Disini bermula

Saya merupakan seorang guru. Usia blog sudahpun mencapai usia hampir setahun. Pada awalnya kewujudan hanyalah ingin berkongsi kenangan manis melalui gambar-gambar diperolehi bersama murid-murid dan rakan-rakan sekerja. Kini saya mengorak selangkah lagi dengan menampilkan wajah blog yang baru dan isi-isi yang lebih padat dan kemas.

Blog banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita. Selain berkongsi tips, maklumat dan rahsia saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran membina blog . Akhir kata sudilah kiranya anda menjadi peminat blog saya. Sebarang sumbangan artikel, cadangan,komen dan kritikan membina amat-amatlah dialukan ke alamat emel saya di anakbanjar79@gmail.com

Cari Blog Ini

Sabtu, 5 Jun 2010

INFO UNTUK GURU2 MPV LN

Pada rakan guru-guru MPV sudahkah anda mendaftarkan kelayakan menduduki SPM MPV LN murid-murid MPV LN anda? Jika sudah tahniah diucapkan. Seminggu sebelum cuti hari yang cukup sibuk dengan pelbagai tugasan yang perlu diselesaikan segera. Blog ni terbiar agak lama untuk dikemaskini.

Bagaimanakah keputusan anak murid kita pada peperiksaan baru-baru ini? Adakah mencapai OTI yang diinginkan? Alhamdulilah, sasaran peribadi saya untuk anak murid saya bagi pertengahan tahun ini tercapai dan insya-Allah bagi beberapa orang murid yang masih ketinggalan akan diberi pemulihan,penggayaan dan dipertingkatkan prestasi masing-masing selepas dibuka kembali.

Soalan peperiksaan MPV tahun ini juga akan berubah dari segi struktur . Diharap cikgu-cikgu semua dapat mempersiapkan diri dengan pengetahuan struktur pembinaan soalan yang baru untuk anak murid cikgu. Jika anda masih belum mendapatkan jenis format dan struktur soalan baru bolehlah bertanya pada rakan-rakan MPV yang lain.

Penyelarasan kerja kursus dan modul pentaksiran juga tiada pada tahun ini. Demi anak murid marilah kita sama-sama pastikan agar semua murid kita dapat menghasilkan keputusan terbaik di dalam SPM nanti. SELAMAT BERJUANG KEPADA SEMUA DAN SEMUA GURU MPV ADALAH HEBAT.

0 ulasan:

Catat Ulasan

KATA-KATA KERAMAT

KELEBIHAN NABI KERANA MUKJIZAT
KELEBIHAN MANUSIA KERANA MUAFAKAT

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA BERUNTUNG

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
KERJA MENGIKUT ADAT
SENANG DI DUNIA SENANG DI AKHIRAT
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilaksanakan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat -Joseph Conrad-
Related Posts with Thumbnails