Disini bermula

Saya merupakan seorang guru. Usia blog sudahpun mencapai usia hampir setahun. Pada awalnya kewujudan hanyalah ingin berkongsi kenangan manis melalui gambar-gambar diperolehi bersama murid-murid dan rakan-rakan sekerja. Kini saya mengorak selangkah lagi dengan menampilkan wajah blog yang baru dan isi-isi yang lebih padat dan kemas.

Blog banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita. Selain berkongsi tips, maklumat dan rahsia saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran membina blog . Akhir kata sudilah kiranya anda menjadi peminat blog saya. Sebarang sumbangan artikel, cadangan,komen dan kritikan membina amat-amatlah dialukan ke alamat emel saya di anakbanjar79@gmail.com

Cari Blog Ini

Isnin, 27 April 2009

snap photo




pada pelajar yang telah menghantar latihan cikgu ucapkan tahniah. hadiah misteri akan diberi pada pelajar yang betul-betul berusaha dan cemerlang dalam menjawab soalan. harap bersabar ye.

Pada kelas akan datang juga akan berlaku transformasi di dalam proses P&P. ala AF 2...insya-Allah selewat-lewatnya awal bulan depan kita mula ye supaya kelas lebih menarik dan ceria.

cikgu juga bercadang mengadakan anugerah pelajar terbaik bulanan pada pelajar landskap yang memberi komitmen yang tinggi dan cemerlang sepanjang kelas bulan 5 nanti ini. kita nantikan siapakah pelajar yang bertuah itu ye.

mungkinkah ayoi, mungkinkah azman, iwan, shafiiq atau bole juga hamdan...kita nantikan siapa sahaja pelajar cikgu yang bertuah ini.

ataupun kamu boleh cadangkan nama itu pada cikgu untuk untuk cikgu nilai dan beri pengiktirafannya.

selamat berjaya.

SEKADAR RENUNGAN

AYAM DIKEPUK MATI KELAPARAN,
ITIK DI AIR MATI KEHAUSAN,
ALAH SABUNG MENANG SORAK,
KALAH SABUNG KAMPUNG TERGADAI.

SEKADAR RENUNGAN....
RENUNG-RENUNGKAN....

Khamis, 23 April 2009

elemen landskap kejur

air terjun minikerusi
jambatan


pergola

Rabu, 22 April 2009

DOA PELAJAR

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.

sekadar ingatan

anak baik mendengar kata,

anak taat patuh orangnya,

anak soleh jaga ibadatnya

anak berjaya tak kenal putus asa...


guru yang baik mendahulukan perkhidmatannya,

pemergiannya ditangisi,

kehadirannya disenangi,

tingkah lakunya diteladani,

pengajarannya diikuti,

nasihatnya diingati,

pengorbanannya tidak diminta untuk dibalas....

Isnin, 20 April 2009

1,2,3 senyum


"LEARN TO LISTEN. OPPORTUNITY COULD BE KNOCKING AT YOUR DOOR VERY SOFTLY"

SETELAH MENDAKI GUNUNG YANG TINGGI, KITA DAPATI SEBENARNYA MASIH BANYAK LAGI GUNUNG UNTUK DIDAKI.
KEGAGALAN MEMANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN….IA SATU KEPERLUAN..SESUATU YANG BERGUNA….SATU CARA UNTUK LEBIH BERJAYA.

BATU PERMATA TIDAK BOLEH DIGILAP TANPA GESERAN. BEGITU JUGA MANUSIA, IA TIDAK BOLEH MENJADI SEMPURNA TANPA PERCUBAAN.

ORANG YANG BERIMAGINASI TANPA PELAJARAN ADALAH ORANG YANG MEMPUNYAI SAYAP TANPA KAKI.
PAKSA DIRI BUKAN MANJAKAN DIRI UNTUK BERJAYA

SAYA TIDAK PERNAH TAHU ADA SESIAPA YANG MATI LEMAS KERANA TITIK PELUH SENDIRI.


SEMUA ORANG BERFIKIR UNTUK MENGUBAH DUNIA TETAPI TIDAK ADA SEORANG PUN YANG BERFIKIR UNTUK MENGUBAH DIRI SENDIR
SESEORANG ITU PASTI AKAN BERJAYA DALAM APA SAHAJA SEKIRANYA DIA MEMPUNYAI SEMANGAT BERKOBAR-KOBAR YANG TIADA BATASANNYA
PEPERIKSAAN TETAP SUKAR WALUPUN KEPADA ORANG YANG BENAR-BENAR BODOH SEKALIPUN AKAN BERTANYA LEBIH BANYAK SOALAN BERBANDING DENGAN APA YANG DAPAT DIJAWAB OLEH ORANG YANG BENAR-BENAR BIJAK.

