Disini bermula

Saya merupakan seorang guru. Usia blog sudahpun mencapai usia hampir setahun. Pada awalnya kewujudan hanyalah ingin berkongsi kenangan manis melalui gambar-gambar diperolehi bersama murid-murid dan rakan-rakan sekerja. Kini saya mengorak selangkah lagi dengan menampilkan wajah blog yang baru dan isi-isi yang lebih padat dan kemas.

Blog banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita. Selain berkongsi tips, maklumat dan rahsia saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran membina blog . Akhir kata sudilah kiranya anda menjadi peminat blog saya. Sebarang sumbangan artikel, cadangan,komen dan kritikan membina amat-amatlah dialukan ke alamat emel saya di anakbanjar79@gmail.com

Cari Blog Ini

Sabtu, 21 November 2009

tribute untuk anak felda 70 an dan 80 an




Rumah peneroka lama yang masih kukuh di ambil gambarnya di felda keratong 2...masih ingat lagi tak rumah tempat kita berteduh dengan atap zink,dinding papan, berlampukan lampu minyak tanah, atap kadang2 bocor bila hujan lebat. berjalan kaki dengan debu merah di kaki apabila sampai di sekolah. semua itu mengajar kita akan erti kesusahan dan mengenal erti ingin mencapai kejayaan dengan harapan dapat merubah nasib keluarga dan ibu bapa kita...i am proud to be a good anak felda.

SELAMAT BERCUTI !

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA WARGANEGARA SMK PALONG TUJUH (f). MOGA CUTI YANG DIBERI DIMANFAATKAN SEBAIKNYA BERSAMA KELUARGA YANG TERSAYANG.

JAGA KESIHATAN DAN KESELAMATAN DIRI. MOGA BERJUMPA KEMBALI DI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN HADAPAN.

SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT BERJUANG KEPADA PELAJAR-PELAJAR SMKPT(F) YANG SEDANG MENDUDUKI SPM. SEMOGA KEJAYAAN CEMERLANG,GEMILANG DAN TERBILANG MENGIRINGI ANDA SEMUA.

INGATLAH...

PEPERIKSAAN TETAP SUKAR WALUPUN KEPADA ORANG YANG BENAR-BENAR BODOH SEKALIPUN AKAN BERTANYA LEBIH BANYAK SOALAN BERBANDING DENGAN APA YANG DAPAT DIJAWAB OLEH ORANG YANG BENAR-BENAR BIJAK.

I MUST BELIEVE THAT I CAN SUCCED IF I AM TO SUCCEED.

KATA-KATA KERAMAT

KELEBIHAN NABI KERANA MUKJIZAT
KELEBIHAN MANUSIA KERANA MUAFAKAT

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA BERUNTUNG

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
KERJA MENGIKUT ADAT
SENANG DI DUNIA SENANG DI AKHIRAT
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilaksanakan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat -Joseph Conrad-
Related Posts with Thumbnails