Disini bermula

Saya merupakan seorang guru. Usia blog sudahpun mencapai usia hampir setahun. Pada awalnya kewujudan hanyalah ingin berkongsi kenangan manis melalui gambar-gambar diperolehi bersama murid-murid dan rakan-rakan sekerja. Kini saya mengorak selangkah lagi dengan menampilkan wajah blog yang baru dan isi-isi yang lebih padat dan kemas.

Blog banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita. Selain berkongsi tips, maklumat dan rahsia saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran membina blog . Akhir kata sudilah kiranya anda menjadi peminat blog saya. Sebarang sumbangan artikel, cadangan,komen dan kritikan membina amat-amatlah dialukan ke alamat emel saya di anakbanjar79@gmail.com

Cari Blog Ini

Isnin, 29 Mac 2010

Pengalaman mendapatkan pinjaman bank.

Seminggu ini merupakan hari2 yang agak memeningkan bagi saya dan isteri dalam proses memohon pinjaman daripada pihak bank. Bagi kakitangan kerajaan, bank yang paling popular dan menjadi tumpuan kakitangan kerajaan mendapatkan pinjaman atau membuat pinjaman overlap ialah melalui Bank Rakyat. Setakat ini bunga yang dikenakan ialah pada kadar 5.2% setahun pada jangka masa selama 20 tahun.

Pilihan kedua ialah bank simpanan nasional yang menawarkan pinjaman bertempoh yang sama seperti bank rakyat iaitu selama 20 tahun, maksimum RM200K pada kadar interest 5.2% setahun. Kelebihannya borang yang ringkas tetapi prosedurnya agak rumit berbanding bank rakyat.

Pilihan ketiga ialah bank persatuan. Maksimum pinjaman bertempoh selama 15 dan boleh mencecah pinjaman maksimum RM200K.Kelemahan dan kekurangannya ialah memerlukan 2 orang penjamin atau setara nilainya sekiranya meminjam dalam jumlah yang sangat besar. Kekurangan kedua ialah cawangan bank ini di Malaysia tidak banyak dan tertumpu kebanyakkannya di bandar-bandar besar sahaja

Pilihan terakhir sekali ialah MBSB..pinjaman sehingga 20 tahun pada kadar maksimum 20 tahun. Kekurangannya ialah cawangan bank ini tidak banyak dan tertumpu di kawasan bandar-bandar besar sahaja. Selain itu terdengar juga kata2 dari rakan2 di internet yang mengatakan proses di MPSB ini agak lambat dari segi kelulusannya. Wallahualam..harap-harap tidak begitu.

Antara caj yang biasa dikenakan oleh pihak bank semasa memohon mendapatkan pinjaman peribadi antaranya ialah caj insurans pinjaman pada kadar berdasarkan umur peminjam. Dalam erti kata lain semakin berusia umur seseorang umur peminjam semakin tinggi nilai insuransnya.

Selain itu caj yang dikenakan ialah yuran pemprosen, duti stamp,bayaran kehadapan dan lain-lain caj lagi yang dirasakan perlu. Setiap bank mempunyai polisi yang berbeza dan tidak mustahil juga sekiranya bank yang sama sedikit berlainan langkah kerjanya diantara satu cawangan dengan cawangan yang lain.

Rumusannya, sekiranya anda berhajat untuk mendaptkan sebarang pinjaman di bank kajilah dulu dari setiap aspek mengikut keperluan dan keselesaan kita dalam berurusan dengan sesebuah bank. Pilihan di tangan kita dan kitalah akhirnya yang berperanan memastikan kita mendapat nilai yang terbaik bagi pinjaman kita.

Selasa, 23 Mac 2010

Misunderstanding or miscommunication...lawakla

Caller: Hello, can I speak to Annie Wan?

Operator: Yes, you can speak to me.

Caller: No, I want to speak to Annie Wan!

Operator: Yes I understand you want to speak to anyone. You can speak to me. Who is this?

Caller: I’m Sam Wan. And I need to talk to Annie Wan! It’s urgent.

Operator: I know you are someone and you want to talk to anyone! But what’s this urgent matter about?

Caller: Well… just tell my sister Annie Wan that our brother Noe Wan was involved in an accident. Noe Wan got injured and now Noe Wan is being sent to the hospital. Right now, Avery Wan is on his way to the hospital.