-KATA-KATA DI ATAS DIPETIK DARIPADA POKET –POKET BIJAKSANA DR. SYUKRI ABDULLAH.

Khamis, 9 April 2009

BERLARI KE SEKOLAH, BERJALAN KE RUMAH








Sekolah disitilahkan sebagai tempat yang paling selamat bagi pelajar. Suasana pembelajaran yang kondusif serta aktiviti yang diisi dengan menarik mampu menarik minat pelajar ke sekolah dan membawa pelajar menjadikan sekolah merupakan rumah kedua bagi mereka...

NOTA PELAJAR

NOTA TING. 4 LANDSKAP DAN NURSERI

PENGENALAN KEPADA NURSERI

TIGA JENIS NURSERI:

NURSERI RUNCIT
NURSERI BORONG
NURSERI LANDSKAP

6 STRUKTUR UTAMA DALAM NURSERI:

RUMAH TUMBUHAN
PEJABAT DAN TEMPAT JUALAN
SETOR
TEMPAT PENYEDIAAN MEDIUM DAN PEMASUAN (POTTING SHED)
TEMPAT PEMBIAKAN
TEMPAT PENGERASAN

5 FAKTOR PENTING DALAM PEMBINAAN RUMAH TUMBUHAN

ORIENTASI
PERATUS DAN BAHAN TEDUH
BAHAN BINAAN
SISTEM PENYIRAMAN
SUSUNAN TUMBUHAN

TUJUAN SUSUNAN TUMBUHAN:

MEMUDAHKAN PENGIRAAN STOK ATAU SISTEM REKOD
MENGASINGKAN TANAMAN MENGIKUT JENIS, SAIZ DAN HARGA
MEMUDAHKAN KERJA PENYENGGARAAN SEPERTI MERUMPUT DAN MEMBAJA
MEMUDAHKAN PERGERAKAN KERANA LORONG TELAH DIATUR DENGAN BAIK.
MENGGUNAKAN KAWASAN YANG ADA DENGAN BILANGAN POKOK YANG MAKSIMUM.


KATEGORI TUMBUHAN LANDSKAP

POKOK NAUNGAN
TUMBUHAN RENEK
TANAMAN TUTUP BUMI/ RUMPUT TURF
POKOK PALMA
TANAMAN HIASAN DALAMAN
TANAMAN SEMUSIM
ORKID
TUMBUHAN MEMANJAT DAN MENJALAR
POKOK KAKTUS DAN LENDAIR
TUMBUHAN LAIN


POKOK NAUNGAN


SEMARAK API (DELONIX REGIA)
TEMBUSU (FRAGREA FRAGRANS)
BUNGOR (LAGESTROMIA SPECIOSA)
BUNGA TANJUNG (MIMOSUPS ELENGI)

TUMBUHAN RENEK


EKOR KUCING (ACALYPA SP.)
PUDING (CODEAEUM SP.)
BUNGA RAYA (HIBISCUS ROSA SINENSIS)
BUNGA SIANTAN (IXORA SP.)


TANAMAN TUTUP BUMI


ROS JEPUN (PORTULACA GRANDIFLORA)
ALTENANTERA
HEMIGRAPHIS

RUMPUT TURF


AXONOPUS
BERMUDA
SERANGOON
ZOYSIA
ST. AUGUSTINE

POKOK PALMA


RAFIS (RHAPIS EXCELSA)
PINANG RAJA (CYROSTACHYS LAKKA)
PINANG KUNING (CHRYSALIDOCARPUS LUTESCENS)
PINANG MANILA (VEITCHIA MERILLII)


TANAMAN HIASAN DALAMAN


ANTHURIUM SP.
CALADIUM SP.
DIEFFENBACHIA SP.
BEGONIA SP.

TANAMAN SEMUSIM

CELOSIA SP.
GOMPHRENA GLOBASA
HELAINTHUS SP.
TAGATES SP.
MARIGOLD SP.

TUMBUHAN MEMANJAT DAN MENJALAR

NYONYA MAKAN SIRIH
KEMBANG PAGI
HEMIGRAPHIS COLOATHA
ROS JEPUN
POKOK BUNGA KERTAS

POKOK SESUAI DIJADIKAN TOPIARI

JEJAWI (FICUS PUMILA)
POKOK TUJA (THUJA ORIENTALIS)
BUNGA INAI 9LAGESTROMIA INDICA)

MODUL 3

PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA SEKS

PEMBIAKAN SEKS IALAH PEMBIAKAN MELIBATKAN PERSENYAWAAN GAMET JANTAN DENGAN GAMET BETINA UNTUK MEMBENTUK ZIGOT.

