Disini bermula

Saya merupakan seorang guru. Usia blog sudahpun mencapai usia hampir setahun. Pada awalnya kewujudan hanyalah ingin berkongsi kenangan manis melalui gambar-gambar diperolehi bersama murid-murid dan rakan-rakan sekerja. Kini saya mengorak selangkah lagi dengan menampilkan wajah blog yang baru dan isi-isi yang lebih padat dan kemas.

Blog banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita. Selain berkongsi tips, maklumat dan rahsia saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran membina blog . Akhir kata sudilah kiranya anda menjadi peminat blog saya. Sebarang sumbangan artikel, cadangan,komen dan kritikan membina amat-amatlah dialukan ke alamat emel saya di anakbanjar79@gmail.com

Cari Blog Ini

Isnin, 28 September 2009

LANDSCAPE AND THE DESIGN


A sign of welcoming attraction at the entrance to the visitors of water world park at shah alam. The arrangement dan placement of water element and shrubs harmoniously done. in terms of maintainance hard to be done because the shrubs need to be trimmed frequently to get a nice look.
Small pocket park placed along side of a road from Kuala Lumpur to Seremban. The sculpture place at the end become the node of the park. A very nice design space with pergola provided but sad to say rarely used by people at day.

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN PMR.

Kepada semua pelajar ting. 3 selamat menduduki peperiksaan PMR yang akan bermula pada 7/10/09. Semoga kejayaan cemerlang mengiringi anda semua.

Tips yang boleh diamalkan sebelum menghadapi peperiksaan.

1) Banyakkan berdoa kepada Allah tiap-tiap malam.
2) Dapatkan rehat yang mencukupi.
3) Minta doa dan restu dari ibu bapa dan guru.
4) Banyakkan perbincangan soalan-soalan isi pelajaran dalam kumpulan kecil dan baca nota-nota ringkas.
5) Dapatkan vitamin yang bersesuaian untuk kecerdasan minda.
6) Makan makanan berkhasiat.
7) Amalkan senaman dan riadah untuk kecergasan badan dan kecerdasan minda.
8) Banyakkan buat latihan untuk subjek matematik ataupun yang subjek sukar.
9) Dapatkan tips-tips lain dari guru matapelajaran masing2.

Selamat mencuba dan selamat beramal...

Khamis, 10 September 2009

KATA-KATA KERAMAT

KELEBIHAN NABI KERANA MUKJIZAT
KELEBIHAN MANUSIA KERANA MUAFAKAT

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA BERUNTUNG

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
KERJA MENGIKUT ADAT
SENANG DI DUNIA SENANG DI AKHIRAT
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilaksanakan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat -Joseph Conrad-
Related Posts with Thumbnails