Operator: Look, if no one was injured and no one was sent to the hospital, then the accident isn’t an urgent matter! You may find this hilarious but I don’t have time for this!

Caller: You are so rude! Who are you?

Operator: I’m Saw Ree.

Caller: Yes! You should be sorry. Now give me your name!!

Operator: That’s what I said. I’m Saw Ree.

Jati diri

Jati diri mesti kuat tak kira bidang apa juga diceburi. Kita akan dihormati jika kita berterusan mempunyai jati diri dan disiplin yang tinggi.

Kata-kata semangat dan motivasi di SMKPT(F)




Catatan bulan mac 2010

gambar hiasan.

Bulan ni antara peristiwa menarik yg berlaku ialah mendapat pengetua baru. Pengetua lama kami En. Zakaria bin Sapri telah berpindah ke SMK Za'ba Kuala Pilah. Puan Rosni bte Rosli GPK1 pula dinaikkan pangkat ke jawatan pengetua di SMK Palong Sebelas(F). Kali ni kami warga sekolah mendapat pengetua perempuan berbanding sebelum ni sekian lamanya kami mendapat pengetua lelaki. Moga kehadiran pengetua baru ini membawa sinar dan harapan baru dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah,guru dan murid.

Naik cuti sekolah penggal pertama ini juga merupakan musim murid2-murid menjalani ujian selaras 1. Bagi pelajar tingkatan 1 ini merupakan pengalaman pertama bagi murid2 menjalani ujian di sekolah menengah. Khas bagi murid tingkatan 5 Lanskap dan Nurseri pula merupakan satu cabaran bagi masing2 meningkatkan keputusan masing-masing berbanding keputusan ujian pada tahun lepas. Cabaran bagi guru Landskap di sekolah ini pula ialah untuk mencapai sekurang-kurang 10% mendapat A dan sebaik-baiknya semua murid mendapat keputusan cemerlang dalam SPM MPV Landskap dan Nurseri SPM 2010 ini.

Sabtu, 20 Mac 2010

Landskap dan kediaman

sekadar gambar hiasan..klik gambar untuk lebih besar.

Rekabentuk landskap adalah sesuatu yang boleh ditakrifkan sebagai sebahagian kecil daripada bidang senibina landskap. Salah satu cara untuk menaikkan seri serta nilai hartanah kita adalah melalui penyediaan rekabentuk taman landskap yang cantik dan menarik. Landskap yang diadun dan diolah secara kreatif dan bijaksana mampu menyakinkan tuan tanah atau pelanggan khimat rekabentuk landskap bahawa landskap merupakan perkara yang sangat penting dalam membangunkan keceriaan taman dan keindahan rumah kita.Landskap yang baik mampu menaikkan seri serta melengkapkan kecantikan sesebuah rumah.

Landskap secara umumnya gabungan gaya, pilihan dan sentuhan citarasa peribadi . Landskap yang menarik juga bertujuan mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif dan menyeronokkan. Rekabentuk landskap memerlukan penjiwaan dan daya imaginasi yang tinggi menjiwai sehingga kita memahami tujuan menyediakan landskap yang menarik di sekitar rumah kita.

Di dalam rekabentuk landskap terdapat banyak elemen yang boleh disesuaikan secara harmoni dan bersama bagi tujuan membuatkan sesuatu laman itu berbeza daripada yang lain serta unik dan menarik. Perletakan elemen seperti landskap kejur dan landskap lembut di tempat yang sesuai dengan aktiviti dan tujuan merupakan beberapa aspek yang perlu kita ambil perhatian.

Penambahbaikan landskap rumah memerlukan kos yang tinggi bagi memenuhi keperlauan, citarasa, dan kehendak kita. Antara langkah awal dalam merancang dan merekabentuk landskap ialah menyediakan pelan dan rekabentuk cadangan landskap bertepatan dengan citarasa dan kos yang dimilki. Jika tidak, kita akan mengabiskan masa yang banyak dalam merancang sebelum menemui rekaan sebenar yang benar-benar ingin kita miliki.

