Disini bermula

Saya merupakan seorang guru. Usia blog sudahpun mencapai usia hampir setahun. Pada awalnya kewujudan hanyalah ingin berkongsi kenangan manis melalui gambar-gambar diperolehi bersama murid-murid dan rakan-rakan sekerja. Kini saya mengorak selangkah lagi dengan menampilkan wajah blog yang baru dan isi-isi yang lebih padat dan kemas.

Blog banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita. Selain berkongsi tips, maklumat dan rahsia saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran membina blog . Akhir kata sudilah kiranya anda menjadi peminat blog saya. Sebarang sumbangan artikel, cadangan,komen dan kritikan membina amat-amatlah dialukan ke alamat emel saya di anakbanjar79@gmail.com

Cari Blog Ini

Rabu, 28 April 2010

Pertandingan membuat "kohlam" 1 Malaysia antara badan beruniform.


Our beloved principal ( second from left;Puan Ummi Kalsom)
my beloved students representing KAPA (civil defence's cadet)
Judges(fifth and sixth from the right; Cik Zalina and Puan Salina)
Kohlum by Fire Bridget Cadet
kohlam by Puteri Islam
Kohlam by KAPA
Kohlum by KRS
Kohlam by Pengakap
Kohlam by BSMM
Kohlum by Police cadet

Isnin, 26 April 2010

Model rekabentuk landskap




Aktiviti bulan bahasa di SMKPT (F)

Gambar hiasan

Bulan ini merupakan bulan bahasa. Pelbagai aktiviti telah dirancang, diolah dan disediakan terbuka untuk semua pelajar sekolah menyertainya..

Terima kasih pada Puan pengetua kerana menghidupkan kembali bulan bahasa ini setelah hampir setahun ia mati. Pelbagai kekangan dan halangan terpaksa kami tempuhi tetapi alhamdulilah tahun ini aktiviti bulan bahasa dimulakan. Di bawah bidang bahasa pelbagai aktiviti telah dilakukan, sedang berlangsung dan akan berlangsung beberapa acara lagi tidak lama lagi.

Bulan bahasa ini merupakan satu titik tolak bagi pelajar untuk tampil kehadapan menonjolkan diri dan serta mengasah bakat yang terpendam agar lebih menyerlah dan mampu digunakan di kemudian hari.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan sajak, syarahan, sayembara puisi, forum, mencari perkataan tersembunyi, mengarang puisi, melukis collum, menghafal perkataan, mencari harta karun, perbualan arab, pertandingan syarahan arab, nasyid arab dan sebagainya.

Bulan bahasa ini meliputi aktiviti yang melibatkan matapelajaran panitia B. Melayu, B. Inggeris, B. Arab dan Bahasa Tamil. Syukur kehadrat Ilahi sambutan yang diterima setakat ini cukup menggalakkan.

Akhir kata, mudah-mudahan segala aktiviti yang dijalankan berjalan lancar dan murid-murid wajar merebut peluang ini sebaik mungkin.

Khamis, 22 April 2010

Belajar jadi DJ kenduri kahwin

gambar hiasan.

Pada hujung minggu lepas saya berkesempatan menghadiri kenduri kahwin sepupu saya di Tg, Karang, Selangor. Kendurinya dijalankan penuh meriah.

Bukan niat saya utuk menceritakan secara panjang lebar mengenai kenduri tersebut tetapi apa yang ingin dikongsi di sini ialah banyak peluang pekerjaan yang masih banyak belum diceburi oleh orang kita(melayu) dalam bidang berkaitan majlis kenduri-kendara.

Di antaranya ialah perkhidmatan menyewakan kipas angin berair dan kanopi kenduri-kendara serta majlis keramaian. Di kenduri kahwin itu tuan rumah telah menyewa kipas angin tersebut dengan sewa sebanyak RM50 sebatang kipas sehari bersesuaian dengan keadaan cuaca sekarang yang memerlukan sesuatu peralatan untuk menyejukkan suasana dan keadaan.


Saya juga sempat bertanya kos pembinaan kipas angin berair itu dan harganya ialah sekitar RM2000 sebatang setelah diberikan sedikit modifikasi. Agak mahal tetapi berbaloi.

Keduanya ialah kerjaya sebagai DJ. DJ pada saya memerlukan bakat. Sekiranya tiada bakat, ia perlu dicungkil dan diasah. DJ mampu menceriakan suasana kenduri dan para hadirin yang menghadiri majlis tersebut. DJ juga ibarat selebriti no. 2 di majlis tersebut selepas pasangan pengantin.

