Disini bermula

Saya merupakan seorang guru. Usia blog sudahpun mencapai usia hampir setahun. Pada awalnya kewujudan hanyalah ingin berkongsi kenangan manis melalui gambar-gambar diperolehi bersama murid-murid dan rakan-rakan sekerja. Kini saya mengorak selangkah lagi dengan menampilkan wajah blog yang baru dan isi-isi yang lebih padat dan kemas.

Blog banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita. Selain berkongsi tips, maklumat dan rahsia saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran membina blog . Akhir kata sudilah kiranya anda menjadi peminat blog saya. Sebarang sumbangan artikel, cadangan,komen dan kritikan membina amat-amatlah dialukan ke alamat emel saya di anakbanjar79@gmail.com

Cari Blog Ini

Selasa, 7 April 2009

'SNAP SHOT' PROSES P&P





Kepada semua pelajar-pelajar MPV Landskap dan Nurseri tahniah kerana terpilih memasuki Kelas MPV Landskap 2009. Selamat datang ke dunia baru anda. Setelah hampir 4 bulan berada di kelas MPV komitmen yang diberikan sangat baik dan kerjasama di dalam menjalankan kerja kursus sangat memuaskan. Teruskan usaha anda demi diri sendiri, keluarga, bangsa dan negara. Semangat yang tinggi, kerajinan yang tidak pernah henti dan disiplin yang terpuji mampu menjulang nama baik anda, keluarga dan sekolah..Cikgu ucapkan selamat menempuhi dunia MPV selama dua tahun dan dengan harapan anda semua akan beroleh sesuatu kejayaan daripada kelas ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

KATA-KATA KERAMAT

KELEBIHAN NABI KERANA MUKJIZAT
KELEBIHAN MANUSIA KERANA MUAFAKAT

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA BERUNTUNG

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
KERJA MENGIKUT ADAT
SENANG DI DUNIA SENANG DI AKHIRAT
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilaksanakan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat -Joseph Conrad-
Related Posts with Thumbnails