Disini bermula

Saya merupakan seorang guru. Usia blog sudahpun mencapai usia hampir setahun. Pada awalnya kewujudan hanyalah ingin berkongsi kenangan manis melalui gambar-gambar diperolehi bersama murid-murid dan rakan-rakan sekerja. Kini saya mengorak selangkah lagi dengan menampilkan wajah blog yang baru dan isi-isi yang lebih padat dan kemas.

Blog banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita. Selain berkongsi tips, maklumat dan rahsia saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran membina blog . Akhir kata sudilah kiranya anda menjadi peminat blog saya. Sebarang sumbangan artikel, cadangan,komen dan kritikan membina amat-amatlah dialukan ke alamat emel saya di anakbanjar79@gmail.com

Cari Blog Ini

Rabu, 1 April 2009

PENGENALAN

MPV (Mata pelajaran Vokasional) Landskap dan Nurseri SMK Palong Tujuh (F) mula ditubuhkan pada tahun 2003. Kelas ni mula ditubuhkan pada tahun 2003 dan hanya ditawarkan semasa pelajar berada ditingkatan 4 sehingga ke tingkatan 5. Pada awal penubuhannya kelas ini menerima pelajar seramai 15 orang dan diajar seorang guru. Kini MPV Landskap dan Nurseri SMK Palong Tujuh (F) telah mencecah usia hampir 6 tahun dan telah berkembang dengan mempunyai 2 tenaga pengajar yang berkemahiran. Pada pendaftaran terbaru bagi tahun 2009 seramai 25 orang telah mendaftar.Alhamdulilah sokongan diberikan terhadapa kelas ini amat menggalakkan.


MPV ialah satu suatu usaha kerajaan di dalam melahirkan sumber tenaga kerja masa hadapan yang berkemahiran dan berdaya saing.


MPV Landskap dan Nurseri berkisar tentang kemahiran menyemai anak pokok melalui pelbagai cara, penjagaan dan pemuliharaan pokok, pembinaan perabot taman daripada simen ferro sehingga ke proses kemahiran merekabentuk dan membina landskap secara asas.


Selain MPV Landskap dan Nurseri, SMK Palong Tujuh (F) juga menawarkan MPV Katering dan Penyajian. Secara peribadi, MPV banyak membuka peluang bagi murid-murid yang kurang cemerlang di dalam akademik agar sama-sama dapat berdaya saing dengan rakan-rakan lain yang cemerlang di dalam akademik.







0 ulasan:

Catat Ulasan

KATA-KATA KERAMAT

KELEBIHAN NABI KERANA MUKJIZAT
KELEBIHAN MANUSIA KERANA MUAFAKAT

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA BERUNTUNG

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
KERJA MENGIKUT ADAT
SENANG DI DUNIA SENANG DI AKHIRAT
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilaksanakan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat -Joseph Conrad-
Related Posts with Thumbnails