Disini bermula

Saya merupakan seorang guru. Usia blog sudahpun mencapai usia hampir setahun. Pada awalnya kewujudan hanyalah ingin berkongsi kenangan manis melalui gambar-gambar diperolehi bersama murid-murid dan rakan-rakan sekerja. Kini saya mengorak selangkah lagi dengan menampilkan wajah blog yang baru dan isi-isi yang lebih padat dan kemas.

Blog banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita. Selain berkongsi tips, maklumat dan rahsia saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran membina blog . Akhir kata sudilah kiranya anda menjadi peminat blog saya. Sebarang sumbangan artikel, cadangan,komen dan kritikan membina amat-amatlah dialukan ke alamat emel saya di anakbanjar79@gmail.com

Cari Blog Ini

Khamis, 25 Februari 2010

My students as future leader and future skillful man power.



Contoh model rekabentuk bangunan dan landskap.








Building and landscape model built by professional model maker. This picture was taken when i did visit an exhibition held in Putrajaya,Malaysia. This is in relation to my field which are trying to teach my students how to build a landscape model. In other hand, this is as a benchwork to my students where at the end hopefully they can be competent by doing a model sort of like these one.

Selasa, 23 Februari 2010

Tips menjana trafik yang tinggi.

gambar hiasan.

Saya baru je habis baca buku berjudul "Buat duit dengan blog." Kandungan yang sangat menarik.

Antara isi kandungan buku tersebut ialah blog mestilah sangat bernilai untuk audien. Tanya diri sendiri adakah blog saya memaparkan kandungan yang blog lain tidak ada. Isi blog adalah sesuatu yang penting dan sangat diperlukan oleh pelawat blog.

Ambil masa dan buat persediaan yang mencukupi dari segi catatan yang paling hangat sebelum melancarkan sesebuah blog.

Langkah pertama dapatkan maklumabalas positif daripada rakan terlebih dahulu.

Sekiranya tidak dapat maklumbalas seperti yang diharapkan cuba tulis catatan yang lain pula sehingga mendapat isi yang mempunyai ‘wow’ faktor. Catatan yang tidak mampu menarik pengunjung yang ramai tidak mampu juga menjana iklan yang baik.

Sekiranya kita mampu menghiburkan 10 pengunjung pasti mereka akan berkongsi isi kandungan blog kita dengan 100 rakan yang lain. Proses ini akan berterusan sehinggalah ia berakhir. Tiada pengunjung yang sudi berkongsi blog kita dengan rakan mereka yang lain sekiranya blog kita tidak punyai isi atau isi yang tidak menarik. Cari idea baru dan terkini yang mampu menarik minat pengunjung terus mengunjungi blog kita.

Lakukan kempen berbentuk viral atau hadiah melalui twitter atau rangkaian web sosial yang lain. Contohnya ialah @yourblogname is giving away a free iPod Nano at http://is.gd/lvxv – RT this message to participate!

Sediakan insentif kepada pelanggan blog terawal.seperti ebook epercuma. Jikalau anda tidak punyai apa-apa yang menarik untuk di tawarkan lebih baik anda tidak tawarakan apa-apa langsung.

Sediakan pertandingan menjadikan blog lebih interaktif dari bukan hanya sekadar catatan satu hala sahaja. Pertandingan mestilah bukan sesuatu yg terlalu susah atau terlalu mudah.

Hantar artikel ke kita ke blog2 yang popular.

Secara ringkasnya, buatlah sesuatu yang kreatif dan lakukan sesuatu yang menarik supaya pengunjung tertarik.

Berinteraksilah dengan pengunjung. Dapatkan komen dan maklumbalas daripada mereka. Tanya apa harapan mereka dan apa yang mereka harap daripada blog kita. Jawablah pertanyaan emel mereka dan tidak mustahil mereka akan meluaskan pengaruh blog kita pada rakan-rakan mereka yang lain.

Hantar artikel-artikel menarik dan dan lakukan promosi di laman web sosial.

Rumusannya..ada antara tips-tips berikut membantu saya dalam menjana trafik blog saya dan ada antara masih belum lagi saya laksanakan dan mungkin tidak mampu saya laksanakan.


Sabtu, 20 Februari 2010

Persediaan menulis puisi

Persediaan menulis puisi

Puisi merujuk kepada susunan / aturan ayat yang menyampaikan maksud dalam bentuk yang indah. Puisi adalah satu cabang kesenian manusia. Puisi boleh berdiri secara sendiri, dan boleh juga disulam dalam seni lain seperti drama, atau lirik lagu.( http://ms.wikipedia.org/wiki/Puisi).

Antara persediaan yang harus dilakukan sebelum menulis puisi ialah belajar melalui membaca contoh –contoh karya puisi lain yang baik ataupun mengkaji puisi sasterawan terkenal. Penulis yang baru menceburi bidang puisi juga harus belajar memperluaskan kosa kata,mencari idea, dan mencuba menulis puisi-puisi baru yang mampu diketengahkan ke akhbar atau majalah perdana.

Puisi boleh berkisar tentang kehidupan seharian, keagamaan, isu negara, politik, ekonomi,sosial dan macam-macam lagi. Puisi boleh berfungsi sebagai medan membina semangat kecintaan, kasih sayang, peperangan, pergaduhan, patriotik,nasionalisme, pengorbanan dan kesetiaan.

Tulisan puisi selalunya merujuk pada sesuatu subjek. Puisi mungkin berkisar tentang diri penulis dan penyair. Puisi juga boleh menceritakan bagi pihak ketiga ataupun penceritaan yang secara umum tanpa dituju kepada sesiapa secara khusus.

