Disini bermula

Saya merupakan seorang guru. Usia blog sudahpun mencapai usia hampir setahun. Pada awalnya kewujudan hanyalah ingin berkongsi kenangan manis melalui gambar-gambar diperolehi bersama murid-murid dan rakan-rakan sekerja. Kini saya mengorak selangkah lagi dengan menampilkan wajah blog yang baru dan isi-isi yang lebih padat dan kemas.

Blog banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita. Selain berkongsi tips, maklumat dan rahsia saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran membina blog . Akhir kata sudilah kiranya anda menjadi peminat blog saya. Sebarang sumbangan artikel, cadangan,komen dan kritikan membina amat-amatlah dialukan ke alamat emel saya di anakbanjar79@gmail.com

Cari Blog Ini

Rabu, 30 Disember 2009

sejarah 2009










pengalaman hari pertama kerja





























Ahad, 20 Disember 2009

sejarah penggunaan internet dahulu dan kini


Pada awal tahun 90 an dahulu teringat lagi zaman mula-mula internet popular kebanyakan pelayar internet menggunakan Netscape sebagai pelayar..tetapi kini kita telah diperkenalkan dengan Mozila Firefox, Opera, Google Chrome selain daripada Internet Explorer...jika dahulu penggunaan Yahoo adalah popular dan meluas tetapi kini pelayar lebih menggemari menggunakan Google kerana kurang grafik,bersih,kurang iklan dan lebih mesra pengguna.

Kewujudan Google mula dirasai pada tahun 1996...di mana pada waktu itu baru saja diperkenalkan...FACEBOOK dilancarkan pada tahun 2004 yang kini telah menjadi laman sosial paling popular selepas myspace, twitter, friendster dan youtube.

MYSPACE lebih awal diperkenalkan pada tahun 2003..dimana rangkain bole mencari rakan baru dan lama, mencari jodoh dan berkongsi gambar dan lain-lain lagi..

Lain-lain website popular seperti yahoo search engine diperkenalkan pada tahun 2004...MSN 1995,twitter 2006...

semuanya percuma

muat turun wallpaper,fonts dll percuma

kebanyakan software percuma

blogger tools

infohangat

dan banyak lagi....akan menyusul

note: software free and legal to use please open for search to 'OPEN SOURCE' programme

shortcut menghantar laman web ke enjin pencarian(how to submit website for free)

via yahoo search engine

via MSN search engine

via google search engine

Jumaat, 18 Disember 2009

GAMBARAN ALAM MASYAR

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala
(bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a. s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar
(umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.


5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


BACA LAGI....

Jumaat, 11 Disember 2009

kemuliaan hari jumaat

JUMAAT penghulu segala hari kerana kemuliaan dan kelebihannya. Malah, peristiwa agung banyak berlaku pada Jumaat.

Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud:”Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari)”.�

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”� (Hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang ber maksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat. Pada hari itu terdapat suatu masa seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.”� (Hadis riwayat Tirmidzi)

BACA LAGI.....

tiang percaya!

kaukah itu,
bila berdiri, rapuh tiangnya..
sokonglah daku kau seru.
wahai tanah bumi setia
kukuhlah cengkaman paku2 mu.
bersinarlah terus cantik rupamu.

kaukah itu,
bila ribut goyang paksimu.
masih berpaut pada bumi setia.
masih berpayungkah dari kemarau
sebaik fajar terbit esok hari...

kaukah itu,
meloncat kegirangan kehadiran hujan
meredupkan bahang disekeliling alam
kicauan burung membawa kilauan
kilauan cahaya kegembiraan.

kaukah itu
masih berdiri di sana
ombak ganas terus menghentam tubuhmu
akan tapi bumi setia
terus berkata kutetap bersama..

Nukilan dan cetusan hati; author

KATA-KATA KERAMAT

KELEBIHAN NABI KERANA MUKJIZAT
KELEBIHAN MANUSIA KERANA MUAFAKAT

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA BERUNTUNG

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
KERJA MENGIKUT ADAT
SENANG DI DUNIA SENANG DI AKHIRAT
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilaksanakan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat -Joseph Conrad-
Related Posts with Thumbnails