Disini bermula

Saya merupakan seorang guru. Usia blog sudahpun mencapai usia hampir setahun. Pada awalnya kewujudan hanyalah ingin berkongsi kenangan manis melalui gambar-gambar diperolehi bersama murid-murid dan rakan-rakan sekerja. Kini saya mengorak selangkah lagi dengan menampilkan wajah blog yang baru dan isi-isi yang lebih padat dan kemas.

Blog banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita. Selain berkongsi tips, maklumat dan rahsia saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran membina blog . Akhir kata sudilah kiranya anda menjadi peminat blog saya. Sebarang sumbangan artikel, cadangan,komen dan kritikan membina amat-amatlah dialukan ke alamat emel saya di anakbanjar79@gmail.com

Cari Blog Ini

Isnin, 1 Mac 2010

Kata-kata pemikirin positif untuk seorang juara.

gambar hiasan.

Minda seorang juara juga adalah minda yang mempunyai keyakinan yang tinggi dan positif. Kita tidak pernah melihat orang yang telah berjaya bersikap mudah mengalah dan yang menjadi mangsa keadaan sebagai sesuatu yang memberi tekanan.

Mungkin kita pernah mendengar “sikap dan tingkah laku penentu segalanya”. Pendekatan dan pandangan ini adalah bagaimana sikap mempengaruhi perjalanan kehidupan dan mewarnai kehidupan seharian kita. Untuk menjadi seorang juara kita perlu mempunyai pemikiran yang positif dan tingkah laku yang positif.

"Life is 10% what happens to you and 90% how you respond to it." - Lou Holtz. Kata-kata petikan di atas mengajar kita bagaimana meneruskan kehidupan dan apa yang kita pilih dan laksanakan mampu mempengaruhi keputusan yang ingin diperolehi.

Kuasa membuat keputusan yang kita miliki menjadikan kita tidak perlu lagi menjadi mangsa kepada keadaan dan setiap tindakan memerlukan kita membuatkan keputusan yang tepat dan segera. Setiap pemikiran dan tindak tanduk kita perlu di laksanakan dengan sebaiknya dan setiap maklum balas yang diterima memerlukan kita mengawalnya dengan bijaksana. Kita menentukan samaada keputusa yang kita buat boleh mengecewakan dan menyakiti kita atau sebaliknya.

Kata-kata di atas menggesa kita agar menerangi hidup kita dengan sikap-sikap yang positif dan penuh bercahaya di dalam ruang lingkup yang gelap gelita.

Sikap adalah sesuatu yang sering berubah-ubah dan boleh berubah. Adakah sikap dan tingkah laku anda wajar dicontohi? Kita akan berasa tidak selesa sekiranya kita dikelilingi oleh rakan-rakan yang mempunyai pemikiran dan sikap yang negatif. Seperti kata-kata yang selalu kita pelajari di sekolah jika bekerja di kilang minyak wangi kita akan mendapat harumnya. Jika kita masuk ke dalam tong taik walaupun tak kena taik tapi kita mendapat bau busuknya. Berdamping dengan rakan yang punyai pemikiran negatif membenarkan kita mendapat aura negatifnya dan mulai merasai tekanannya. Langkah terbaik yang mampu kita lakukan ialah memindahkan aura dan sikap positif kita dan menukarkan perasaan mereka kepada sesuatu yang positif.

"Nothing can stop the man with the right mental attitude from achieving his goal; nothing on earth can help the man with the wrong mental attitude." – Thomas Jefferson. Tidak ada sesiapa boleh menghalang kita yang mempunyai mentaliti yang positif dan betul dan tidak ada sesiapapun di bumi ini boleh menolong orang yang mempunyai sikap dan mentaliti yang salah. Jika kita merasakan kita boleh, kita boleh melakukannya dan kita pasti boleh melakukannya. Jika kita merasakan kita tidak boleh melakukannya, maka hasilnya juga anda tidak boleh melakukkannya. Maka sebaiknya adalah kita mengawal sikap kita positif sepenuhnya.

"If you don’t like something, change it. If you can’t change it, change your attitude." Maya Angelou. Kata-kata positif di atas mengajar kita kuasa mental dan sikap yang positif mampu mempengaruhi sepenuhnya sesuatu tindakan melalui pendekatan yang kita ambil.

"Attitude determines the altitude of life." - Edwin Louis Cole. Kata-kata tersebut menerangkan bagaimana mentaliti dan sikap yang baik akan menempatkan anda di tempat yang baik dan dihormati oleh orang sekeliling. Selain itu, berbeza di antara pemikiran seorang juara dan pemikiran seorang yang tewas, tercapai atau tidak tercapai adalah berpunca daripada kesilapan dan tindak tanduknya sendiri.

Apabila kita memerlukan perubahan sikap apa yang perlu kita lakukan ialah melalui pembacaan kata-kata yang positif dan bermotivasi yang memberangsangkan. Di sana ada kebijaksanaan kata-kata guru yang terbaik.Pilihlah sikap yang positif,ceria dan sentiasa mempunyai keyakinan yang tinggi dan lihatlah bagaimana dunia ini mengubah anda menjadi seseorang yang lebih baik dan sentiasa di pandang tinggi oleh masyarakat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

KATA-KATA KERAMAT

KELEBIHAN NABI KERANA MUKJIZAT
KELEBIHAN MANUSIA KERANA MUAFAKAT

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA BERUNTUNG

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
KERJA MENGIKUT ADAT
SENANG DI DUNIA SENANG DI AKHIRAT
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilaksanakan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat -Joseph Conrad-
Related Posts with Thumbnails