Disini bermula

Saya merupakan seorang guru. Usia blog sudahpun mencapai usia hampir setahun. Pada awalnya kewujudan hanyalah ingin berkongsi kenangan manis melalui gambar-gambar diperolehi bersama murid-murid dan rakan-rakan sekerja. Kini saya mengorak selangkah lagi dengan menampilkan wajah blog yang baru dan isi-isi yang lebih padat dan kemas.

Blog banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita. Selain berkongsi tips, maklumat dan rahsia saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran membina blog . Akhir kata sudilah kiranya anda menjadi peminat blog saya. Sebarang sumbangan artikel, cadangan,komen dan kritikan membina amat-amatlah dialukan ke alamat emel saya di anakbanjar79@gmail.com

Cari Blog Ini

Sabtu, 16 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU

Ucapan selamat hari guru kepada semua guru yang pernah mengajar dan mendidik saya selama ini secara langsung atau tidak langsung bermula di tadika kepis felda, kemudian di Sekolah Kebangsaan Kepis Felda tahun 1986-1991. Cikgu-cikgu di SMK Za'ba Kuala Pilah dari tahun 1992-1996. Pensyarah2 di matrikulasi UIAM 1997-1998. pensyarah di kulliyyah senibina dan reka bentuk alam sekitar dari 1998-2004. pensyarah di maktab perguruan batu pahat tahun 2005. Guru-guru yang pernah menjadi pembimbing di SMK Jelai Kuala Pilah dan SMK Undang Rembau.

Semua insan yang pernah bergelar guru jasamu tetap dikenang sehingga akhir hayat dan hanya tuhan yang dapat membalasnya. Doa iringan supaya cikgu sentiasa sihat, bahagia dan di penuhi keberkatan Ilahi selalu.Pada isteri yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk terus berjaya di dalam hidup. Ibu bapa saya yang mendidik saya selama ini supaya sentiasa menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Rakan-rakan guru dan pentadbir sekolah yang selalu ikhlas dan rajin membantu terima kasih diucapkan.

Kehebatan, kejayaan dan kecermerlangan hidup hari ini tak mungkin saya kecapi tanpa bantuan dan pengorbanan cikgu-cikgu semua. Pada anak-anak murid di SMK Palong- palong Tujuh (F) teruskan perjuangan kamu sehingga berjaya di sekolah ini. Terima kasih kerana menjadi anak murid yang mendengar kata..mentaati dan menghormati guru-guru kamu.

Pada pelajar-pelajar MPV cikgu harapkan yang terbaik daripada kamu dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun ini seterusnya meneruskan kecemerlangan dalam SPM nanti. Kegagalan semalam bukan bermakna kegagalan hidup kita untuk selama-lamanya. I LOVE YOU ALL AND WISH ALL THE BEST. SELAMAT HARI GURU DIUCAPKAN. GURU PEMBINA BANGSA NEGARA.

0 ulasan:

Catat Ulasan

KATA-KATA KERAMAT

KELEBIHAN NABI KERANA MUKJIZAT
KELEBIHAN MANUSIA KERANA MUAFAKAT

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA BERUNTUNG

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
KERJA MENGIKUT ADAT
SENANG DI DUNIA SENANG DI AKHIRAT
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilaksanakan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat -Joseph Conrad-
Related Posts with Thumbnails