KELEBIHAN PEMBIAKAN SEKS

BIJI BENIH MUDAH DIPEROLEHI
BOLEH DIBIAKKAN DALAM KUANTITI YANG BANYAK
POKOK MEMPUNYAI AKAR TUNJANG


KEKURANGAN PEMBIAKAN SEKS
TIDAK SEMUA TUMBUHAN MENGELUARKAN BIJI BENIH
CIRI-CIRI INDUK TIDAK DIWARISI SEPENUHNYA
PERTUMBUHAN TIDAK SEKATA
LAMBAT MENCAPAI TAHAP MATANG.

BIJI BENIH PERLU DIRAWAT SEBELUM DISIMPAN/ DISEMAI UNTUK MENGELAKKAN SERANGAN KULAT DAN SERANGGA.

PENYEDIAAN KOTAK SEMAIAN

TUTUP LUBANG SALIRAN DENGAN SERPIHAN PASU/ BATU BATA
ISIKAN CAMPURAN MEDIUM KE DALAM KOTAK SEMAIAN SEHINGGA 2-3 CM.
RATAKAN PERMUKAAN MEDIUM.
BUAT ALUR PENANAMAN JIKA PERLU.


PENYEMAIAN BIJI BENIH KASAR

BIJI BENIH KASAR DITANAM LEBIH KURANG 2-3 KALI LEBIH DALAM DARIPADA SAIZ GARIS PUSAT BIJI BENIH TERSEBUT.
BIJI BENIH TERLALU CETEK AKAN CEPAT KERING.
BIJI BENIH TERLALU DALAM SUKAR UNTUK BERCAMBAH.
JARAK PENANAMAN ANTARA BIJI BENIH IALAH 3 CM.

PENYEMAIAN BIJI BENIH HALUS.

BIJI BENIH HALUS PERLU DICAMPUR DENGAN PASIR SEBELUM DISEMAI BAGI MEMUDAHKAN PENYEBARAN BIJI BENIH DENGAN SEKATA.
NISBAH CAMPURAN ADALAH 5 BAHAGIAN PASIR HALUS DAN 1 BAHAGIAN BIJI BENIH.

ANAK BENIH YANG BERCAMBAH DAN MEMPUNYAI 4 – 5 HELAI DAUN SEBENARABOLEH DIPINDAHKAN KE DALAM POLIBEG ATAU PASU.

LANGKAH-LANGKAH MENGUBAH ANAK POKOK KE DALAM PASU.

TUTUP LUBANG SALIRAN PASU.
ISIKAN MEDIUM SEHINGGA 2-3 CM DARIPADA PERMUKAAN PASU.
SEDIAKAN LUBANG UNTUK ANAK BENIH.
KELUARKAN ANAK BENIH BERSAMA GUMPALAN TANAH DENGAN SUDIP TANGAN DAN MASUKKAN KE DALAM LUBANG PENANAMAN.
PADATKAN TANAH DI SEKELILING PANGKAL ANAK BENIH.
SIRAM DAN LETAKKAN ANAK BENIH DITEMPAT YANG TEDUH.

BEKAS TANAMAN DAN MEDIUM PENANAMAN

NISBAH CAMPURAN MEDIUM JOHN INNES POTTING MIXTURE (J.I.P) IAITU:

7 BAHAGIAN TANAH LOAM
3 BAHAGIAN BAJA ORGANIK
2 BAHAGIAN PASIR

ATAU

3 BAHAGIAN TANAH LOAM
2 BAHAGIAN BAHAN ORGANIK
1 BAHAGIAN PASIR

MEDIUM PENANAMAN YANG BAIK:

GEMBUR DAN MEMUDAHKAN PENEMBUSAN AKAR KE DALAMNYA.
MEMBEKALKAN NUTRIEN YANG SEIMBANG KEPADA TUMBUHAN.
MENGEKALKAN KELEMBAPAN KEPADA AKAR TANAMAN
MEMPUNYAI SALIRAN DAN PENGUDARAAN YANG BAIK.


LANGKAH MENYEDIAKAN MEDIUM PENANAMAN.

SEDIAKAN MEDIUM SEPERTI TANAH LOAM, BAHAN ORGANIK DAN PASIR
TAPIS KETIGA-TIGA MEDIUM SECARA BERASINGAN
SUKAT KETIGA-TIGA BAHAN YANG TELAH DITAPIS DENGAN MENGGUNAKAN SEKUP ATAU PUNGKIS MENGIKUT NISBAH:

7:3:2 ATAU 3:2:1

GAULKAN KETIGA-TIGA BAHAN TESEBUT DENGAN SEKATA.
SIMPAN MEDIUM TERSEBUT UNTUK TUJUAN PENANAMAN DALAM BEKAS TANAMAN.

