Sudah agak terlalu lama tidak mengemaskini blog ini. Masa berlalu begitu pantas. Tahun 2012 dengan semangat baru dan motivasi baru ingin membuat transformasi pada diri ini agar lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
2012 tingkatan 4 Ibnu battuta landskap dan nurseri menerima kemasukan seramai 25 orang pelajar. Kini tinggal 22 orang sahaja. 3 orang lagi telah berpindah ke sekolah lain kerana ingin mencari cabaran baru ataupun atas sebab-sebab lain yang tidak diketahui. Cikgu mengucapakan selamat berjaya kepada semuanya terutamanya Mohamad Zazme, dan Rajaydran.Walaupun tempoh perkenalan kita sangat singkat. segala bantuan dan kerjasama yang diberikan selama ini sangat dihargai.
Tahun 2012 sekolah agak sedikit sibuk dengan pelbagai aktiviti. Tiap-tiap petang sekolah dipenuhi dengan ramai pelajar yang menghadiri latihan kawad kaki, latihan sukan dan permainan termasuk aktiviti 1 murid 1 sukan. Rata-rata pelajar sekolah banyak menghabiskan masa di sekolah sehingga pukul 7 malam. Pengorbanan dan kesungguhan kamu semua amat cikgu kagumi. Tidak lupa pada semua rakan guru yang bertungkus lumus membantu aktiviti murid agar tercapai objektifnya.