Terdapat beberapa panduan menulis puisi. Antaranya ialah;

Penulis mesti mempunyai keseimbangan tulisan puisi bentuk dalaman dan luaran.Keseimbangan ini memberi kesan terhadap keindahan bahasa dan makna sesebuah puisi.Bentuk luaran ialah ciri-ciri yang membina sesebuah puisi tersebut. Ciri-ciri ini dapat dilihat. Baris, bunyi, pemilihan kata, bahasa figuratif, kata konkrit, kata abstrak, penyimpangan bahasa, dan tipografi merupakan bentuk luaran puisi.

Struktur dalaman puisi terdiri daripada tema, perasaan, nada atau sikap dan mesej. Tema ialah idea utama yang hendak disampaikan oleh seseorang penyair dalam sesebuah puisi. Antara tema dalam puisi termasuklah keagamaan, kemanusiaan, dan nasionalisme, ekonomi, dan politik.

Perasaan ialah suasana perasaan penyair yang diikut sertakan dalam puisi dan dapat dihayati oleh pembaca. Perasaan tersebut mungkin simpati, sedih, benci, marah, kasihan, pasrah, dan sebagainya. Nada ialah sikap penyair penyair terhadap pembaca. Sikap penyair mungkin menggurui, mengejek, menasihati, dan menceritakan sesuatu kepada pembaca. Mesej ialah perkara yang mendorong seseorang penyair itu menulis puisi. Mesej tersirat di sebalik tema yang diungkapkan.


Jumaat, 19 Februari 2010

Peranan warna dalam kehidupan.

Warna memainkan peranan sangat penting dalam kehidupan seharian. Merah selalu dikaitkan dengan budaya masyarakat cina. Hijau dikaitkan dengan budaya keagamaan dalam Islam. Putih melambangkan kebersihan dan kesucian. Hitam menunjukkan elegan. Selain itu hitam juga bole membawa maksud kemurungan atau kematian.

Warna juga boleh menjadi simbolik dalam sesuatu acara atau perkara. Contohnya warna kuning untuk golongan diraja dan kerabatnya. Warna kuning juga sebagai simbolik dalam bidang persilatan.

Warna coklat pula lebih ke arah sifat vernakular dan tradisional manakala warna yang pelbagai dan terang pula digunakan untuk sesuatu yang lebih moden dan futuristik. Di Malaysia khususnya rakyatnya agak gemar pilihan warna yang pelbagai samaada dalam pemilihan warna kereta mahupun pakaian.

Warna memainkan peranan menampakkan penampilan yang lebih bergaya dan elegan. Seharusnya kita memilih baju dengan warna yang bersesuaian dengan tubuh badan kita agar kelihatan lebih cantik dan menawan. Warna memainkan peranan dalam menarik minat pasangan berlawanan ke arah kita selain menunjukkan penampilan imej yang bersih dan menawan.

Menurut psikologist warna menghasilkan irama. Psikologist juga mengaitkan warna dengan terapi. Ramai diantara kita mengetahui warna membuatkan kita lebih yakin dengan diri sendiri dan membuatkan kita sebaliknya sekiranya seseorang itu salah memilih warna yang sesuai dengan diri kita. Masih ramai diantara kita yang tidak mengetahui warna yang dipakai mampu menarik minat seseorang yang mungkin kita tidak kenali.

Kita wajar melihat diri kita dicermin dengan warna baju yang dikenakan ke atas badan kita. Ada pendapat mengatakan warna putih dan hitam adalah warna yang selamat dalam segi etika pemakaian. Tetapi warna putih atau hitam juga boleh menenggelamkan seseorang dikhalayak orang ramai. Cara terbaik minta pandangan pasangan anda,rakan, atau pakar perunding imej bagi memilih warna dan fesyen yang bersesuaian dengan imej kegemaran anda.

Menurut perunding imej terkenal warna di badan kita sebaik-baiknya mestilah kurang daripada 3 warna. Pemilihan fabrik yang sesuai dan mampu dipadankan dengan pelbagai aksesori dan hiasan mampu menaikkan seri wajah dan ketrampilan seseorang. Pemilihan pakaian yang terlalu mahal tidak semestinya menampakkan seseorang elegan tetapi pakaian yang sederhana rekaannya bersama dengan harga berpatutan, padanan seluar,kasut, beg tangan, topi, skirt, t-shirt, kemeja dan sebagainya mampu merealisasikan impian seseorang untuk kelihatan lebih cantik dan menarik.

Rabu, 17 Februari 2010

10 perkara perbuatan sia-sia

sekadar hambar hiasan

10 perkara perbuatan sia-sia

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-
1.Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.
2.Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.
3.Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.
4.Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.
5.Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.
6.Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
7.Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.
8.Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.
9.Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
10.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya. wallahuallam

sumber....

14 orang terkaya di Malaysia

sekadar gambar hiasan. sumber gambar
14 orang terkaya di Malaysia menurut Malaysian Business

1) Tan Sri Robert Kuok (Raja Gula) - RM42.76 bilion
2) Ananda Krishnan (Mexis) - RM27 bilion
3) Tan Sri Lee Shin Chen ( IOI) - RM11.92 bilion
4) Tan Sri Lim Kok Thay (Genting) - RM10.38 bilion
5) Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong) - RM7.09 bilion
6) Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (Yayasan Albukhary) - RM6.01 bilion
7) Puan Sri Lee Kim Hua (Genting)
8) Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau)
9) Tan Sri Vincent Tan (Berjaya)
10) Lee Swee Eng (KNM Group)
11) Datuk Shahril Shamsuddin (Sapura)
12) Shahriman Shamsuddin (Sapura)
13) Datuk Seri Nazir Razak (CIMB)

14) Ong Leong Huat (OSK)

Daripada senarai 14 orang terkaya di Malaysia hanya 4 orang senarai nama daripada bumiputera muslim. Tahniah diucapkan. Moga rezeki yang melimpah ruah dapat membantu membangunkan orang Islam yang memerlukan bantuan dan memberi kesedaran kepada semua usahawan bumiputera berusaha lebih kuat dan bersungguh-sungguh agar dapat meningkatkan ekonomi ummah orang islam dan negara amnya. Untuk berjaya seperti mereka kita perlu berusaha tanpa kenal putus asa dan jujur dalam perniagaan.

