucukan yang hanya memerlukan secebis kertas dan sebatang pen. Buat cebisan kertas sebanyak bilangan ahli kumpulan. Tulis perkataan “POLIS” di salah satu kertas dan perkataan “PENJENAYAH” dalam satu cebisan kertas yang lain. Biarkan cebisan kertas yang lain kosong. Goncangkan kertas-kertas tadi dalam sebuah kotak kecil dan minta setiap peserta untuk mencabut satu kertas. Peserta yang mendapat cabutan berlabel “PENJENAYAH” dikehendaki mengenyit mata pada yang lain tanpa membenarkan polis mengetahuinya. Setelah terdedahnya penjenayah, peserta yang kenyit tadi itu perlu dikeluarkan. Permainan ini berterusan sehingga penjenah telah mengenyit mata pada semua kecuali polis ataupun sehingga polis telah mengenalpasti penjenayah dikehendaki.

0 ulasan:

Catat Ulasan

KATA-KATA KERAMAT

KELEBIHAN NABI KERANA MUKJIZAT
KELEBIHAN MANUSIA KERANA MUAFAKAT

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA BERUNTUNG

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
KERJA MENGIKUT ADAT
SENANG DI DUNIA SENANG DI AKHIRAT
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilaksanakan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat -Joseph Conrad-
Related Posts with Thumbnails