PILIH BEKAS TANAMAN SESUAI.

PROSEDUR MENANAM ANAK BENIH KE DALAM BEG POLITENA

PILIH SAIZ BEG POLITENA YANG SESUAI DENGAN ANAK BENIH.
MASUKKAN MEDIUM SEHINGGA 1/3 KE DALAM BEG POLITENA, LIPAT MASUK BUCU BAHAGIAN BAWAH BEG TERSEBUT SUPAYA STABIL.
MASUKKAN ANAK BENIH KE DALAM BEG DAN TAMBAH LAGI MEDIUM CAMPURAN SEHINGGA HAMPIR PENUH. PASTIKAN PANGKAL ANAK BENIH TIDAK TERLALU TENGGELAM.
PADATKAN MEDIUM DI SEKELILING PANGKAL ANAK BENIH.
LETAKKAN BEG POLITENA DITEMPAT TEDUH DAN SIRAM SECUKUPNYA.


PROSEDUR MENANAM ANAK BENIH KE DALAM PASU

PILIH PASU YANG SESUAI DENGAN SAIZ TANAMAN.
TUTUPKAN LUBANG SALIRAN DENGAN BATU KKECIL ATAU SERPIHAN PASU BAGI TUJUAN PENGALIRAN AIR DAN PENGUDARAAN. JIKA PASU TERLALU KECIL, GUNAKAN JARING HIJAU UNTUK MENUTUP LUBANG SALIRAN PASU.
MASUKKAN MEDIUM PENANAMAN (7:3:2 ATAU 3:2:1) KE DALAM PASU SEHINGGA SEPARUH PENUH.
KELUARKAN ANAK POKOK ATAU BENIH DARIPADA KOTAK SEMAIAN DENGAN CERMAT.
ANAK POKOK DILETAKKAN DITENGAH PASU.
TAMBAHKAN MEDIUM CAMPURAN DISEKELING POKOK SEHINGGA 2 CM DARIPADA PERMUKAAN PASU. PASTIKAN ANAK POKOK TIDAK DITANAM LEBIH DALAM DARI PARAS ASALNYA.
PADATKAN TANAH DISEKELILING ANAK POKOK.
SIRAM ANAK POKOK SEHINGGA MEDIUM CUKUP BASAH.

PENYELENGGARAAN TUMBUHAN HIASAN.

6 KERJA PENYENGGARAAN:

PENYIRAMAN.
PENGAWALAN CAHAYA
MERUMPUT
PEMBAJAAN
PEMANGKASAN
PENGAWALAN PEROSAK DAN PENYAKIT.
PEMASUAN SEMULA.


TEKNIK PENYIRAMAN.

MANUAL MENGGUNAKAN TONG / HOS GETAH.
PERCIKAN ATAU RENJISAN
PENYIRAMAN TITISAN
MELALUI KAPILARILANGKAH-LANGKAH PENYEMAIAN BIJI BENIH HALUS

Sediakan medium semaian dengan campuran nisbah 2:1:1.
Masukkan medium semaian ke dalam bekas semaian.
Ratakan permukaan medium.
Buat alur sedalam 1 cm pada medium semaian.
Gaul biji benih halus dengan pasir dalam nisbah 1:5 (1 bahagian biji benih, 5 bahagian pasir)
Menyemai biji benih secara alur atau tabur terus
Timbus biji benih dengan lapisan medium yang nipis
Siram biji benih dan letakkan di bawah 50% naungan.
Nota :
Anak pokok sedia untuk dipindahkan ke polibeg setelah biji benih mengeluarkan daun 3 ke 4 helai.
Contoh pokok : coleus, bunga butang, gomprena, bunga balong ayam.



LANGKAH-LANGKAH PENYEMAIAN BIJI BENIH KASAR

Sediakan medium semaian dengan campuran nisbah 2:1:1
Masukkan medium semaian ke dalam bekas semaian
Ratakan permukaan medium
Gaul biji benih dengan racun kulat
Buat lubang dan tanam sedalam 2 ke 3 kali lebih dalam daripada garis pusat biji benih.
Jarak diantara biji benih ialah 3 cm
Siram biji benih dan letakkan di bawah 50% naungan.
Nota :
Anak pokok sedia untuk dipindahkan setelah biji benih mengeluarkan anak pokok dan mempunyai akar yang banyak.
Contoh pokok: palma kuning, palma raja, pinang, kelapa sawit, palma botol, serdang cina,