"diarrhoea"(cirit birit) apa ubatnya.

Harini aku mengalami sakit perut yang berpanjangan. Hikmah aku mendapat sakit perut ini ada 6 iaitu:

Pertama mungkin sakit ini mampu mengampunkan dosa-dosa kecilku.
Kedua, ubat paling baik untuk cirit-birit melalui petua orang2 tua ialah makan daun pucuk jambu atau dirembus daunnya dan diminum airnya.
Ketiga petua lain ialah minum teh pahit. Insya-Allah sembuh.
Keempat bila cirit birit elakkan minum susu dan makan lauk bersantan.
Kelima bagi perut yang tidak tahan elakkan makan daging semasa kenduri.
Keenam jangan lupa terus berjumpa doktor sekira sakitnya berpanjangan dan minta MC.

Isnin, 15 Februari 2010

Buang bayi apa penyelesaiannya?

Kita digemparkan dengan kes pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi.Bayi yang di buang ke dalam sungai, dibuang ke dalam tong sampah, ditanam,dimakan anjing atau gagak,ditinggalkan dimuka pintu surau atau masjid dan sebagainya.

Ada cadangan daripada pihak tertentu supaya menubuhkan pusat perlindungan agar ibu-ibu yang mengandung anak luar nikah ini terbela dan bayi yang dikandungkan selamat keadaannya. Saya berpandangan sebaliknya dan bersetuju dengan pandangan ustaz Daud Che Ngah yang penubuhan pusat perlindungan tidak sesuai dijalankan kerana ia akan lebh menggalakkan kelahiran bayi luar nikah ini.

Menubuhkan pusat perlindungan pada waktu ini bagi saya sudah agak terlewat. Langkah pencegahan sepatutnya telah dilakukan sejak 20 tahun dahulu lagi. Langkah pencegahan seperti pendidikan dan penekanan agama bukan sahaja diberi dan diajar di sekolah tetapi segala punca-punca yang boleh membawa kepada zina itu sendiri harus dibendung dan dihalang juga. Seperti yang kita sedia maklum mengenali punca masalah berlakunya zina ini dan mencari cara mengatasi punca-punca ini perkara pertama perlu dilakukan.

Paling mudah langkah awal yang perlu dilakukan ialah mengembleng tenaga mengukuhkan institusi kekeluargaan dan masyarakat, menguatkuasakan kawalan yang sangat ketat bagi penjualan arak dan minuman keras, kawalan operasi pusat hiburan kelab malam, pusat karaoke, mengenakan hukuman ke atas perogol ataupun pencabul kehormatan kepada hukuman paling berat, dan sekatan ke atas kemudahan mendapatkan video klip lucah dan menggairahkan. Selain itu, sekatan dan potongan adegan ke atas tayangan drama dan filem yang menggairahkan juga tidak dilupakan.

Semua orang perlu diberi peringatan dan merupakan tanggungjawab sosial kerajaan untuk sentiasa mengingatkan remaja-remaja sekarang melalui media massa dan iklan seperti prihatinnya kerajaan bila berlakunya pandemik H1N1.

Fenomena ini berlaku di mana-mana samaada di utara,selatan, timur ataupun barat. Kerosakan akhlak berpunca daripada keinginan dan naluri remaja yang ingin dicintai dan mencintai tetapi atas dorongan nafsu bermula dari perkenalan di internet, perjumpaan kali pertama, kedua dan seterusnya. Selepas itu mula berpegangan tangan, istilah ringan-ringan dahulu, seterusnya ajakan ke bilik hotel ataupun bilik di rumah sendiri membawa kepada perzinaan berkali-kali dan mengandung anak tanpa dirancang.

Pembuangan bayi juga adalah 'wabak besar' harus ditangani dengan meluas. Langkah menggembeleng tenaga bersama antara NGO dan badan berwajib bagi menggerakkan gerakan besar-besaran beserta pelan strategik dan taktikalnya agar masalah ini sekiranya tidak dapat diatasi tetapi dapat dikurangkan.

Usaha menanganinya perlu bersungguh-sungguh. Remaja perlu didekatkan dengan ajaran agama Islam dan diberi ingatan sentisa. Masjid pula salah sebuah tempat yang perlu sentiasa diimarahkan oleh remaja. Remaja perlu sentiasa diingatkan agar mendekatkan diri dengan tuhan dan takut dengan azab api neraka.

Aktviti sukan dan riadah perlu sentiasa dijadikan teras hiburan remaja. Pengasingan lelaki dan perempuan di tempat sesak dan awam perlu dilakukan. Selain itu, pertunjukkan konsert berteraskan Islam dan tidak melalaikan sahaja dibenarkan. Pemakaian perempuan yang menjolok mata perlu dilarang. Pematuran pemakaian yang bersopan dan menutup aurat wajib dikuatkuasakan dengan berkesan. Sekiranya kita tak dapat menghalang sekurang-kurangnya kita dapat membendung 'wabak pembuangan bayi' ini terus berleluasa.