"Icebreaker" lucu

Soalan-soalan icebreaker yang mudah adalah satu permulaan yang baik semasa anda melibatkan diri dalam sesebuah kumpulan dan mula mengenali antara satu sama lain. Kita mungkin tercari-cari kaedah-kaedah perkenalan permulaan yang bersesuaian dan soalan-soalan icebreaker yang lain daripada kebiasaanya untuk sesi perkenalan dengan tujuan 'memanaskan suasana' seperti mencetuskan soalan-soalan yang kelakar dan menghiburkan.

Soalan-soalan dalam icebreaker bertujuan mengurangkan tekanan dan rasa gementar dikalangan ahli kumpulan. Tujuan utamanya adalah untuk menggalakkan aktiviti berfikir dan menyumbangkan idea dalam berkumpulan. Seorang ketua akan dilantik dan sesi perbincangan. Perbincangan dimulakan dengan setiap ahli kumpulan diminta tampil kehadapan dengan menyumbangkan idea dan buah pemikiran tentang sesuatu tajuk aktiviti dan perbincangan. Jika permulaan perbincangan dilakukan dalam keadaan santai dan menghiburkan serta kelakar ia secara tidak langsung membantu peserta kumpulan merasa selesa dan mudah untuk menyampaikan isi dan buah fikiran masing-masing.

Beberapa contoh soalan yang tidak formal dan menghiburkan untuk diperbincangkan dalam LDK.
• Jika kamu seekor haiwan, binatang apakah pilihan kamu dan nyatakan kenapa?
• Jika anda diberi peluang memegang watak kartun, watak kartun manakah anda pilih dan nyatakan kenapa?
• Apakah hidangan yang paling pelik pernah anda makan?
• Apakah perkara yang paling memalukan pernah anda lakukan semasa kecil?
• Apakah yang anda lakukan untuk menghilangkan rasa bosan?
• Anda diberitahu oleh rakan anda, anda menyerupai wajah seseorang? apakah reaksi anda dan bayangkan sambutan orang ramai sekiranya anda mempunyai wajah menyerupai selebriti yang mereka minati.
• Minta setiap seorang dalam ahli kumpulan untuk menceritakan cerita yang melucukan. Ceritanya mungkin serius tetapi impaknya melucukan.
• Minta setiap ahli kumpulan mempamerkan wajah yang kelakar dan minta mereka mengajar ahli kumpulan yang lain untuk melakukannya. Usaha ini diambil sebagai sebuah proses pembelajaran menghasilkan aktiviti yang melucukan dan menghiburkan.
• Minta setiap ahli kumpulan mengucapkan perkatakaan “hello” ataupun sebagainya dalam cara yang berbeza dan melucukan.
• Minta setiap ahli kumpulan untuk menceritakan sesuatu yang membuatkan dirinya berbeza daripada rakan yang lain.

Icebreaker yang melucukan.
Edarkan setiap ahli kumpulan dengan lima keping kertas.Minta setiap ahli kumpulan menceritakan sesuatu cerita yang melucukan yang pernah didengari atau terjadi dalam hidupnya dan minta mereka keluarkan sekeping kertas. Kemudian minta ahli kumpulan yang seterusnya pula menceritakan cerita lucu mereka dan minta mereka mengeluarkan kertas yang kedua. Proses ini berterusan sehinggalah tiada lagi kertas edaran yang tinggal. Rasionalnya aktiviti ini ialah setiap orang dapat berkongsi cerita melucukan dan menjadikan suasana perbincangan sesuatu yang menghiburkan dan mengembirakan.

“Kenyit mata pada penjenayah” adalah satu lagi aktiviti melucukan yang hanya memerlukan secebis kertas dan sebatang pen. Buat cebisan kertas sebanyak bilangan ahli kumpulan. Tulis perkataan “POLIS” di salah satu kertas dan perkataan “PENJENAYAH” dalam satu cebisan kertas yang lain. Biarkan cebisan kertas yang lain kosong. Goncangkan kertas-kertas tadi dalam sebuah kotak kecil dan minta setiap peserta untuk mencabut satu kertas. Peserta yang mendapat cabutan berlabel “PENJENAYAH” dikehendaki mengenyit mata pada yang lain tanpa membenarkan polis mengetahuinya. Setelah terdedahnya penjenayah, peserta yang kenyit tadi itu perlu dikeluarkan. Permainan ini berterusan sehingga penjenah telah mengenyit mata pada semua kecuali polis ataupun sehingga polis telah mengenalpasti penjenayah dikehendaki.