Kebanyakan DJ akan sentiasa mengemaskini status waktu terkini dan diberitahu kepada orang ramai..Banyak perkataan OK disebut seperti "OK..selamat pagi dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua. Saya DJ Amin Entertainment akan menjadi DJ anda sepanjang hari ini. Diharap anda akan terhibur dengan putaran lagu yang saya akan mainkan."

"Ucapan jutaan terima kasih pada tuan rumah En. Ali bin Abu dan isteri Pn. Fatimah bte Abu Bakar kerana menjemput kami memeriahkan lagi majlis persandingan dan perkahwinan kenduri anak lelakinya iaitu Encik Asrul bin Ali bersama pasangannya Puan Asmah bt Yaakub."

Di atas merupakan contoh2 kata2 pembuka dari DJ... Selain itu DJ juga akan bsering bertanya khabar semua orang disekelilingnya, seperti kata-kata tuan2, puan2, abg2, kakak2, adik2, makcik2, pakcik2 dan paling diraikan pengantin...

DJ perlu peka dengan keadaan sekeliling, berita2 dan isu terkini, aturcara majlis yang sedang berlangsung di kenduri atau majlis, mempunyai unsur usik mengusik, lawak jenaka dan sebagainya mampu membuatkan pendengar di majlis itu terhibur. DJ bukanlah seorang yang syok sendiri atau hanya berada dalam dunianya sendiri sahaja. DJ perlu bersama pendengar di majlis tersebut. DJ mampu berceloteh tanpa henti dan bercerita tapi yang penting tidak membosankan dan berulang-ulang. DJ perlu tahu menyesuaikan diri dengan majlis. Mengenali nama pengunjung dan menebutnya merupakan sesuatu yang jarang dilakukan. Melakukannya sekali sekala merupakan sesuatu kelebihan ia mampu mengusik dan menghiburkan jiwa gerangan yang diusik dan diceritakan.

Lagu yang dimainkan juga mestilah lagu yang santai,popular, hits terkini dan sentiasa bermain di radio dan sesekali memainkan lagu-lagu yang irama lama sebagai menghargai pendengar usia veteran dan menghiburkan pelbagai peringkat. DJ perlu juga melayan permintaan rakan-rakan atau tetamu yang ingin berkaraoke..Tetapi karoake sahaja berterusan adalah sesuatu yang membosankan.

Sekiranya ada lagu2 yang yang mempunyai unsur jenaka amat bertepatan untuk dimainkan seperti lagu Ali Mamak, Senario dan sebagainya. Sekiranya majlis perkahwinan lagu perkahwinan yang hits dan sentiasa segar perlu dimainkan berulang kembali.

Untuk menjadi DJ yang baik perlu mempunyai daya pemerhatian yang baik..Pelajari dan tiru gaya DJ yang kita minati tidak salah. Kemudiannya kita hadir dengan gaya persembahan kita sendiri. Sebaiknya kita mempunyai pembantu semasa mengendalikan konti kita sendiri agar tugas kita lebih mudah dan lancar.

Akhir kata, DJ majlis kenduri kendara atau jamuan makan adalah kerjaya yang seronok untuk di ceburi dan mempelajari serta menghayati kerjaya tersebut amat bermakna bagi sesiapa yang betul-betul berminat dan ikhlas dalam menghiburkan orang ramai.

p/s: Nama diatas hanya rekaan sahaja. Tiada bersangkut paut dengan yang hidup atau yang mati.


Khamis, 15 April 2010

Amazing...tree house design...



Besarnya pengorbananmu cikgu.Sekali bergelar guru selamanya namamu cikgu melekat di ingatan dan hati.




Berbahagialah menjadi seorang Muslimah

sekadar gambar hiasan

Ada kaum wanita berkata,,, “susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini :

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.

PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…??

Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…
makanya..Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn pompuan jalanan.

Satu:
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Dua:
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Tiga:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.

Empat:
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.

Lima:
Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.

Enam:
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :
Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Tujuh:
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah…demikian sayangnya Allah pada wanita, kan? Bagaimana……? Masih merasa tidak adil? masih tak nak jaga aurat?? Berbahagialah menjadi seorang Muslimah!!!

Source; Collected article shared from other web.

Selasa, 13 April 2010

Isnin, 12 April 2010

Pengalaman adalah guru terbaik........

"Pengalaman adalah guru terbaik"

Kata-kata perangsang berikut masih saya ingat dan pegang walaupun sudah agak lama iaitu semenjak di bangku sekolah lagi. Pengalaman menjadi guru selama hampir 5 tahun banyak memberi pengajaran dan pembelajaran berguna dalam menghadapi situasi kehidupan dan pekerjaan sebagai seorang guru yang berdedikasi,
baik, berdisiplin, cekap, amanah dan sebagainya. Masih jauh perjalanan yang perlu ditempuhi sebelum mampu memegang jawatan yang lebih besar dan memegang amanah yang lebih berat.