Pendidikan seks juga sangat penting tetapi pendidikan seks sahaja tidak mencukupi sekiranya tiada kesedaran agama dalam diri remaja. Penekanan haruslah juga melibatkan ibu bapa dan golongan dewasa. ibu bapa, golongan dewasa,veteran, profesional dan bukan profesional, NGO ataupun GO yang perlu menjadi role model yang baik kepada remaja sekarang. Tidak guna sekiranya kita meminta remaja berkelakuan baik dan menghina remaja sekarang membuang bayi sekirannya kita sendiri sebagai orang dewasa mengadakan aktiviti yang menggalakkan kepada aktiviti perzinaan dan maksiat. Kita juga yang menjadi hero dalam melakukan maksiat.

Rumusannya, di dunia akhir zaman ini baliklah kita semua kepada ajaran Islam semoga diri kita, keluarga, saudara mara,jiran tetangga dan masyarakat sekeliling terselamat daripada bala di dunia mahupun seksaan api neraka.

Khamis, 11 Februari 2010

Ecoterapi sebagai salah satu elemen penyembuhan penyakit.

Ecoterapi ialah pemulihan kesihatan badan dari segi jasmani, emosi, dan mental melalui kegiatan dan aktiviti yang dilakukan di kawasan alam sekeliling yang semulajadi.

Ada 4 sebab mengapa penyelidik mempercayai mengapa jiwa dan perasaan kita berubah bila berada di persekitaran alam yang semulajadi.
1) Kita menjalinkan interaksi secara tidak langsung dengan flora dan fauna apabila berada berhampiran dengannya.
2) Kita alami pengalaman yang pelbagai melibatkan 5 panca indera kita seperti mendengar bunyi air terjun, burung ataupun unggas bernyanyi,merasa udara dan angin yang segar serta melihat keindahan alam fauna. Semua ini merangsang minda kita kepada sesuatu yang positif.
3) Kita menjadi aktif. Dengan aktiviti seperti berjalan, mendaki, menuruni bukit dan aktiviti-aktiviti fizikal lain kita dapat mengurangkan ataupun meredakan tekanan perasaan ataupun mental yang dialami.
4) Selain itu, dengan berada dekat dengan alam semulajadi kita juga boleh lari dari kesibukan hidup ataupun kesibukan kota.

Bagaimana mengaplikasikan ‘Ecotherapy” dalam hidup kita.
1) Pergi bersiar-bersiar ke kawasan alam semulajadi semasa waktu cuti atau lapang.
2) Mendengar bunyi-bunyi yang mendamaikan seperti air terjun atau bunyi kicauan burung yang boleh didapati melalui CD, video atau MP3.
3) Meletakkan gambar-gambar alam semulajadi yang menunjukkan betapa cintanya kita kepada alam semulajadi.
4) Meletakkan pokok-pokok bunga hidup yang sesuai di sekitar pejabat atau rumah
kita.
5) Memelihara ikan hiasan di dalam akuarium atau di dalam kolam.

pembelajaran aktif

Pembelajaran aktif merupakan salah satu usaha untuk menarik minat murid datang ke sekolah melalui sistem pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan. Guru patut mengajar sebagaimana murid belajar. Pembelajaran aktif melibatkan interaksi dua hala yang berkesan antara satu sama lain.

Kaedah mengajar secara syarahan sahaja sudah patut di tinggalkan oleh para guru. Mengikut kajian juga pembelajaran aktif lebih memberikan kesan dalam pembelajaran berbanding teknik syrahan. Pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran dan pelajar perlu memahami asas dan kemahiran dipelajari.Asasnya ialah setiap ilmu yang diperolehi perlu mengoptimasikan 5 pancaindera kita sepenuhnya. deria mendengar,merasa, melihat membau dan menyentuh.

Pembelajaran aktif bermula daripada susunan pelajar di dalam kelas, pembahagian tugasan kepada pelajar dengan baik, arahan yang diberi dengan jelas, bahan bantu mengajar yang mencukupi dan bermutu, suasana pembelajaran yang kondusif, membahagikan tugasan kepada pelajar mengikut aras kebolehan masing-masing, mempelbagaikan teknik mengajar ,memanipulasikan kekuatan dan kelemahan pelajar dan macam-macam lagi.

Pembelajaran aktif sangat berkesan dalam memantapkan kemahiran pelajar yang pandai dan membantu pelajar yang lembap dalam pembelajaran.

sumber gambar:T.M.A Samadhi

Akibat x pakai tali pinggang dan silap pilih saiz seluar dan baju...

Kan elok kalau pakai baju labuh dan bertudung labuh....

Selasa, 9 Februari 2010

Golongan yang didoakan oleh malaikat

Allah SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang - orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati karena takut kepada-Nya” (QS Al Anbiyaa’ 26-28)

Inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat :

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci” (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang duduk menunggu shalat.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia’” (Shahih Muslim no. 469)

Solat Dhuha dan fadhilatnya

Ruang waktu dan waktu afdal

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakannya.

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebutdiniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Doa yang disarankan
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…

Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”

Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.

Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.

Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA..

more on solat dhuha..click here

Sumber:http://nursyirah.wordpress.com

Isnin, 8 Februari 2010

LEARNING PROCESS NEVER STOP UNTIL YOU DIE


HOW LUCKY I AM IF I CAN CLIMB THE TREE LIKE THAT.

WE SEE, WE PERCEIVE, WE LEARN, WE APPLY

BERANI,CEKAL, USAHA TANPA KENAL PUTUS ASA TANGGA KEJAYAAN


I AM VISITING MY NEW FRIENDS FOR CELEBRATION OF HIS BIRTHDAY...BUT THE HOUSE IS TOO SMALL EVEN FOR MY HAND TO GET INTO THE HOUSE.

Faedah berhenti merokok.


Selepas 20 minit
Tekanan darah dan denyutan nadi kembali pada norma.

Selepas 1 jam
Peredaran darah bertambah baik, tangan dan kaki anda berasa kembali hangat.

Selepas 8 jam
Paras Nikotin dan karbon monoksida jatuh,oksigen di dalam darah anda kembali pada norma.