PEMBIAKAN ASEKS:
1) KERATAN KAYU / BATANG
- keras
- sederhana
- lembut.
2) KERATAN DAUN
-Lai daun
-urat daun
-tunas daun
3) TUT / MARKOT
4) CANTUMAN BAJI
5) CANTUMAN SANDING
6) PEMBAHAGIAN ORGAN
-Bebawang
-Stolon
-Rizom
7) PEMBAHAGIAN RUMPUN

SEMAIAN KAEDAH TUT/MARKOT

Pilih dahan / batang pokok yang lurus serta sesuai.
Buat dua kelaran pada dahan atau batang pokok.
Kupas kulit pokok pada bahagian dibuat kelaran
Kikis lapisan cambium.
Bersihkan lapisan kambium dengan air.
Sapu di bahagian atas batang pokok yang telah dikupas dengan hormon pengakaran
Buat ikatan plastik lutsinar di bahagian pangkal pokok.
Buat segumpal tanah dengan campuran medium 1:1 ( 1 bahagian tanah loam;1 bahagian bahan organik)
Bahagikan gumpalan tanah kepada 2 bahagian dan lekapkan pada batang pokok
Balut gumpalan tanah yang dilekap dengan plastik lutsinar dan ikat dengan kemas.
Nota:
Tut sedia di pindahkan ke polibeg setelah medium markot kelihatan mengeluarkan akar.
Contoh pokok yang sesuai ialah berbatang kayu keras seperti pokok pudding, pokok mangga, bunga kertas, bunga raya, dan lain-lain lagi.

KERATAN BATANG.

Sediakan medium semaian 1:1 (1 bahagian pasir; 1 bahagian bahan organik) dalam kotak atau bekas semaian.
Buat lubang-lubang kecil di atas permukaan medium
Pilih dahan / batang pokok yang sesuai untuk dibuat keratan.
Buat keratan secara menyerong pada dahan atau batang pokok yang sesuai dan matang sepanjang 10- 13 cm (keratan kayu lembut), 10-20 cm (keratan kayu sederhana), lebih 20 cm keratan kayu keras).
Buang daun pada pangkal bahagian keratan.
Celup di bahagian bawah keratan batang ke dalam hormon pengakaran.
Tanam keratan ke dalam medium tanaman.
Padatkan medium disekeliling batang
Siram keratan dan letakkan di bawah naungan 50%.

KERATAN DAUN

Sediakan medium semaian dengan nisbah 2:1:1 (2 bahagian tanah loam: 1 bahagian bahan organik : 1 bahagian pasir
Masukkan medium tanaman ke dalam bekas semaian
Buat lubang di permukaan medium
Pilih daun yang sesuai untuk dibuat keratan
Kerat lai daun sepanjang 3cm atau 4 cm dan disemai secara mendatar atau tegak

Urat daun.

· Lai daun diletakkan di atas medium pengakaran dan urat daunnya dikerat.
Tunas daun
· Sediakan keratan tunas daun terdiri daripada daun serta tunas ketiak.
· Semai keratan daun dalam medium pengakaran dengan mencucuk keratan sehingga ke paras bahagian bawah lai daun.
Lai daun dan tangkai
Sediakan lai daun bersama tangkainya.
Benamkan tangkai daun ke dalam medium pengakran dengan kedudukan bahagian lai daun berada di atas permukaan medium.
Celup di bahagian bawah keratan lai daun ke dalam hormon pengakaran.
Tanam keratan ke dalam medium tanaman.
Padatkan medium disekeliling keratan batang.
Siram keratan dan letakkan di bawah naungan 50%.

CANTUMAN BAJI

Sediakan pokok penanti untuk dibuat cantuman baji.
Buat keratan pada pangkal ranting atau dahan pokok penanti
Buat belahan ‘V’ pada penanti
Kerat bahagian sion ( pucuk pokok ) daripada induk yang berlainan pula.
Sediakan sion sepanjang 5-8 cm dan potong runcing pada bahagian pangkalnya.
Selitkan sion pada pokok penanti dan ikat dengan pita cantuman atau para filem
Serkup cantuman dengan sarung plastik lutsinar dan ikat dengan kemas.
Siram keratan dan letakkan di bawah naungan 50%.


CANTUMAN MATA TUNAS.