Tidak pernah terlintas di hati ini sebenarnya cita-cita ingin menjadi guru. Semenjak di bangku sekolah lagi minat lebih cenderung untuk menjadi saintis ataupun ahli perniagaan. Kemudian beralih arah minatnya untuk menjadi jurutera ataupun menyambung pengajian mendalami bidang agama. Setelah tamat pengajian di universiti, ternyata pilihanku untuk menjadi guru adalah keputusan yang terbaik dan berguna. Aku suka dengan kerjaku dan keaadaan persekitaranku. Insya-allah jika masih diberi peluang dan keizinan aku akan teruskan menabur bakti dalm bidang perguruan ini sehingga akhir hayat.

Pengalaman bekerja di bawah lima pengetua banyak memberi ilmu dan pengalaman yang berbeza. Bermula di SMK Jelai K.Pilah mendapatkan latihan asas di bawah seorang pengetua perempuan yang ilmu dan pengalaman ditimba mungkin tak banyak tetapi pengalaman ditimba mungkin tak boleh dibeli dan dicari ganti. Keduanya di SMK Undang Rembau. Bekerja di bawah seorang pengetua lelaki bercerita tentang menjaga metafora cikgu dengan baik. Minat,tingkah laku sikap,peribadi semuanya mesti perwatakan guru. Guru yang baik,cemerlang dan berdedikasi.

Seterusnya di hantar berkhidmat di Palong Tujuh. Aku telah pun bekerja di bawah 3 orang pengetua yang belainan dari segi pendekatan, visi, misi, objektif dan gaya pentadbirannya. Kepada semua insan yang disebutkan di atas dan sesiapa jua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mendidik insan kerdil kudoakan dirimu semua sentiasa dalam limpah rahmat Allah.

Majlis meraikan perpisahan dan perpindahan bekas guru..jasamu dikenang sepanjang hayat.



Cikgu Muhriz Ab Hadi
Cikgu Syarilhizrian
Mantan GPK1 Puan Rosni bte Rosli
Mantan Pengetua En. Zakaria bin Sapri
Majlis sambutan majlis perpisahan dan perpindahan mantan pengetua SMKPT (F) En. Zakaria bin Sapri bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Za'ba K.Pilah, mantan GPK1 Puan Rosni binti Rosli yang bertukar ke SMK Palong 11 sebagai pengetua, Cikgu Syarilhizrian dan Cikgu Muhriz Ab Hadi.

Selasa, 6 April 2010

Keberkatan rezeki....

"Kalau tanah lapang ni bersih orang akan sayang untuk mengotorkannya..
Kalau tanah lapang ini kotor orang tidak sayang untuk mengotorkannya..."

Kata-kata di atas menceritakan tentang bidalan ibarat orang yang mempunyai hati yang kotor akan terikut dan tidak takut melakukan perangai yang kotor...tetapi jika hatinya bersih dan tidak diselaputi benda-benda haram maka ia tidak akan masuk benda yang haram dan turut berat dan takut untuk melakukan maksiat atau dosa. Sebaliknya org yang selalu melakukan benda yang haram dia tidak akan takut melakukan benda yang haram malah lebih teruknya berbangga dengan benda haram yang dilakukannya.

Tajuk harini menceritakan orang yang ditimpa 36 jenis penyakit akibat daripada makan daripada benda haram, tidak mempunyai keberkatan dalam rezeki diperolehi dan banyak melakukan dosa. Antara penyakitnya rezeki tak berkat ialah membawa kepada penyakit lemah jiwanya(takut, lemah semangat), mudah berputus asa, angkuh/sombong/cakap besar, gembira tak terbatas, bermegah-megah, curang(rasuah, ingkar kepada kebenaran),tidak pandai mengucapkan terima kasih dan rasa bersyukur dan sebagainya.

Orang yang rezeki tak berkat ni nak sedekah payah, belanja orang pun payah... Orang yang mempunyai rezeki yang sedikit boleh dikongsi rezekinya bersama keluarganya, ibunya, saudara maranya dan yang lain. Orang rezeki yang tidak berkat sentiasa rasa sempit duitnya dan hidupnya serta tidak pernah rasa mencukupi.

Sekiranya mendapat rezeki yang lebih atau mencukupi langkah terbaik ialah sujud syukur bukannya menyambutnya secara berlebihan tanpa batasan. Rezeki yang sedikit biarlah berkat bukannya banyak tetapi tidak berkat dan mencukupi. Wallahualam...