Selepas 1 hari
Paru-paru anda mula ‘bekerja’ dengan baik.karbon monoksida dikeluarkan daripada badan anda.

Selepas 2 hari
Deria rasa lidah dan bau anda bertambah baik, nikotin beransur hilang dari badan.

Selepas 3 hari
Bernafas lebih sempurna,kuasa dan tenaga tubuh anda bertambah baik.

Selepas 2 ke 12 minggu
Tanda-tanda jangkitan penyakit akibat rokok mula sembuh beransur-ansur.

Selepas 1 ke 2 bulan
Tanda-tanda penyakit mula hilang, daya pernafasan dan tenaga tubuh badan anda terus meningkat.

Selepas 6 bulan
Risiko sakit jantung, barah dan penyakit yang berkaitan mula hilang.

Selepas 10 tahun
Risiko menghidapi barah paru-paru hilang sebahagian besarnya seperti yang dijumpai pada perokok tegar.

Vacation tips to Malaysia


DO
1. Do proper planning of your vacation and interesting places to visit. Plan wisely and do planning with consideration on weather condition, the priority of the places to visit, condition of the site either the place can be visited individually or can be reach only by package. Going by packages and guided by the tourist guide is the best thing to choose if you are not familiar with the place and it is little bit costly.
2. Book early on going or return flight, hotel, and car rental. This is to ensure you are not wasting your time and money to look for the best price of hotel, flight and 0r car rental fare.
3. Provide back up a lot of money in your account in case of shortage money or emergency. This things is always happened as we are always encounter unexpected incident and normally our vacation could come to over budget.
4. Bring along extra baggages if you want to have shopping outside there and bringing back a lot of presents or souveniers.
5. Check in your flight one hour earlier than departure.
6. Always update with your car rental owner, tourists guide, or hotel about your planning of time and schedule. Believe me, some of them are even not clear of our instruction even though we speak the same language. Yet, we have to compensate to them even though it is not our mistake.
7. Bring sun block and after sun bath cream if you are planning to go to the beach.
8. Ask the price first before you eat or buy something. Make sure you and the seller got consensus before do any buying or selling. In Malaysia you are allowed to negotiate the prices especially in night market or wet market except shopping complex.
9. Always look and book for the lowest price. You can save your money for the unexpected event, tragedy and emergency.
10. Make sure all your stuffs and documents are always complete and ready such as pasport, IC, traveling permit, mobile phone, contact number of your local or close friend in a case if you face difficulties or emergency.
11. Do investigation first on the culture of the site, the food, and best price to reserve.

Hopefully above tips can help much if you are planning to have vacation in Malaysia.

Sabtu, 6 Februari 2010

Anak luar nikah...ke mana hala tuju masyarakat kita?

Amat menyedihkan di dalam negara Islam, di ajar dan dididik dengan agama islam dan dikelilingi oleh ramai orang Islam masalah kebejetan akhlak ramja sangat membimbangkan. Ingin saya petik kata-kata seorang penceramah agama yang mengatakan sekiranya ibunya seorang bohsia ataupun cikaro dalam bahasa remaja sekarang tak mustahil anak yang bakal dilahirkan akan jadi pelacur kelas atasan. Adakah kita mahu generasi penyambung warisan kita akan datang adalah generasi yang rosak akhlaknya dan tiada iman di dadanya.

Masalah ini melibatkan semua pihak. Baik pasangan yang berzina, ibu bapa, dan masyarakat amnya.


Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.


Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.

sumber statistik


Tahniah bangsaku..kita juara dalam bidang yang akan merosakkan masa depan bangsa kita.


Statistik ini mungkin lebih lagi. Mungkinkah kita ingin berbangga dengan anak menantu, cucu cicit kita kemudian hari tidak berbapa dan mempunyai taraf yang sah.


Islam adalah agama cukup sempurna. Diajar dan diberi panduan terbaik dalam menguruskan kehidupan seharian. Masalah keruntuhan akhlak remaja masih berlaku. Tidak perlu kita menuding jari pada sesiapa cukuplah saling ingat mengingati sesama kita dunia yang sementara ini hanya sekadar pinjaman dan kita bertanggungjawab di atas setiap tanggungan isteri dan anak kita.


Kepada remaja berubahlah sebelum anda terlambat. Jangan jadikan masa depan anda yang cerah menjadi gelap hanya demi keseronokan yang sementara. Saya mengingatkan diri sendiri, ahli keluarga saya dan anda semua. Moga kita memperolehi iktibar melalui statistik di atas yang kita mungkin hebat dari satu sudut tapi kita juga jauh ketinggalan dalam suatu bidang yang lain.

Kelebihan minum air kosong pada waktunya.


Perut manusia mempunyai 3 unsur di dalam badan...udara, air dan makanan. 1/3 isi makanan, 1/3 diisi air dan satu pertiga lagi udara. Janganlah kita melebihi kemampuan perut kita dalam mengambil makanan kerana ia amalan yang tidak baik untuk kesihatan diri dan badan.

Air memainkan peranan dalam badan kita. Dalam Islam ditegah bernafas ketika minum . Minum dalam keadaan duduk dan tertib. Sebaiknya minum hendaklah dimulakan dengan bacaan bismillah dan selawat ke atas nabi semoga memperolehi keberkataan.

Masa yang sesuai untuk minum air adalah seperti berikut dan mampu memberikan kesan yang baik pada tubuh badan kita:

1)minum 2 gelas air kosong selepas bangun tidur mampu mengaktifkan organ dalaman kita.
2)minum 1 gelas air sebelum makan mampu membantu menghadamkan makanan yang diambil.
3)minum segelas air sebelum mandi mampu menstabilkan tekanan darah.
4)minum segelas air sebelum tidur mampu mengelakkan angin ahmar atau serangan jantung.