Sediakan pokok penanti yang subur dan sihat.
Dengan menggunakan pisau cantuman yang tajam, potong dua garisan menegak dan selari lebih kurang 15 cm dari paras tanah dan lebarnya ialah 1 hingga 1.5 cm sepanjang 4 cm.
Potong melintang di atas dua garisan tadi sedalam kulitnya bagi membolehkan kulitnya dikopek.
Pilih satu mata tunas yang baik dan sihat daripada kayu mata tunas.
Potong dua garisan selari antara mata tunas selebar yang dibuat pada pokok penanti.
Potong melintang dihujungnya sedalam yang boleh dan dipangkalnya pula dipotong sedalam kulitnya sahaja.
Pisahkan kayu daripada kulit. Pastikan bintil mata tunas masih melekat dibawah kulitnya.
Lakukan cantuman dengan mengopekkan kulit pokok penanti dan menempel mata tunas beserta kulitnya. Pastikan kambium pokok penanti dan mata tunas betul-betul melekap dan rapat antara satu sama lain.
Lilitkan cantuman dengan pita cantuman atau para-filem dan kemaskan ikatan supaya tidak boleh dimasuki air.

CANTUMAN SANDING.

Sediakan pokok penanti dan sion untuk membuat cantuman sandingan.
Buat hirisan sepanjang 2 cm hingga 3 cm pada pokok penanti dan juga sion.
Cantuman sion dengan pokok penanti ditempat potongan dan ikat dengan pita cantuman atau para-filem.
Siram pokok induk.
Letakkan pokok cantuman di tempat teduh dan siram 2 kali sehari.
Apabila berjaya , potong sion dari pokok induknya.

PEMBAHAGIAN ORGAN.

Sediakan medium semaian dengan nisbah 2:1:1 (2 bahagian tanah loam: 1 bahagian bahan organik : 1 bahagian pasir)
Masukkan medium tanaman ke dalam polibeg.
Buat lubang di permukaan medium
Pilih dan uraikan organ yang dipilih kepada bahagian yang kecil.
Rawat organ dengan racun kulat sebelum menyemai.
Tanam bahagian organ yang telah diuraikan ke dalam medium tanaman.
Padatkan medium disekeliling anak pokok.
Siram anak pokok dan letakkan di bawah naungan 50%.

PELAKSANAAN TANAMAN TUTUP BUMI

Bersihkan tapak dari tunggul kayu, rumput dan lalang.
Racun tapak tanaman dengan racun rumpai
Gemburkan tanah
Ratakan gemburan tanah dengan pencakar untuk memudahkan penyaliran air di permukaan.
Betulkan kecerunan pada 1-2%
Semburkan dengan racun rumpai precambah mengikut prosedur seperti yang disyorkan pada label. Tujuan menggunakan racun pra-cambah adalah untuk memusnahkan benih rumput sedia ada.
Dedahkan dan keringkan tapak selama seminggu
Selepas seminggu taburkan baja asas fosforus (TSP) dan kapur (GML) dan gaul bersama tanah.
Sediakan kepingan rumput turf mengikut ukuran sesuai dengan menggunakan pemotong atau cangkul.
Buat lubang dan tanam rumput di atasnya.
Hentakkan dengan cangkul atau dipijak untuk mendapatkan sentuhan kepingan rumput turf dengan tanah serta mendapatkan permukaan yang lebih rata.
Siram sehingga medium tanaman menjadi lembap.

PELAKSANAAN TANAMAN POKOK NAUNGAN / BESAR

Korek lubang sedalam 1m x 1m
Sediakan medium campuran tanaman 3:1 (tiga bahagian tanah loam dan satu bahagian baja organik) ke dalam lubang tanaman.
Timbus ¼ lubang pokok naugan dengan campuran medium tanah 3:1
Keluarkan pokok naugan / palma daripada polibegnya dan pindahkannya ke dalam lubang tanaman.
Timbus baki bahagian kosong lubang tanaman dengan campuran medium tanaman yang telah disediakan.
Padatkan tanah disekeliling pokok.
Ikat batang pokok bersama pancang yang ditanam disisinya.
Siram pokok secukupnya.
Letakkan sungkupan menggunakan sabut kelapa setebal 10-15 cm sebagai contoh disekeliling pokok.

PELAKSANAAN TANAMAN POKOK RENEK.

Buat lubang mengikut dalaman yang sesuai.
Sediakan medium campuran tanaman 3:1 (tiga bahagian tanah loam dan satu bahagian baja organik) ke dalam lubang tanaman.
Timbus ¼ lubang pokok naugan dengan campuran medium tanah 3:1
Keluarkan anak pokok daripada polibegnya dan pindahkannya ke dalam lubang tanaman.
Timbus baki bahagian kosong lubang tanaman dengan campuran medium tanaman yang telah disediakan.
Padatkan medium disekeliling pokok.
Siram pokok secukupnya.
Letakkan sungkupan setebal 10-15cm di atas permukaan batas

PEMASUAN SEMULA

Sediakan campuran medium tanaman dengan nisbah 7:3:2 / 3:2:1
Tutup lubang pasu dengan pecahan batu bata / jarring
Masukkan medium tanaman 1/3 daripada pasu.
Keluarkan anak pokok dari polibeg
Pindahkan anak pokok ke dalam pasu
Timbus baki pasu dengan medium tanaman
Padatkan medium disekeliling batang pokok
Siram pokok dan letakkan di bawah naungan 50%.