Isnin, 15 Mac 2010

Kisah pengemis dengan sepasang suami isteri.

sekadar gambar hiasan..klik gambar untuk lihat lebih besar.

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ”Tolonglah Encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.”Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ”Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tapi untuk diri dan keluargaku.” Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ”Demi ALLAH, akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ”Sedekah itu dapat menutup 70 ribu kejahatan”.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ”Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya”.

p/s: CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS. ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN DAN KE BAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA.

Sumber;

Bunga semusim

bunga butang
balong ayam

struktur dalam nurseri

tempat pengerasan tumbuhan.
Rumah pembiakan tumbuhan
tapak semaian

Sabtu, 13 Mac 2010

I need a break!

mm..the picture speaks by itself...would u mind to do this job?
I don't think this is the right test for the accurate placement for the rail:)
aaah...bro!could you give me some space?
the quickest potret sketch...huhuhu

source:

Khamis, 11 Mac 2010

Pertandingan Nasyid Sempena Sambutan Maulidur Rasul SMK Palong Tujuh (F) 2010

Tahniah pada kumpulan nasyid KAPA yang telah melakukan persembahan terbaik. Walaupun tidak menang tapi anda telah buktikan anda semua memang berani sahut cabaran, berani tampil ke hadapan dan membuat persembahan yang terbaik. Cikgu sayang kamu semua.
Pengerusi majlis sampinnya mana?hehehe
Kumpulan nasyid mewakili pengakap.

kumpulan nasyid mewakili BSMM

kumpulan nasyid mewakili KRS

kumpulan nasyid mewakili kadet polis
3 budak tak "handsome":)huhuhu....

Tips menghadapi peperiksaan

sekadar gambar hiasan.

1. Banyak latihan banyak kesilapan, banyak dipelajari daripada banyak kesilapan.
2.Peperiksaan ialah menjawab soalan. Latihan terbaik hadapi peperiksaan ialah jawab soalan. ikut tempoh sebenar.
3. Kenalpasti soalan kegemaran pemeriksa serta jenis, bentuk dan pola soalan yang selalu keluar.
4. Kenalpasti format jawapan yang dikehendaki.
5.Jangan terukkan latihan jika tiada peningkatan. Semak tajuk yang lemah dan buat rujukan dan latihan topikal bagi tajuk berkenaan sebelum teruskan latihan semula.

Isnin, 8 Mac 2010

Memalukan...

Memalukan, sedih dan terpanggil untuk memberi peringatan bersama untuk diri sendiri, keluarga, rakan, anak bangsaku dan pewaris generasi akan datang. Janganlah kita merendahkan taraf kita setaraf seperti haiwan yang dikurniakan akal untuk berfikir melakukan perkara yang merosakkan diri,agama dan bangsa kita sendiri.

Khamis, 4 Mac 2010

Unik tapi benar...

Gambar di atas kuperolehi melalui internet.Unik tapi benar. Kupuji usaha yang dilakukan oleh tuan kedai ni. Kita sebagai orang Islam mungkin ada saluran kita sendiri untuk menangani masalah keruntuhan akhlak bangsa kita. Begitu juga dengan bangsa lain dengan cara masing-masing.

Sejarah April FOOL dan haram menyambutnya.

Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku ‘Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?’ (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)

Sejarah April Fool

Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April̢۪s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. â€Å“Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai The Aprils Fool Day.

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan

Umat Islam sangat tidak boleh merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.

Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; Umat Islam banyak yang telah dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut.

Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.

Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.

Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.

Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.

Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”

Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa The April Fool Day itu dipopularkan dengan cara yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.

“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.

Sumber: http://www.eramuslim.com

Sukan Sekolah Menengah Palong Tujuh 2010










KATA-KATA KERAMAT

KELEBIHAN NABI KERANA MUKJIZAT
KELEBIHAN MANUSIA KERANA MUAFAKAT

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA BERUNTUNG

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
KERJA MENGIKUT ADAT
SENANG DI DUNIA SENANG DI AKHIRAT
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilaksanakan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat -Joseph Conrad-
Related Posts with Thumbnails