Yang baik kita sebar-sebarkan dan amalkan. Selamat mencuba.

p/s: Penulis tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan atau musibah daripada amalan di atas.

sumber gambar dan artikel:
http://health-tipz.blogspot.com/2009/12/correct-timing-to-take-water.html

Indahnya ciptaan tuhan...


sumber gambar:http://www/stranges-world.blogspot.com

Melihat keindahan alam semulajadi mampu mendekatkan kita kepada Allah SWT. Keindahan syurga tidak mampu dilihat dan dirasa cuma telah digambarkan di dalam quran dan hadis nabi yang tiada tolok bandingnya dibandingkan dengan keindahan bumi dan ciptaan manusia.

Begitu juga siksaan api neraka tidak pernah dibuka hijab untuk dilihat oleh manusia. Sekiranya dibuka hijab oleh Allah untuk manusia melihat syurga dan neraka nescaya manusia akan berlumba-berlumba membuat kebaikan dan takut teramat sangat melakukan kejahatan. Dunia akan sepi tanpa siapa peduli hal dunia untuk berkerja, berkahwin dan sebagainya.

Keindahan syurga ciptaan Allah SWT yang kekal selamanya. Ganjaran diberikan pada hamba-Nya yang taat dan patuh pada ajaran-Nya. Di syurga di ceritakan mempunyai tujuh tingkat. Setiap tingkat berbeza keindahannya. Syurga teratas paling tinggi untuk para nabi dan kekasih-Nya. Berasa dukacita manusia dan menyesal kerana tidak berusaha di dunia untuk memperolehi syurga teratas yang tak mampu dilawatinya ketika di syurga.

Manusia yang dimasukkan ke neraka juga akan menyesal dan menangis keluar air mata darah sekali pun masih tidak mampu membolehkan dia masuk ke syurga tanpa amal soleh yang mencukupi dan keredhaan Allah SWT mahupun pertolongan serta syafaat dari Nabi Muhammad SAW.

Akhir kata saling ingat mengingatilah kita sesama manusia...rugilah kita yang berilmu tetapi tidak mempraktiskan ilmu kita untuk jalan kebaikan.

Jumaat, 5 Februari 2010

HARI-HARI HARAM DAN MAKRUH BERPUASA

Hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu:

  • Tanggal 1 syawal (hari raya aidil fitri)
  • 10 zulhijjah (hari raya aidil adha)hari-hari tasyriq: 11, 12 dan 13 zulhijjah
  • Hari syak mungkin hari mula berpuasa (30 sya'aban)
  • Selepas 15 sya'aban jika bukan puasa qadha atau nazar atau tiada hubungan dengan puasa pada hari sebelumnya, atau bukan hari yang biasa berpuasa
  • Puasa sunnat bagi wanita tanpa izin suami (jika suami bermukim yakni tak musafir atau berpergian jauh)

Hari-hari yang dimakruhkan berpuasa:
  • Puasa orang yang sakit bersangatan
  • Puasa orang yang sangat tua
  • Puasa wanita yang hamil
  • Puasa orang yang musafir
  • Puasa pada hari 'arafah bagi orang yang mengerjakan haji
  • Puasa pada hari sabtu sahaja (ditunggalkan)
  • Puasa pada hari jumaat sahaja (ditunggalkan)
  • Puasa asalnya sunnat dikerjakan oleh orang yang menanggung puasa qadha
  • Puasa sepanjang tahun (sepanjang masa)

3. Orang yang mengerjakan puasa wajib dikehendaki berniat puasa pada waktu malam. Adapun puasa sunnat boleh berniat pada pagi hari sebelum tergelincir matahari (belum masuk waktu zuhur) dengan syarat belum melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa

4. Niat puasa tidak semestinya dengan melafazkan dalam bahasa arab, memadai melintaskan didalam hati dengan apa-apa juga bahasa yang kita fahami, iaitu bahawa kita hendak melakukan puasa (sebut jenis puasanya) pada hari esok (jika niat pada waktu malam) atau pada hari ini (jika berniat pada waktu dinihari atau waktu sahur atau pada sebelah pagi selepas subuh jika puasa sunnat)

sumber:

FADHILAT PUASA

Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.
Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t.,
nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan,

iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

FADHILAT PUASA-PUASA SUNNAT SEPANJANG TAHUN

1. Puasa enam hari dalam bulan Syawal
Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)
Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan.
2. Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)
Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)
Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim)
3. Puasa pada bulan Muharram
Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)
Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)
4. Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)
Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

5. Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)
Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharra,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

PERINGATAN
Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

sumber:

Fadhilat Solat Tahajud

Solat 5 waktu adalah solat bagi orang-orang mukmin dan solat Tahajud pula adalah solat untuk orang-orang soleh. menurut satu hadith;

Rasulullah SAW bersabda;

“Jika tidak kerana memberatkan umatKu, nescaya aku wajibkan Tahajud ke atas mereka”"

Kelebihan Tahajud;

Jika dilakukan solat Tahajud ini dengan cara istiqamaha maka Allah s.w.t akan memberi 3 ganjaran;

1. 1. Dapat lidah yang hikmah
2. 2. Diangkat kedarjat wali
3. 3. Lepas dari kesakitan ketika sakaratul maut

Selain itu juga;

1. * Doa-doa akan diperkenankan
2. * 2 rakaat tahajud lebih baik dari dunia dan seisinya
3. * Allah akan menunjukkan mahligai disyurga semasa sakaratul maut mendapat lampu atau cahaya dalam kubur
4. * Dapat naik kuda emas bagi suami isteri yang saling membangunkan antara satu sama lain untuk tahajud
5. * Jika kita selalu panggil orang ke masjid maka diwaktu malam Allah akan panggil kita untuk tahajud
6. * Mendekatkan kita dengan Allah dan menjauhkan kita daripada membuat dosa