LANDSKAP KEJUR (SIMEN FERRO)

Menyediakan lakaran projek yang ingin dibina
Membuat kerangka perabot menggunakan BRC, dan dawai mata punai.
Membuat lepaaan pertama dengan menggunakan campuran mortar 2:1:1/2 ( 2 pasir, 1 simen, ½ air) dalam lapisan yang nipis sahaja.
Setelah kering dibalut pula dengan lepaan mortar yang kedua.
Biarkan seketika kemudian buat lorekan dan ukiran urat kayu pada badan simen ferro yang telah dilepa.
Bersihkan struktur dari habuk dan kesan tajam dan menggerutu.
Biarkan sehingga kering. Kemudian sapu dengan lapisan cat alas bewarna hitam.
Setelah kering buat lapisan cat kedua dengan warna coklat atau warna yang bersesuaian dengan warna kayu dan applikasikan warna catnya dengan menggunkan teknik yang bersesuaian.
Akhir sekali sapukan lapisan pengilat pada struktur simen ferro yang dibina.


5 JENIS PELAN DI DALAM PROSES MEREKABENTUK PELAN LANDSKAP
PELAN ASAS
PELAN INVENTORI DAN ANALISIS
PELAN BUIH
PELAN KONSEP
PELAN INDUK


Tujuan pelan asas
Sebagai rujukan akan keluasan dan kedudukan geogarfi tapak cadangan landskap.

Tujuan pelan inventori dan analisis
Mengkaji kebaikan dan kelemahan tapak cadangan.
Mengkaji pokok yang bersesuaian ditanam di tapak cadangan serta aktiviti sesuai disediakan ditapak cadangan.

Tujuan pelan buih.
Proses mencari aktiviti sesuai dijalankan dikawasan cadangan.

Tujuan pelan konsep
Proses mencari elemen, aktiviti disediakan dikawasan kajian.
Proses menyusun atur program agar pelan yang dirancang bersesuain dengan kehendak rekabentuk dan memenuhi keperluan pengguna.

Tujuan pelan induk
Menyediakan rekabentuk untuk tatapan dan penghayatan pelanggan ataupun pengguna.

NISBAH YANG PERLU DI HAFAL

NISBAH CAMPURAN BIJI BENIH DENGAN PASIR SUNGAI.
1:5 (1 BAHAGIAN BIJI BENIH : 1 BAHAGIAN PASIR SUNGAI)

NISBAH CAMPURAN MEDIUM TANAMAN PEMBIAKAN SEKS DAN ASEKS
2:1:1 (2 BAHAGIAN TANAH LOAM : 1 BAHAGIAN BAHAN ORGANIK : 1BAHAGIAN PAIR SUNGAI)

NISBAH CAMPURAN MEDIUM UNTUK MARKOT
1:1 (1 BAHAGIAN TANAH LOAM: 1 BAHAGIAN BAHAN ORGANIK)

CAMPURAN MEDIUM PEMASUAN SEMULA
3:2:1

NISBAH CAMPURAN MORTAR
2:1:1/2

BAJA
Jenis Baja
Baja Organik
Baja asli yang terdiri daripada sisa tumbuhan atau najis haiwan. Biasanya digunakan sebagai baja asas.

Baja kimia.
Baja yang diproses kepada bentuk-bentuk butiran, hablur dan cecair. Baja kimia jenis butiran boleh digunakan secara terus kepada tanaman manakala jenis hablur dan cecair hendaklah dicampurkan dengan air terlebih dahulu sebelum disembur.
Kaedah pembajaan
Pembajaan terus
Pembajaan poket
Pembajaan melalui semburan daun (foliar)

Pemangkasan.
Jenis pemangkasan
Pemangkasan membentuk.
Pemangkasan rutin/biasa.
Pemangkasan pemulihan.


DISEDIAKAN OLEH:

EN. MUHAMAD HAFIZAL BIN ISHAK

GURU MPV LANDSKAP DAN NURSERI

EMEL : ANAKBANJAR79@GMAIL.COM



BUAT KERJA....





SELAMAT BERJUANG!