Sumber:Sinopsis kuliah agama Ustaz Ismail Kamus

Isnin, 5 April 2010

Doa elok dibaca setiap selesai solat.

Terjemahan;

Wahai Tuhan kami yang Maha Kaya, Maha Terpuji, Yang Memulakan yang Mengakhirkan, yang Maha Mengasihani,Maha Lembut, kayakan aku dengan yang halal dariMu dan tidak mahu yang haram darimu dan kuminta kurniaan hanya dariMu.

"aula" dibaca 70 kali 2 kali Jumaat..7 kali setiap selepas solat.

sumber:Kuliah agama oleh Ustaz Ismail Kamus "Amalan Hari Jumaat"

Ahad, 4 April 2010

Hiasan pentas konvo di MPBP tahun 2006.

gambar di atas merupakan hasil kerja tangan dan kenangan menghias pentas konvo bersama rakan-rakan guru pelatih yang lain semasa mengambil KPLI di MPBP.

2 dalam 1...Lantai dan kolam mandi

Hydrofloor. Keunikan teknologi dan senibina bagi menjimatkan ruang dan pada masa yang sama memberi kelainan kepada sesebuah kediaman. Lantai diatas boleh dijadikan ruang pelbagai guna dan boleh dibuka kemudiannya untuk dijadikan kolam berair.

sumber;stumble

Sabtu, 3 April 2010

Let save our world...Selamatkan bumi kita...




Din beramboi pergi x kembali...


DariNya kita datang dan kepadaNya juga kita kembali. Baru-baru ini dunia seni dan lawak tanah air kehilangan seorang insan seni, pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi aka Mior Ahmad Fuad Mior Badri, pada usia 44 tahun. Allahyarham disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 malam, pagi jumaat bersamaan 2 april 2010 di Hospital Selayang.

Seorang insan yang kuminati kerana bakatnya dalam menghiburkan pendengar setiap pagi di radio Era. Minat ini mula timbul apabila diriku sentiasa menunggu celoteh dan lawak spontan darinya yang kedengaran di radio Era setiap pagi Isnin hingga Jumaat.

Pemergiannya adalah secara tiba-tiba dan tidak diduga. Pemergiaannya juga mengingatkan kita yang masih hidup agar sentiasa ‘mempersiapkan diri” yang kita juga akan menyusul mengikutinya kemudian hari kembali pada yang Esa.

Allahyarham dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) pada petang Isnin lalu kerana disyaki terkena virus kencing tikus ( Leptospirosis) kemudiannya disahkan mengidap Dengue Shock Syndrome ( Denggi Berdarah ). Penyakit denggi berdarah ini juga pernah meragut sahabat karibku sekitar tahun 2004.

Sakitnya bermula dengan demam berpanjangan, bintik-bintik merah di badan, sakit-sakit badan dan anggota seterusnya hilang daya tahan badan. Iktibar dari pengajaran cerita ini ialah mendapatkan rawatan di hospital berdekatan dengan segera kerana sekiranya lambat mendapatkan rawatan sudah terlambat untuk kita mengubatinya. Sungguhpun begitu, semua itu ketentuan qada’ dan qadar adalah ketentuan dari Ilahi. Kita sebagai hambaNya harus menerima dengan tabah dan rela hati.

Selain berlawak dan mengacara radio, arwah juga berbakat dalam nyanyian dan berlakon. Pernah suatu ketika dahulu aku menemui arwah di pasar seni Kuala Lumpur sekitar tahun 1998-2000 ketika beliau tengah mempromosikan albumnya. Mungkin kerana kurang minat pada nyanyian aku kurang mengindahkan promosi albumnya.

Lakonannya pernah kutonton tetapi kurang kuamati..Memang sungguh bagai dikata bakat yang kita miliki harus dihargai dan kita maksimukan kelebihan kita ada pada jalan kebaikan yang akan memberi kelebihan dan keuntungan pada kehidupan seharian.

Akhir kata, al-fatihah dariku dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang -orang yang beriman… Takziah untuk keluarga Allahyarham.

Kredit pada: Mstaronline, Bernama,Kujie

Jumaat, 2 April 2010

laluan jalan kaki

laluan refleksologi
refleksologi

laluan terapi

p/s: gambar di atas diambil di Hospital Sg. Buloh, Selangor.

KATA-KATA KERAMAT

KELEBIHAN NABI KERANA MUKJIZAT
KELEBIHAN MANUSIA KERANA MUAFAKAT

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA BERUNTUNG

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
KERJA MENGIKUT ADAT
SENANG DI DUNIA SENANG DI AKHIRAT
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilaksanakan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat -Joseph Conrad-
Related Posts with Thumbnails