Solat Tahajud (Fadhilat)

Sembahyang Tahajud Membawa Kepada Limpahan Rezeki

Sembahyang tahajud iaitu sembahyang sunat dua rakaat, merupakan di antara pelbagai shalat sunat yang disyariatkan oleh Allah. Ia ditunaikan apabila seseorang itu terjaga daripada tidur sementara waktu yang paling sesuai melakukannya adalah di antara sepertiga malam iaitu kira-kira dari pukul 2:30 pagi hingga menjelang subuh. “Kalau nak sembahyang sebelum tidur, iaitu selepas sembahyang isyak pun boleh, tapi lebih eloklah pada sepertiga malam kerana waktu itulah yang paling sesuai untuk seseorang itu membersihkan jiwa serta mendekatkan diri dengan Allah” kata Ustaz Muhd Shafie, setiausaha penasihat syariah sebuah syarikat makanan antarabangsa.

Sebagai seorang yang banyak membuat kajian berhubung shalat tahajud, Mohamad memberi penjelasan lanjut mengenai sembahyang itu ringkas tetapi padat. Beliau memberitahu, walaupun sembahyang tahajud dua rakaat sahaja, ia boleh ditunaikan lebih daripada itu mengikut kemampuan masing-masing. Bagaimanapun sebelum sembahyang tahajud, adalah lebih elok jika ia didahului dengan sembahyang sunat mutlak dua rakaat dan di akhiri dengan sembahyang sunat witir (jika tidak sempat menunaikannya sebelum tidur). Mengenai surah yang sepatutnya dibaca selepas al-fatihah, Mohamad memberitahu, tidak ada surah tertentu yang ditetapkan. “tapi biasannya kita baca surah al-Kafirun pada rakaat pertama dan surah al-ikhlas pada rakaat kedua. Surah al-Kafirun itu menurut Nabi fadilatnya mewakili 2/3 daripada al-Quran. Surah al-Ikhlas pula mewakili 1/2 al-Quran”.

Selain untuk meningkatkan keimanan, shalat tahajud disyariatkan Allah kerana ia mempuyai banyak hikmah dan keberkatannya. Allah menetapkan waktunya pada sepertiga malam kerana suasana ketika itu amat hening, paling sesuai untuk beribadah, bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah. Perkaa itu kata Mohamad, ditegaskan oleh Allah dalam surah al-Muzammil ayat 6 yang bermaksud; Sebenarnya sembahyang dan ibadah malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya.

“Selepas shalat tahajud, mohonlah ampun kepada Allah”. kata Ustaz Mohamad sambil merujuk kepada hadis Nabi s.a.w yang bermaksud, “Allah turun (kuasa/perintah) pada tiap-tiap malam langit dunia. wahai malaikat, kamu periksa semua makhluk-makhluk di muka bumi. Sesiapa yang bermohon kepadaKu (di sepertiga malam), maka makbulkan doanya. Sesiapa yang meminta kepada Aku, beri. Sesiapa yang meminta ampun kepada Aku, maka ampunkanlah ia”.

Kesempatan itulah ujarnya, yang perlu di raih oleh setiap muslim. “Jadi gunakan waktu itu untuk bertaubat, hampirkan diri dengan Allah supaya menjadi orang beriman. Orang yang selalu sembahyang malam, hatinya bersih, suci, hubungan dengan Allah cukup kuat, patuh perintah Allah dan dikasihi Allah.

Shalat tahajud mempunyai pelbagai hikmah dan fadilatnya. Fadilat itu, ujar Mohamad, antara lain djelaskan Allah dalam surah al-Israa’ ayat 79 bahawa orang yang bersembahyang tahajud akan dibangkitkanNya (di akhirat) di tempat yang terpuji. Ini dijelaskan lagi dalam hadis Rasullulah s.a.w yang bermaksud;

“Wahai manusia, bayakkanlah memberi salam, beri makan kepada orang susah, sembahyang di tengah malam di waktu orang lain sedang tidur, maka kamu masuk syurga. ”

Janji Allah itu cukup jelas kerana orang yang gemar menunaikan tahajud adalah orang yang cintakan Allah, bersih hatinya dan sentiasa memohon ampun kepada Allah untuk menyucikan dirinya daripada dosa. Mereka akan kembali kepada Allah dalam keadaan mulia dan dimasukkan ke syurga”, tegasnya.

Dengan tingkat keimanan yang tinggi, tambah Mohamad, orang-orang yang gemar bershalat tahajud akan mendapat satu lagi keistimewaan yang diingini oleh semua muslim iaitu diambil nyawanya dalam husnul khotimah (mati beriman). Kerana mereka orang-orang yang mulia, malaikat akan mengambil nyawa mereka dengan memberi salam dahulu. Kemudian barulah di ambil nyawanya di dalam keadaan dia tidak berasa sakit”, ujarnya. Demikian untungnya mereka yang gemar bersembahyang tahajud.

Selain dijanjikan syurga, kata Mohamad, orang yang gemar bersembahyang tahajud juga akan dianugerahi Allah dengan pelbagai rezeki seperti hati yang tenang, ilmu yang banyak, murah rezeki, harta terpelihara, kesihatan yang baik, anak-anak berjaya dalam kerjaya dan dihormati masyarakat. Tegas beliau, kerana besarnya fadilat sembahyang tahajud itulah Nabi s.a.w mengajak umatnya menunaikan ibadah tersebut pada setiap malam, tetapi jika tidak mampu, sekali seminggu, sekali sebulan, sekali setahun atau sekali seumur hidup.