Kepada semua pasukan Kawat Kaki Sekolah yang akan bertanding ke peringkat negeri bermula 14/04/09 selamat berjaya diucapkan. Insya-Allah berkat doa dari seluruh warga SMKPT (F) kejayaan bakal mengiringi kamu semua. Kepada pasukan beruniform Kadet Pertahanan Awam SMKPT(F) yang akan akan menyertai Perkemahan Perdana KAPA peringkat Sekolah2 Menengah N.Sembilan bermula 13/04/09 selamat berjuang dan selamat berjaya di dalam perkhemahan.

"Kamu berusaha sebaik mungkin, tuhan akan melakukan selebihnya"

"Kemenangan tidak begitu penting, tetapi persediaan untuk menang lebih penting."

SMKPT!!!

NAMAMU CEMERLANG DI PERSADA NEGARA.....

BRAVO pasukan bolasepak lelaki bawah 15

Tahniah kepada semua pemain bolasepak lelaki bawah 15 tahun kerana berjaya menjadi naib johan daerah Jempol yag berlangsung di SMK Palong Sebelas pada 8-9/4/09.
Keputusan
SMKPT mng SMKSHK 3-1
SMKPT klh SMKPSe 0-3
Insya-Allah tahun depan 'title challenge' akan jadi matlamat kita.Tahniah juga pada Cikgu Muhriz, Cikgu Samsul, Cikgu Arif, Cikgu Azeez, Cikgu Siva, Tn. Pengetua dan semua yang terlibat secara langsung tau tidak langsung dalam melatih pasukan bolasepak sekolah kita.

Selasa, 7 April 2009

KURSUS PERKEMBANGAN STAFF DAN LATIHAN PUSAT KAWAT KAKI SEKOLAH

KURSUS PERKEMBANGAN STAFF GURU-GURU SMKPT (F)
TAJUK YANG DIBENTANGKAN BERKAITAN HEADCOUNT PELAJAR DAN MENANGANI STRESS.TAHNIAH PADA SEMUA RAKAN GURU KERANA BERSAMA-SAMA HADIR DEMI PELAJAR-PELAJAR DI SMKPT (F)

GURU-GURU LELAKI YANG TURUT MENGHADIRKAN DIRI PADA KURSUS PERKEMBANGAN STAFF 28/03/09
LATIHAN PUSAT SEMUA PASUKAN KAWAT KAKI SEKOLAH PADA 28/03/09



KEGIGIHAN DAN SEMANGAT JITU PARA PELAJAR UNTUK TERUS MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH DI PERSADA NEGARA. TAHNIAH PADA SEMUA YANG TERLIBAT. KEJAYAAN PASTI DATANG DARIPADA USAHA YANG BERTERUSAN.


Keputusan rasmi SMKPT menjuarai semua kategori pertandingan kawat kaki daerah Jempol dan Jelebu (6/4/09)

  • KAWAT KAKI KRS LELAKI DAN PEREMPUAN
  • KAWAT KAKI GO (KADET POLIS LELAKI DAN PEREMPUAN)
  • KAWAT KAKI NGO (PENGAKAP PEREMPUAN)
  • KAWAT KAKI NGO (BSM)
  • KETUA PALATUN TERBAIK SEMUA KATEGORI

'SNAP SHOT' PROSES P&P





Kepada semua pelajar-pelajar MPV Landskap dan Nurseri tahniah kerana terpilih memasuki Kelas MPV Landskap 2009. Selamat datang ke dunia baru anda. Setelah hampir 4 bulan berada di kelas MPV komitmen yang diberikan sangat baik dan kerjasama di dalam menjalankan kerja kursus sangat memuaskan. Teruskan usaha anda demi diri sendiri, keluarga, bangsa dan negara. Semangat yang tinggi, kerajinan yang tidak pernah henti dan disiplin yang terpuji mampu menjulang nama baik anda, keluarga dan sekolah..Cikgu ucapkan selamat menempuhi dunia MPV selama dua tahun dan dengan harapan anda semua akan beroleh sesuatu kejayaan daripada kelas ini.

PANORAMA SEKITAR BENGKEL MPV LANDSKAP

GAMBAR PANDANG HADAPAN BENGKEL MPV LANDSKAP / RUMAH HIJAU

PANDANG DALAM KE RUANGAN TANDAS


PANDANG KE ARAH STOR

PANDANG KE SEMAIAN PEMBIAKAN ANAK POKOK

PANDANG DARAT LAMAN LANDSKAP SEKITAR BENGKEL MPV.

KATA-KATA KERAMAT

KELEBIHAN NABI KERANA MUKJIZAT
KELEBIHAN MANUSIA KERANA MUAFAKAT

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG
BULAT MANUSIA KERANA BERUNTUNG

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
KERJA MENGIKUT ADAT
SENANG DI DUNIA SENANG DI AKHIRAT
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilaksanakan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat -Joseph Conrad-
Related Posts with Thumbnails