Memandangkan besarnya fadilat sembahyang tahajud, tetapi sukarnya untuk menunaikan sembahyang tersebut, Mohamad memberikan ‘petua’ bagi membolehkan kita melakukannya iaitu;

* Tingkatkan keimanan. Ingatlah, sembahyang ini menjadi sesuatu yang berat melainkan bagi hati yang kyusuk. Untuk dapatkan hati yang kyusuk, perlulah dibina dahulu iman di dalam jiwa. Dan seperti satu rantai, orang yang beriman akan bertambah kuat iman serta keyakinan diri mereka apabila kerap bersembahyang tahajud

* Sebelum tidur, sematkan ke dalam fikiran kita untuk bangun pada sepertiga malam, pukul tiga pagi misalnya untuk sembahyang tahajud. Insyallah pada waktu yang dikehendaki itu kita akan terjaga

* Jadikannya ia suatu kebiasaan. Walau kita tidur lewat macam mana pun, buatlah amalan bangun pada waktu yang dikehendaki untuk sembahyang tahajud.


sumber.

Selasa, 2 Februari 2010

Pelan taktikal dan pelan operasi?

Pengalaman menyediakan pelan operasi dan taktikal merupakan satu rutin harus dilakukan sekali setiap tahun. Apakah tujuan utama menulisnya? Adakah kewujudannya sekadar helaian kertas bertulis, dibukukan dan disimpan di dalam difail. Dibuka hanya apabila diperlukan dan hadirnya pemantauan dari atasan ataupun disebaliknya segala yang dirancang tidak mampu di capai objektif seperti diharapkan.

Sudah berjayakah sistem pendidikan di Malaysia?Penekanan terhadap jasmani, rohani, emosi dan intelektual yang seimbang seakan dipinggirkan apabila keputusan pelajar memperolehi semua A menjadi keutamaan dan kebanggaan bagi setiap sekolah dan jabatan pelajaran.

Bagaimana dengan akhlak remaja sekarang ini yang situasinya semakin membimbangkan. Fenomena seperti minum arak, seks bebas, hidu gam, melawan guru, bertumbuk dan sebagainya sudah jadi satu kebiasaan dan apabila berlaku semua ini semua kesalahan bebanan di atas kepala dan bahu guru dan paling menyedihkan paling ramai yang terlibat adalah daripada remaja-remaja melayu dan islam sendiri. Paling menyedihkan ada diantaranya tidak tahu mengucap dan sembahyang juga tidak pernah dilaksanakan di rumah.

Kini berapa ramai remaja perempuan melayu yang menjadi mangsa atau sengaja menjemput bala apabila berlambak kelahiran bayi luar nikah boleh dijumpai. Sekiranya mengandung pun ditutup dengan perkahwinan seakan meredhakan kelahiran anak tanpa sah taraf ini.

Penekanan terhadap agama semakin kurang diberi perhatian, sekiranya ada pun didikan di sekolah pasti akan gagal jika tidak diikuti dengan amalan berterusan di rumah beserta pemantauan dari ibu bapa.

Godaan dan pengaruh di sekeliling banyak menjerumus remaja ini terhadap dunia kejahilan. Penguatkuasaan agama agak longgar dan penekanan agama di dunia luar persekolahan semakin berkurangan. Mahukah kita amaran dari Esa menjemput tiba apabila dosa beleluasa dan amal makruf tidak dilaksana. Ketika itu semuanya sudah terlambat. Semuanya menjadi sia-sia apabila ketika muda tidak dingat tua, ketika sihat tidak dingat sakitnya.

Tidak mustahil jika pihak yang berkuasa tidak melaksanakan apa-apa yang sepatutnya maka negara kita akan binasa dengan generasi akan datang yang sangat rendah moral dan akhlaknya serta rendah produktiviti serta keupayaannya.

Sekolah Berprestasi Tinggi menjadi isu utama. Kejayaan straight A menjadi keutamaan dan kebanyakan sekolah yang terpilih berada di bandar dan dari golongan berada. Wajarkah dengan pengadilan apabila luar bandar agak ketinggalan. Bagaimana dengan nasib murid-murid di luar bandar yang serba kekurangan dari segi kemudahan memperolehi tuisyen dan memiliki buku rujukan.

Guru-guru yang berkhidmat di luar bandar semakin tertekan apabila jarak yang jauh memisahkannya daripada keluarga tersayang sama ada suami, isteri, anak ataupun ibu bapa yang tua perlukan sokongan dan perhatian. Permohonan berpindah semakin sukar diperolehi dari tahun ke tahun atas-atas sebab keperluan perkhidmatan masih diperlukan di negeri asal dan tiada kekosongan di negeri dipohon. Wajarkah nasib murid dikorbankan sekiranya khidmat guru tidak diberi sepenuhnya sekiranya keperluaan asas kekeluargaannya tidak dipenuhi oleh jabatan atasnya.

Sekiranya guru menyediakan pelan operasi dan taktikal, wajarkah kerani juga diminta menyediakan pelan taktikal operasinya juga, tukang kebun, murid-murid dan ibu bapa tidak ketinggalan menyediakan pelan taktikal dan operasinya juga. Kejayaan sekolah melibatkan semua pihak tetapi apabila murid gagal guru yang sering dipersalahkan.

Akhir kata, perancangan manusia pasti ada ada tetapi perancangan dari Allah SWT pasti tertulis dahulunya dan yang terbaik sudah tentu perancangan dari-Nya.

KATA-KATA KERAMAT

KELEBIHAN NABI KERANA MUKJIZAT
KELEBIHAN MANUSIA KERANA MUAFAKAT

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA BERUNTUNG

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
KERJA MENGIKUT ADAT
SENANG DI DUNIA SENANG DI AKHIRAT
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilaksanakan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat -Joseph Conrad-
Related Posts with Thumbnails